October 5th, 2019

Siapa sebenarnya yang tidak faham

Jika benar ada kekurangan pemahaman mengenai isu, dasar dan program pemerintah, ia mungkin berpunca dari fakta mudah bahawa seseorang tidak dapat memahami apa yang tidak dapat difahami dan tidak difahami.

“SESIAPA yang berkata kerajaan dahulu dan kerajaan sekarang adalah sama pastinya orang itu silap. Kerajaan dahulu ‘merompak’ untuk kumpulan tertentu, kerajaan sekarang ‘merampas’ untuk kumpulan tertentu”.

Kenyataan ini saya terdengar ketika saya ke Pasar Tani pagi tadi. Hebat juga penduduk di kawasan tepat saya tinggal ini.

Kenyataan dari beberapa ahli politik bertaraf Menteri juga sama; setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan, golongan marhaen pastinya berasa seperti sedang mendengar bunyi kuku menggaruk di papan tulis.

Setiap kali pilihan raya kecil akan diadakan pasti suara-suara ‘bapak atau ibu menteri’ akan kedengaran seperti ‘kita akan menghasilkan strategi yang lebih berkesan […] dan kita mungkin perlu menjelaskan beberapa isu yang rakyat tidak faham dan kami akan menerangkannya.’

Para pemimpin politik mungkin berfikir: Orang ramai tidak suka kita kerana ada beberapa perkara yang mereka tidak faham. Apabila kita menerangkan perkara secara terperinci, mereka akan mengubah fikiran mereka dan menyukai kita, dan semuanya akan menjadi lebih baik.

Tetapi mereka tentu tidak fikir , apa yang kita fikir. Siapa yang sebenarnya tidak faham?

Tidak ada yang lebih buruk daripada merendahkan orang lain anda, dan memperlakukan mereka seperti anak-anak yang masih gagal memahami asas-asas trigonometri walaupun telah diajar dengan “sempurna”.

Kenyataan seperti ini hanya menunjukkan bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut yang tidak memahami komunikasi politik walaupun mereka ahli politik.

Apa yang orang Malaysia tidak ‘faham’ sekarang adalah mengapa sampai sekarang ahli politik menghabiskan masa dan tenaga mereka sama ada bertarung dan berdebat tentang siapa perdana menteri akan datang, atau berada di dalam kekeliruan dan tidak pasti apa yang mereka ‘sepatutnya’ lakukan.

Jika benar ada kekurangan pemahaman mengenai isu, dasar dan program pemerintah, ia mungkin berpunca dari fakta mudah bahawa seseorang tidak dapat memahami apa yang tidak dapat difahami dan tidak difahami.

Ini mungkin menunjukkan bahawa pemikiran dari pemimpin sedia ada sebenarnya tidak ada rancangan yang jelas, terlalu rumit untuk orang memahami; yang jelas tiada rancangan sama sekali dan mereka yang berkuasa yang sebenarnya tidak jelas.

Pihak berkuasa suka mengatakan bahawa kenyataan tertentu berbahaya kerana mereka boleh “mengelirukan” rakyat; jika orang biasa mengeluarkan kenyataan ia dianggap sebagai ‘menghasut’ kerana ia boleh menimbulkan “kekeliruan”.

Pemimpin tertentu mungkin berfikir mereka menggunakan perkataan “ringan atau lembut” untuk mengatasi ketegangan sosial.

Namun mereka tidak mahu berfikir, bahawa, orang biasa juga tidak begitu bodoh untuk “keliru”?

Rakyat Malaysia seperti orang lain, ada yang cerdas ada yang tidak. Ada perkara mereka marah, kecewa, tidak selesa, cemas, terganggu, kecewa, dan sebagainya; tetapi pastinya ramai yang bijak dan tidak keliru”.

Kerap juga mereka yang memimpin membuat kenyataan bahawa ‘isu ini tidak timbul’; namun mereka tidak mahu menerima kenyataan bahawa ‘timbulnya isu adalah kerana ianya merupakan isu.

Hakikatnya bahawa isu itu sedang ditangani dan dimaklumkan, jelas bermakna isu itu memang ada.

Sesiapa sahaja yang menerajui institusi, jika mereka mempunyai keupayaan untuk menguasai, pastinya mereka akan mengawal dan mengetuai sesuatu isu.

Kita sering menunding jari menyalahkan pihak lain dan kita akan memberi alasan dengan meminta peluang dan masa untuk memperbaiki sesuatu.

Pemimpin kini hanya meminta agar kita memperingatkan mereka dan memberi kelonggaran untuk membetulkan keadaan.

Namun, bolehkah kita menerima pelbagai alasan yang tiada penghujung.

Kita juga sering diminta memberi laluan dan mengalah kepada orang yang lebih tua, menghormati kenyataan dan pengumuman dari orang yang lama; orang lama akan sering mengulang bahawa mereka terlebih dahulu ‘makan garam’ namun tidak semua yang dikatakan oleh orang lama atau tua adalah baik dan benar.

Kita perlu beralih dari terminologi kuno dan strategi komunikasi yang ketinggalan zaman. Kita seharusnya meninggalkan budaya yang buruk, dan mewujudkan budaya baharu yang mantap yang mengekalkan nilai-nilai terbaik masa lalu, sambil menjadi responsif dan menghormati realiti masa kini.

Azizi Ahmad Bebas News Opinion 5 Oktober 2019