?

Log in

No account? Create an account

August 21st, 2019

Rentetan senarai beberapa Presiden AS yang terdahulu turut berhadapan dengan masalah kesihatan mental termasuk keresahan sosial, kecelaruan bipolar malah ada yang mengalami masalah psikopati iaitu gangguan mental mungkin menunjukkan bahawasanya ‘untuk menjadi pemimpin seharusnya anda hendaklah mempunyai ciri ‘mereng’ atau tidak pun hendaklah sekurang-kurangnya ‘tidak waras’.

Hubungan beberapa pemimpin Malaysia dengan Amerika Syarikat mungkin menjelaskan mengapa pemimpin kita memilih pemimpin Amerika sebagai rakan.

Apabila sesuatu kumpulan tidak mempunyai seorang ‘pemimpin’ , anda boleh mengharapkan seorang ‘narsisis’ untuk menerajui kumpulan, cadangan dari satu kajian,

Dalam laporan yang diketuai oleh penyelidik Ohio State, mereka mendapati bahawa mereka yang mendapat keputusan tinggi dalam ujian ‘narsisisme’ cenderung untuk mengawal kumpulan yang tidak mempunyai pemimpin.

Narsisisme adalah sifat di mana seseorang itu berfokus pada diri sendiri, membesar dan suka mewar-warkan bakat dan kebolehan mereka, dan kurang empati kepada orang lain.

"Bukan sahaja narsisis akan menilai diri dan menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin, (yang anda sudah jangkakan), tetapi ahli kumpulan lain juga melihat mereka sebagai orang yang benar-benar mengetuai kumpulan," kata Amy Brunell, peneraju utama kajian dan pembantu profesor psikologi di Ohio State University di Newark.

Narsisis, secara definisinya, adalah mereka yang mementingkan diri dan terlalu percaya , yakin akan kebolehan mereka sendiri.

Para penyelidik mendapati keputusan yang sama dalam dua kajian berasingan yang melibatkan pelajar kolej, dan satu yang melibatkan pengurus dan pentadbir dalam program kursus.

Sungguh pun narsisis lebih cenderung untuk menjadi pemimpin, hasil dari salah satu kajian menunjukkan bahawa, apabila memegang kuasa, narsisis tidak melakukan yang lebih baik daripada yang lain dalam peranan kepemimpinan.

"Mereka suka akan kuasa, bersikap egotistik, dan biasanya menawan dan melampaui batas. Namun, mereka tidak semestinya adalah pemimpin yang lebih baik. "

Dalam satu kajian yang dijalankan keatas siswa-siswi mengenai ‘narsisism’, hasil menunjukkan bahawa ‘narsisis’ amat menginginkan kuasa dan perhatian.

Dalam kajian dimensi kuasa, narsisisme sekali lagi menunjukkan keinginan yang ketara untuk memimpin perbincangan kumpulan, menilai diri mereka sebagai pemimpin, dan dilihat oleh anggota kumpulan lain sebagai pemimpin.

Dalam kajian lanjutan untuk melihat kebolehan ‘narsisis’ sebagai pemimpin juga menunjukkan bahawa narsisis tidak lebih baik daripada orang lain sebagai pemimpin.

Sebaliknya, kajian mendapati ‘narsisis’ sebenarnya merupakan dan mampu memainkan peranan sebagai ‘pemimpin secara semula jadi’.
Adalah penting juga agar kita tidak kelirukan ‘narsisme’ dengan sifat harga diri (self esteem) yang tinggi.

"Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi bersifat yakin dan menawan, dan mereka juga mempunyai komponen penyayang dan mereka mahu mengembangkan keintiman dengan orang lain," jelas Brunell.

"Narsisis sebaliknya berpandangan yang melampau tentang bakat dan kebolehan mereka dan semua tentang diri mereka sendiri. Mereka tidak peduli dengan orang lain. "

Saya berpandangan dan percaya hasil kajian dan keputusan itu berlaku dalam banyak bahagian kehidupan, dari politik , tempat kerja hinggalah ke Putrajaya.

"Ramai orang telah melihat dan berperasaan bahawa ramai ‘narsisis’ berlumba-lumba untuk menjadi ‘pemimpin’ samada ketua pemimpin atau dalam kumpulan pemimpin (pengurusan dan pentadbiran ).

Kita tak akan terkejut tentunya, jika ahli kumpulan pemimpin adalah mereka yang melebihi purata lebih tinggi dalam narsisisme.

Begitu juga dengan para pemimpin yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram, yang telah membuat dan menyebabkan negara kehilangan berjuta-juta dolar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. (Sungguhpun masih belum terbukti bersalah)

Terdapat banyak kajian yang mendapati pemimpin narsisis cenderung mempunyai prestasi membuat keputusan yang tidak menentu dan berisiko dan boleh menjadi pemimpin yang tidak berkesan dan berpotensi merosakkan, tetapi di negara kita ia seolah sesuatu yang halal dan dibolehkan.

Bak kata seorang pemimpin berciri narsisis,’mencuri itu tak salah, bila kena tangkap baru salah’.

Namun, bagi saya ingin menambah, “ …. bila kena tangkap, di dakwa dan dibukti bersalah oleh mahkamah , …. baru salah.”

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna semua masalah di Putrajaya atau ditempat kerja adalah kesalahan pemimpin narsistik.

Saya yakin sesetengah pemimpin ini terpaksa menunjukkan keyakinan dan kebolehan tinggi mereka.

Tetapi ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam hal pengurusan dan pentadbiran daripada personaliti diri mereka sebagai pemimpin.

Oleh itu, jika anda berminat atau berhasrat menjadi ‘pemimpin’ anda perlu mempunyai ciri ‘narsisis’, dan mempelajari falsafah ‘narsisisme’ selain mempunyai sifat ‘mereng dan bengong’ secara semula jadi. Benarkah?

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 21 Ogos 2019

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow