?

Log in

No account? Create an account

September 3rd, 2019

Perkahwinan dan membesarkan anak

Saya terpandang lagi dalam laman media sosial baru-baru ini mengenai soalan yang kerap di tanya apabila balik dan pulang berhari raya kelak.

Balik seorang je? Bila nak kahwin? Bila dah berkahwin di tanya pula dengan “Bila Nak Ada Anak?”,  “La , sorang saja ka anak kamu, bila nak tambah lagi?”


Namun tak perlu terburu-buru nak kahwin kalau belum bersedia dari segi mental, fizikal, ilmu agama dan kewangan untuk mengelakkan peningkatan statistik penceraian. Ingat, jodoh ketentuan tu rahsia Allah!

Menurut ahli pakar kebahagiaan, wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah sub-kelompok orang paling gembira dalam sesuatu masyarakat penduduk.

Mereka juga lebih cenderung untuk hidup lebih lama daripada rakan-rakan mereka yang sudah berkahwin dan yang mempunyai anak-anak, kata Paul Dolan, profesor sains tingkah laku di London School of Economics.

Dalam satu wawancara dengan media Festival Hay, beliau memaklumkan bahawa bukti menunjukkan yang penanda ukur tradisional yang digunakan untuk mengukur kejayaan adalah tidak berkaitan dengan kebahagiaan,  terutama perkahwinan dan membesarkan anak-anak.

Beliau juga mendapati bahawa 'mereka  yang berkahwin lebih bahagia daripada sub-kumpulan penduduk lain, tetapi hanya apabila pasangan mereka berada bersama di dalam bilik dan apabila mereka ditanya betapa gembiranya mereka.

Tetapi apabila pasangan mereka tidak hadir bersama ketika disoal, jawapannya adalah bertentangan dan ‘sengsara' .

Profesor Dolan juga mendapati bahawa sub-kelompok penduduk yang paling sihat dan paling bahagia adalah wanita yang tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak

Mereka juga mempunyai koleksi data dan bukti kajian kukuh; dan berpendapat bahawa beliau akan melakukan kejahatan secara besar-besaran terhadap sains jika  hanya berkata:  ‘jika anda seorang lelaki, anda mungkin perlu berkahwin;  jika anda seorang wanita, jangan risau. '

Menurut Profesor Dolan, lelaki mendapat manfaat daripada perkahwinan kerana mereka akan lebih 'tenang dan seronok'.

'Kaum lelaki akan berhadapan sedikit risiko,  memperoleh lebih banyak wang di tempat kerja, dan hidup (sedikit) lebih lama.

'Kaum wanita sebaliknya, harus bersabar, dan mati lebih cepat daripada jika dia tidak pernah berkahwin. '

Oleh itu, “ sub-kumpulan penduduk yang paling sihat dan paling gembira adalah wanita yang tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak, "katanya.

Dalam buku terbaru Dolan, Happy Ever After,  beliau menyebut bukti dari American Time Use Survey (ATUS), yang membandingkan tahap keseronokan dan penderitaan pada individu yang belum menikah, berkahwin, bercerai, berpisah dan menjanda.

Individu yang belum berkahwin melaporkan tahap penderitaan yang lebih rendah daripada individu yang sudah berkahwin.

Kajian mendapati bahawa tahap kebahagiaan yang dilaporkan oleh mereka yang telah berkahwin adalah lebih tinggi daripada yang belum berkahwin, tetapi hanya apabila pasangan mereka bersama berada di dalam bilik ketika disoal.

Individu yang belum berkahwin melaporkan tahap penderitaan yang lebih rendah daripada individu yang sudah berkahwin apabila ditanya dan jika pasangan mereka tidak bersama atau hadir.

Kajian-kajian lain melaporkan bahawa lelaki dan wanita (secara purata) mendapat beberapa manfaat kewangan dan kesihatan bagi mereka yang berkahwin, yang dikatakan Dolan dapat dikaitkan dengan pendapatan yang lebih tinggi dan sokongan emosi, membolehkan orang yang sudah berkahwin mengambil risiko dan mendapatkan bantuan perubatan.

Walaupun terdapat kelebihan dan  lebih manafaat jika seorang wanita itu masih bujang dan tidak mempunyai anak, Dolan percaya bahawa naratif yang sedia ada bahawa perkahwinan dan anak-anak adalah tanda-tanda kejayaan bermakna reputasi atau stigma ini boleh menyebabkan beberapa wanita tunggal berasa tidak bahagia. '

Ketika anda bertemu dan berbual dengan seorang wanita berusia 40 tahun, yang tidak pernah mempunyai anak; “mungkin sudah takdir, sedihkan?”.

Mungkin suatu hari nanti anda akan bertemu lelaki yang sesuai dan baik dan itu akan mengubah kehidupan anda.
Oh, tidak, mungkin dia akan bertemu lelaki yang salah dan teruk, dan itu akan berubah. Mungkin dia akan bertemu lelaki yang membuatnya kurang bahagia dan mengharukan, dan mati lebih awal.

Azizi Ahmad Sinar Harian Interaktif Surat Pembaca 03 September 2019

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow