?

Log in

No account? Create an account

August 13th, 2019

Kuasai bahasa ibunda

Celik atau kenal huruf (literasi) ditakrifkan sebagai kemampuan membaca dan menulis dalam bahasa. (Kamus Dewan)

Literasi sering dilihat sebagai kognitif, satu set kemahiran tetap dinilai di sekolah yang melibatkan aktiviti intelektual (seperti berfikir, memikirkan, atau mengingat)

Ini juga bermaksud cara membaca dan menulis yang ditentukan oleh sistem pendidikan.



Akibatnya, kita kadang-kadang mengabaikan peranan latar belakang sosio-budaya pelajar yang boleh menjadi "himpunan pengetahuan" yang guru dapat gunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks Malaysia, integrasi literasi sebagai satu set kemahiran dan sebagai amalan sosiokultural disarankan oleh para penyelidik dalam bidang pembangunan kurikulum bahasa.

Di Malaysia, kanak-kanak terdedah kepada bahasa pada usia muda.

Mereka dapat melihat dan mengenali bahasa dengan mudah melalui lagu, kartun, filem, permainan, komik, papan iklan, senarai makanan di restoran dan sumber lain.

Pendidik perlu memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman kanak-kanak dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan sebenar, kanak-kanak tidak terikat secara langsung atau mempunyai kaitan dengan bahasa dalam mempelajari bidang Sains dan Matematik.

Oleh itu, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mungkin tidak membantu kanak-kanak untuk berkembang dalambahasa.

Malah, menggunakan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik boleh merumitkan pemahaman kanak-kanak tentang mata pelajaran.

Tidak kira apa saja pelajaran yang ingin dipelajari, penggunaan bahasa samada Melayu, Inggeris, Cina, Tamil atau bahasa etnik lain, hendaknya ilmu bahasa diperkukuhkan melalui ‘bahasa ibunda’ masing-masing.

Bahasa yang digunakan seharusnya difahami oleh anak-anak disekolah. Tidak ada gunanya menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh anak-anak atau istilah yang digunakan turut tidak difahami oleh mereka yang turut mengajar subjek yang dimaksudkan.

Pendidikan di Malaysia banyak menggunakan teks negara Barat atau pun negara luar, jika buku teks dalam bahasa Melayu (dengan pengistilahan dan makna yang betul) dihasilkan oleh orang Melayu sendiri , rasanya pendidikan kita tidak akan menghadapi masalah.

Namun usaha menghasilkan penulisan dan buku menghadapi masalah birokrasi dan campur tangan politik.

Mendapatkan khidmat nasihat dari pakar pengistilahan negara juga agak sukar, kerana ramai yang tidak tahu samada pakar adalah pakar atau tidak.

Ada juga yang mengsyorkan agar penggunaan bahasa diperkukuhkan melalui aktiviti muzik, seni dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Namun, pengistilahan yang digunakan dalam subjek ini juga seolah dan seperti ‘terjemahan terus’ dari apa yang dimaksudkan.

Salah satu halangan dalam penggunaan bahasa Melayu adalah konsep "belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan" yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Isu tidak berkesudahan ini memang mendapat bantahan yang kuat dari Persatuan Linguistik Malaysia dan pejuang bahasa yang seangkatan.

Sungguh pun keupayaan menggunakan cadangan pengukuhan ini mungkin samar, kita harus memastikan bahawa faktor-faktor sosial budaya kanak-kanak diambil kira sebelum sebarang dasar dirubah dan dilaksanakan.

Persoalannya kini adalah  "apa yang anak-anak lakukan dengan bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka?" perlu dipertimbangkan sebelum dasar bahasa Inggeris dilaksanakan.

Adalah diharapkan bahawa apa-apa dasar yang menggantikan dasar yang sedia ada tidak akan mengorbankan anak-anak, guru dan ibu bapa.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 13 Ogos 2019

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow