?

Log in

No account? Create an account

September 2nd, 2019

Rakyat perlu pemimpin jujur

Setelah hampir sekian lama di jajah pemikiran dan minda, masyarakat dan rakyat Malaysia yang sebenarnya memerlukan seseorang atau sesuatu yang jujur, amanah atau tulen.

Kita harus menceritakan dan berkongsi kebenaran terutamanya realiti kehidupan Malaysia kita.

Rakyat Malaysia sepatutnya diberitahu bahawa 'sudah waktunya bagi seseorang untuk mengambil alih tugas, bukan bermain permainan tunggu, lihat dan teka-meneka'.

Sebagai contoh, pelajar harus mengakui jika mereka tidak mempamerkan hasil penulisan mereka sendiri atau sering tidak jujur dalam menghadapi ujian termasuk membuat dan menghantar tugasan kerja kursus; manakala para pendidik harus mengakui kekurangan mereka, mereka tidak benar-benar mengajar apa yang seharusnya diajar.

Drama dan lakonan putar-belit, pernyataan pusingan U, sedikit sebanyak telah membawa kepada tenaga kerja yang sinis, ragu-ragu, dan berputus asa, kerana kejujuran telah berkurang.

Kita perlu membangunkan tindakan positif yang datang dari para pemimpin yang baik dan bijak.

Seperti yang dikatakan Gary Feldman, "Perusahaan adalah cermin pemimpin. Ikan tidak mereput dari ekor, dan perusahaan perniagaan tidak akan hanya berjaya atau gagal dari bawah."

Untuk menjadi negara yang hebat, para pemimpin dan rakyat harus memberi inspirasi kepada kepercayaan.

Tiada siapa yang suka tertipu, membuat, menyebarkan dan menceritakan kebohongan adalah isu biasa di tempat kerja dan media.

Kebenaran adalah asas, dan kita mestilah amanah, jujur, telus dan ikhlas dengan diri sendiri.

Ramai pemimpin (terutamanya ahli politik) gagal mengakui dan mengatasi kesilapan mereka.

Ramai yang tidak memiliki dan berurusan secara ‘al-amin’ dengannya.

Menyangkal fakta yang di tunjukkan dan membuangnya, menggunakan orang lain untuk meningkatkan diri sendiri, menyahkan dengan mudah kerumitan dan menolak permasalahan kepada orang lain mungkin kenyataan paling sesuai untuknya.

Ramai yang kelihatan baik sebagai 'pelakon' atau 'sering penuh dengan kepuraan'.

Kenyataan yang dibuat dalam berita atau media tidak mewakili realiti kerana takut dan menunjukkan bahawa anda juga melakukan kesilapan.

Ramai berpura-pura kelihatan kuat (tetapi wajah menunjukkan) dan anda berbohong.

Apa yang anda lupa adalah bahawa tiada siapa akan mengikut anda sehingga mereka tahu siapa anda sebenarnya.

Seringkali peraturan, dasar dan pendekatan baru dan berlebihan telah dibuat yang menimbulkan rasa tidak percaya dalam organisasi.

Ini menunjukkan keperluan untuk mengawal dan menunjukkan anda tidak lagi mempercayai sesiapa pun.

Peraturan yang berlebihan mendidik orang lain untuk tidak memberi sepenuhnya hati dan jiwa malah sebaliknya mempamirkan betapa sedikit yang boleh mereka lakukan dan akan cuba mengelak untuk memberi kerjasama.

Anda tidak mempercayai mereka, jadi mengapa mereka perlu bekerja keras?

Sekarang, lihatlah diri anda di cermin dan tanyakan kepada diri sendiri berapa banyak kebaikankah yang anda lakukan minggu ini atau berapa kali anda berbohong.

Tiada apa-apa perkara yang dikira sebagai ‘bohong sunat’. Begitu juga kawalan putaran, menjadi bijaksana, realistik, dan memberitahu mereka hanya apa yang perlu mereka ketahui.

Pemimpin yang baik yang menginspirasi jiwa orang lain tidak memperlekehkan fakta atau dengan mudah mengambil ringan.

Kepercayaan bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah untuk dijual beli, andai hilangnya kepercayaan agak sukar untuk membinanya semula.

Membina hubungan yang luar biasa berdasarkan kejujuran dan seterusnya membina organisasi yang diilhamkan adalah sesuatu yang dihasratkan.

Kita memerlukan seseorang atau sesuatu yang jujur, boleh dipercayai atau tulen.

Azizi Ahmad Sinar Harian Interaktif Surat Pembaca 2 September 2019

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow