January 3rd, 2020

Menteri Pendidikan Malaysia yang kita mahu?

Bidang akademia adalah sektor yang agak sukar dan penuh gelombang untuk di tadbir urus apatah lagi bagi mereka yang di pertanggungjawab sebagai seorang menteri kabinet.

Ia adalah mengenai keunikan dalam keperibadian akademik, usaha penerbitan yang dikaji semula dan pemerintahan bersama.

Institusi pendidikan asas dan tinggi adalah enjin utama bagi ekonomi tempatan dan ianya memainkan
peranan yang semakin aktif di peringkat antarabangsa, yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan mereka.

Mempunyai pengalaman dalam akademik boleh menjadi aset jika anda seorang menteri yang bertanggungjawab mengawal sistem.

Kajian maupun penyelidikan  sama ada seorang menteri pendidikan dengan latar belakang akademik sebagai pensyarah, dekan atau rektor mampu melakukan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman pertama memang mungkin pernah dijalankan.

Perolehan dapatan hasil kajian di beberapa negara Eropah mendapati bahawa mereka yang mempunyai pengalaman dan pernah terdedah dengan dunia akademik sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri berkaitan.


Membandingkan sistem pendidikan adalah satu tugas rumit kerana tidak ada penanda aras yang mewakili dan bermakna seperti PISA di peringkat tertiari.

Ranking di peringkat universiti turut menawarkan perspektif terhad sektor ini. Mereka hanya menumpukan pada hasil penyelidikan utama terutamanya untuk disiplin saintifik yang dilakukan di universiti terbaik.

Secara purata, negara-negara yang pernah mempunyai menteri dengan pengalaman sektor khusus cenderung untuk melakukan pekerjaan yang lebih baik.

Ada beberapa sebab yang boleh menyokong kenyataan ini.

Pertama, mereka mempunyai kepakaran dalam sektor ini. Mereka yang pernah berkhidmat di institusi pusat pengajian pendidikan tentunya  menimba dan mendapat pengalaman mengajar asas-asas dan nilai-nilai dasar.

Ini boleh menjadi kelebihan apabila memulakan pembaharuan untuk membantu mereka berkembang dengan cara yang betul.

Kedua, modal sosial yang terkumpul pada masa lalu adalah berguna apabila berkomunikasi dan berinteraksi dengan sektor tersebut.

Ketiga, pada hari-hari pertama seseorang itu di pejabat, latar belakang mereka dalam bidang akademik memberi isyarat yang boleh dipercayai tentang kecekapan dan kemahirannya.

Ini boleh menenangkan beberapa ahli akademik yang mungkin mempunyai antipati tertentu terhadap kerajaan.

Seseorang itu (mungkin) dalam masa terdekat, merupakan salah seorang daripada mereka.

Di samping itu, pengalaman hidup kerjaya dalam akademik tidak memberi kesan kepada pembiayaan yang diterima oleh sektor ini.

Beberapa karya akademik baru-baru ini mendapati bahawa peruntukkan kewangan  dan institusi yang berfungsi dengan baik diperlukan untuk meningkatkan prestasi sistem.

Ini menunjukkan bahawa para pemimpin ini mengetahui kesan melalui peningkatan cara kerja institusi dan bukannya cara mereka dibiayai.

Berdasarkan dari beberapa kajian lanjut,  patutkah kita bersetuju  menerima seorang ahli akademik lagi untuk mengisi kerusi pendidikan di kabinet?

Ada yang berkata ya dan ada yang berkata tidak.

Antara ciri-ciri lain yang penting tentunya mengenai latar belakang politik menteri yang diukur oleh pengalaman pemilihan mereka yang lalu.

Sungguh pun ada kajian menyokong untuk melantik mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang akademik dan dunia politik sebagai Menteri, namun, dunia akademik adalah sangat kompleks, tetapi begitu juga arena politik. Fakta ini tidak boleh diabaikan.

Walaupun kita perlu berhati-hati untuk membuat kesimpulan yang kukuh berdasarkan analisis empirik , kita hanya boleh mula melakarkan beberapa ciri yang diinginkan dan diperlukan untuk seseorang menjadi menteri pendidikan.

Sebaiknya, seseorang yang akan menjadi ‘menteri pendidikan’ hendaklah yang mempunyai wawasan tentang sistem pendidikan, tetapi juga seseorang yang merasa senang dengan perjalanan dan permainan dunia politik seperti dinegara kita.


Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 03 Januari 2019  Azizi Ahmad Bebas News Analisis 03 Januari 2019