?

Log in

No account? Create an account

September 11th, 2019

Don't be alarmed with IPG closure news

Out of sudden, the news on the closure of 21 IPGs struck the headlines. By 3 pm, 10 Sep, the statement by the Minister of Education erased all doubts of the citizens of IPGs.

The WhatsApp group for the IPGs must have been radiating hot as most will be waiting for ‘recent news’ shared by ‘informal reporters and journalists’ of the closure.



Some must have been downed because many would miss the ‘lecturer’ titles they held for years.

Many had already feeling frustrated as where they can be called ‘lecturer’ if not in IPGs (though I had written in on “The difference between a teacher and IPG lecturer: What's in a name'

What’s the big problem actually? For those who understand the life of IPG academic staffs, they surely know that ‘we are teachers in reality’.

We still hold the Darjat Guru (DG grade) which is entitled and requirement to trained teachers.

We are trainers to trainee teachers in teacher training institutes, which is similar to school teacher teaching students except we trained trainees to equip themselves to be qualified and trained teachers.

Should the IPGs are closed down, and then the so-called lecturers will back in schools.

But many had ignored the fact the most are holding DG48 to DG54 grades (which are senior grades) thus should they are sent back to school they will be mostly ‘administrators’.

Many would be deemed the ‘walking text-books’, after all with years as ‘trainers’ many would have the skills, knowledge and competency to act as ‘the reference’.

Schools having the ‘selected cream of people’ would be so lucky to get the ‘elitists’ in schools.

But then, why did one of the media report displayed the news on the front page of its paper news?

Don’t blame them as the ‘real news’ came out in page 4 of the news and mentioned ‘disyorkan (recommendations). Thus, there should be no fussy matters on the issue.

Obviously, the PhDs and the would be PhDs were seen anxiously disturbed.

Many were seen to feel bad as ‘can you imagine the ‘doctorates’ back in primary or secondary schools and being called ‘cikgu’ and not ‘Doctors’.

Maybe this is why they are the one known to send ‘informally’ of latest news on the matters.

There are also people who are happy to know about the ‘wrongly interpreted’ news as some are ready to go back to school as ordinary teachers.

Some had applied to go back to schools but was stopped by the ‘rulings’ and with such news many were seen smiling too.

To be fair, let’s not be excited on any ‘news’ whether true or fake. Let the people from the ministry come out with ‘reality news’.

Let there be ‘black and white’ written and formally distributed to all party concerned.

Let the Minister, the Director General, the senior officers make the announcement rather than eagerly sharing what’s not right.

Let’s concentrate in building teachers of the new millennium , look forward for more innovative and creative ways of teaching; upgrade skills for the 21st century teaching; applying the New Pedagogy for Deep Learning and etc.

Let’s stop mincing the need to transform the younger generation via education and the need to give back to society.

Concentrate on hope that the trainees will do remember you.


Azizi Ahmad Bebas News Opinion 11 September 2019

Tags:

Usah gusar dengan kenyataan penutupan IPG

Laporan berita  mengenai penutupan 21 IPG  menyentuh perasaan dan emosi bukan sahaja warga IPG tetapi juga pelajar dan bekas pelajar IPG keseluruhannya.

Apa yang baik dan hebatnya di Malaysia adalah menjelang jam 3 petang, 10 Sep, kenyataan Menteri Pendidikan memadamkan semua keraguan warga IPG buat sementara waktu.




Kumpulan WhatsApp untuk IPG semestinya dihujani pandangan, pendapat dan keluhan dan telefon bimbit menjadi panas kerana kebanyakan akan menunggu 'berita terkini' yang dikongsi oleh 'wartawan tidak rasmi’ mengenai berita penutupan.

Ada yang pasti terasa sedih dan kecewa kerana ramai yang akan kehilangan gelaran 'pensyarah' yang mereka pegang selama bertahun-tahun.

Ramai yang sudah berasa ‘kecewa’ kerana gelaran 'pensyarah' bagi sesetengahnya hanya akan diperolehi jika IPG tidak ditutup. (walaupun saya pernah menulis artikel berjudul ‘Guru, Pensyarah dan Pendidik – Sama tetapi tak serupa di sebuah majalah beberapa tahun yang lalu).

Apakah masalah sebenarnya mengenai isu ini? Bagi mereka yang memahami kehidupan kakitangan akademik IPG, mereka pasti tahu bahawa 'secara realiti, ‘pensyarah di IPG adalah guru’.

Semua kakitangan akademik di IPG adalah pemegang Darjat Guru (gred DG) dan berstatus kanan yang berpindah dari sekolah dan dipilih ke IPG untuk memberi khidmat pengalaman melatih guru pelatih.

Pensyarah IPG adalah ‘jurulatih’ kepada guru pelatih di institut pendidikan guru, yang tugasnya adalah sama dengan guru sekolah kecuali mereka  melatih pelatih guru untuk melengkapkan diri mereka untuk menjadi guru yang berkelayakan dan terlatih.

Jika dan andainya IPG ditutup, maka pensyarah di IPG hanya akan  dipanggil berkhidmat semula di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pusat Latihan Awam.

Tetapi ramai yang tidak menghiraukan fakta yang kebanyakannya adalah pemegang DG48 hingga gred DG54 (iaitu gred kanan/senior) dan kebanyakkannya adalah berstatus 'pentadbir'.

Ramai yang akan dianggap sebagai 'buku teks rujukan', setelah bertahun-tahun sebagai 'jurulatih' tentunya mereka mempunyai bertimbun pengetahuan, pengalaman, dan kecekapan untuk dianggap  sebagai 'pakar rujukan'.

Sekolah tentunya beruntung dan sangat bernasib baik kerana akan mendapat dan mempunyai 'elitis  yang terpilih' bagi membantu mereka di sekolah.

Tetapi, mengapa salah satu laporan media memaparkan berita sebegini di halaman muka depan akhbar mereka?

Namun, kita tidak boleh menyalahkan media kerana  'berita sebenar'  adalah di halaman 4 akhbar tersebut dan dinyatakan 'disyorkan’ atau ‘cadangan’ sahaja. Oleh itu, tidak ada perkara yang rewel mengenai isu ini.

Apa yang jelasnya, mereka yang mempunyai PhD dengan gelaran Doktor dan yang bakal menerima ijazah PhD dilihat terganggu.

Ramai yang dilihat merasa tidak enak kerana bagi mereka tidak mungkin mereka yang bergelar ‘Doktor’ akan dikembalikan ke sekolah rendah dan menengah dan dipanggil 'cikgu ' dan bukan 'Doktor '.

Mungkin inilah sebabnya kebanyakan ‘mesej tidak rasmi’ datangnya dari golongan mereka.

Ada juga yang gembira mengetahui tentang 'berita kejutan' ini kerana beberapa orang sudah bersedia untuk kembali ke sekolah sebagai guru biasa.

Ada yang telah memohon untuk kembali ke sekolah tetapi dihalang oleh 'ketetapan' dan dengan berita sedemikian ramai juga kelihatan tersenyum.

Untuk bersikap adil, janganlah teruja pada 'berita' sama ada benar atau palsu. Biarkan pegawai dari Kementerian sendiri yang membuat kenyataan rasmi

Tunggu sahaja kenyataan 'hitam putih'  bertulis dan diedarkan secara rasmi kepada semua pihak yang berkenaan.
Biarlah Menteri, Ketua Pengarah, pegawai kanan membuat pengumuman itu dan bukannya berkongsi apa yang tidak betul.

Elok sahaja diteruskan dan memberi perhatian kepada membina guru-guru milenium baru, mengharapkan cara mengajar yang lebih inovatif dan kreatif; meningkatkan kemahiran untuk mengajar abad ke-21; mengunakan Pedagogi Baru untuk Pembelajaran Bermakna dan sebagainya.

Elok sahaja tumpukan kepada harapan moga para pelatih akan mengingati anda sebagai ‘jurulatih’ mereka.

Azizi Ahmad Bebas News Pendidikan 11 September 2019
Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 12 September 2019

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow