October 11th, 2019

Manipulasi, buli merupakan penyalahgunaan kuasa

Dalam kehidupan kita pastinya tidak ada orang yang sama, tetapi berkongsi sifat yang hampir sama dan ciri-ciri tersebut tidaklah sentiasa positif.

Sesetengah suka berdrama atau menimbulkan perhatian negatif.


Mereka berada di mana sahaja , termasuk tempat kerja. Mereka mungkin berada di dalam pasukan kerja anda atau duduk di bilik yang berdekatan.


Ia boleh menjadi ketua atau rakan sekerja anda . Mereka boleh bersifat agresif, kritikal atau tidak produktif.


Narsisis (Narcissists) adalah seseorang yang sangat teruja sikapnya, kekurangan empati untuk orang lain, dan amat suka dan mahu di kagumi.


Mereka kebanyakannya sombong, mementingkan diri, manipulatif, dan kuat mendesak


Pemukau (Gaslighting) adalah satu bentuk manipulasi berterusan dan ‘mencuci otak’ (brainwashing) yang menyebabkan mangsa meragukan dirinya atau dirinya sendiri, dan akhirnya kehilangan rasa persepsi, identiti, dan nilai diri sendiri.


Mengikut itstilah Dewan Bahasa Pustaka, ‘pemukau’ juga bermaksud ‘kaki temberang’ atau ‘pemutar belit’.


Sebarang kenyataan dan tuduhan ‘pemukau’ sering didasarkan pada kepalsuan yang sengaja diadakan dan perancangan yang bertujuan untuk memesongkan kewarasan seseorang.


Istilah gaslighting berasal dari filem Gaslight (1944), di mana seorang suami cuba meyakinkan isterinya bahawa dia gila dengan membuatnya menyoal dirinya dan perlakuannya sendiri.


Kedua-dua narsisis dan si pemukau cenderung kepada pembohongan dan bersikap keterlaluan yang sering mengangkat diri mereka melebihi dari orang lain dan sering meletakkan orang lain ke bawah.


Kedua-dua narsisis dan pemukau mahir dan berkebolehan dalam penyelewengan fakta, kepalsuan yang sengaja, memusnahkan kehidupan orang lain dan berupaya menggunakan kaedah paksaan yang negatif.


Perbezaan utama adalah walaupun narsisis suka mengangkat dan menunjukkan kehebatan diri mereka (yang sebenarnya lemah), pemukau pula melakukannya untuk menambah dominasi dan kawalan mereka keatas orang lain.


Kedua-duanya jarang mengakui kekurangan dan sangat agresif apabila dikritik.


Kedua-dua narsisis dan pemukau cenderung untuk memprojeksikan watak palsu, yang ideal kepada diri mereka sendiri, untuk menyembunyikan rasa tidak kekurangan mereka.


Narsisis akan kelihatan sangat mengagumkan dan akan membuat mereka kelihatan baik secara luaran.


Pemukau pula sering membuat citra diri yang ideal untuk menjadi seorang yang dominan, menindas hubungan peribadi, di tempat kerja, atau dalam kedudukan tinggi masyarakat (seperti politik dan media).


Pada dasarnya, narsisis ingin orang lain memuja mereka, sementara pemukau mahu orang lain tunduk kepada mereka.


Narsisis dan pemukau sering melanggar peraturan dan norma sosial dan berbangga dengan tingkah laku mereka yang merosakkan, kerana pemikiran mereka memberikan mereka keunggulan dan keistimewaan (dan terdesak).


Walaupun narsisis dan pemukau boleh (tetapi tidak selalu) melakukan kekasaran secara fizikal namun bagi majoriti mangsa , penderitaan emosional adalah di mana kerosakan paling terasa dan terkesan.


Kedua-dua narsisis dan pemukau suka menyebarkan dan membangkitkan emosi negatif untuk kelihatan dan merasa berkuasa, dan membuat anda tidak selamat dan tidak seimbang.


Kedua-dua narsisis dan pemukau mempunyai kecenderungan untuk membuat keputusan bagi orang lain sesuai dengan agenda mereka sendiri.


Narsisis juga suka menggunakan rasa bersalah, menyalahkan, dan menjadikan mangsa sebagai alat manipulatif.


Pemukau sering melakukan manipulasi psikologi terhadap individu dan kumpulan dengan sering menyimpangkan kebenaran secara berterusan, dengan niat menyebabkan mangsa mereka mempersoalkan diri dan merasa kurang yakin.


Perbezaan utama di antara narsisis dan pemukau ialah narsisis akan cuba mempergunakan dan mengeksploitasi diri orang lain , sementara ‘pemukau’ akan cuba menguasai dan mengawal jiwa dan minda mangsa.


Mereka akan kelihatan menjadi "istimewa" dan "unggul" disebabkan kekurangan pada diri orang lain dan oleh kerana orang lain yang tidak tahu dan mengerti tenntang apa yang sedang berlaku.


Dalam senario terburuk, sesetengah individu mempunyai ciri-ciri kedua-dua ‘narsisme ‘ dan ‘temberang’.


Ini adalah gabungan yang sangat toksik dan adalah merosakkan, manipulasi, buli, dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa.


"Sesetengah orang cuba menjadi hebat dengan memotong kepala orang lain." -Paramahansa Yogananda.

Azizi Ahmad bebas News Opinion 11 Oktober 2019