?

Log in

No account? Create an account

September 14th, 2019

Laporan berita mengenai penutupan 21 IPG

Alhamdulillah, penulisan saya mengenai 'ipg' berjudul 'Laporan berita mengenai penutupan 21 IPG' telah disunting dan disiarkan di Sinar Harian Interaktif 14 September 2019




Tags:

Pendedahan terkini berkisar kepada ‘pedagogi’ iaitu ‘seni dan sains dalam pengajaran’.

Para ‘jurulatih’ pendidik kini terpaksa menelan perkara baru dan diminta untuk mempelajari, memahami, menghayati dan mencuba kaedah ‘pengajaran’ untuk dikongsikan ke bilik darjah dengan kenyataan ‘inovasi, kreativiti dan transformasi’.

                                                                                                         Untuk seiring dengan globalisasi pendidik harus menerima, mencari, mencuba dan menjalankan ‘kaedah cara’ yang diberikan untuk dilihat berdaya saing.

Kegagalan ‘melaksanakan’ apa yang disarankan bermakna ‘gagal’lah diri sebagai seorang pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten.

Begitu juga dengan murid dan pelajar, berulang kali kita mendengar akan keperluan untuk murid dan pelajar mempunyai kemahiran yang boleh dipindahmilik yang boleh digunapakai kepada mana-mana alam pekerjaan.

Kita juga dimaklumkan bahawa syarikat seperti Google, yang tidak meletakkan dan memerlukan transkrip peperiksaan sebagai keperluan untuk kedudukan dan jawatan dalam perjawatan, tetapi adakah kita di Malaysia melakukan perkara yang sama.

Jika di lihat, sesiapa yang tidak mempunyai kertas kelayakan peperiksaan maka maaflah jawabnya untuk anda menjawat jawatan yang berkedudukan.

Hebatkan! Tetapi bagaimanakah kita mempersiapkan pelajar untuk peluang ini ketika kita tidak memfokuskan pada gred dan bagaimanakah kaedah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersuara?

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies (NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama, mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) mewakili perubahan dalam pemikiran di mana pendidikan disabitkan.

Ia mencerminkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat kita dan keperluan untuk guru berfikir secara lebih terperinci mengenai bagaimana mereka menggunakan pendekatan mengajar di dalam kelas.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita.

Pedagogi pembelajaran bermakna adalah keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) [menghendaki dan memerlukan] pelajar mencipta pengetahuan baru dan menyambungnya ke dunia sebenar dengan menggunakan penguasaan alat digital” (Fullan & Langworthy, i).

Ia juga melibatkan perkongsian pembelajaran “antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dan guru” (Fullan & Langworthy, ms 10).

Projek dibentuk bersama dan adalah sahih dan berkaitan kepada situasi kehidupan sebenar; ia melibatkan banyak perbincangan dan pemahaman tentang apa yang diharapkan dan ke atas kejayaan pelajar berkenaan.

Teras kepada Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) adalah enam konsep utama yang akan membentuk pelajar seiring dengan persekitaran di sekeliling mereka ketika mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan. Enam K (atau 6C) ini ialah:

npdl.jpgKemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Komunikasi

Kreativiti dan Imiginasi

Kewarganegaraan dan Komuniti

Koloborasi

Karektor Pendidikan

Enam K atau 6C ini mewakili kecekapan atau kompetensi dalam tugasan pembelajaran bermakna yang membantu menjadikan tugas tersebut lebih relevan dan bermakna kepada pelajar dan guru.

Masih banyak yang perlu dipelajari sebenarnya mengenai Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru ( NPDL) terutama kepada mereka yang tidak mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat; penyelidikan berasaskan bukti masih diperlukan untuk lebih memahami kesan positif pedagogi ini bagi penggunaan di dalam kelas.

Pengintegrasian teknologi yang bermakna dan pembelajaran berdasarkan inkuri atau pertanyaan ke dalam kelas akan menyokong minat pelajar dan mungkin meningkatkan tahap keterlibatan pelajar.

Pedagogi seperti ini dijangka akan menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat. Lagipun, kita perlu “membentuk anak-anak yang belajar daripada pembelajaran untuk memastikan mereka ‘mempelajarinya'” (Richardson, W., ms 14).


Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 15 September 2019

Latest Month

October 2019
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow