January 5th, 2020

Mengenali pemimpin politik yang baik?

KITA tak perlu melihat atau membaca berita mahupun media dunia untuk menyaksikan kehebatan kepimpinan.

Tidak dinafikan diseluruh pelusuk dunia  kita dikongsikan cerita mengenai pemimpin politik yang bercita-cita tinggi menggunung tetapi sayangnya, sangat sedikit yang mampu menyesuaikan diri dengan cita-cita kepemimpinannya.

Malah, banyak dan ramai pemimpin politik seolah-olah kurang mempunyai kualiti kepimpinan yang paling penting, seperti integriti dan akauntabiliti.

Mungkin juga kita patut menambah ciri ketahanan dan kemampuan diri berhadapan dengan konflik.

Bukanlah suatu kebetulan bagi kebanyakan orang, perkataan “ahli politik” memang mempunyai konotasi negatif.

Walau bagaimanapun, sejarah  dan hari ini telah menunjukkan kepada kita bahawa masih terdapat beberapa insan yang mendekati cita-cita kepimpinan dan merupakan contoh yang baik sebagai pemimpin politik yang berkesan.

Pemimpin politik memang diakui sangat penting; melalui kuasa kerajaan, mereka menilai pengedaran kuasa dan sumber, membina hubungan dengan pihak berkepentingan lain dan membuat keputusan yang boleh memberi impak besar kepada kesejahteraan negara dan rakyatnya.

Kepimpinan dalam kerangka politik memerlukan tumpuan pada kebaikan jangka panjang sebuah negara, melebihi keuntungan peribadi jangka pendek.

Kepimpinan politik yang baik memerlukan kombinasi karisma dan integriti, serta keupayaan untuk menilai keadaan dan membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk kebanyakkan orang amnya.

Yang lebih penting dan utama adalah, kepimpinan dalam kerangka politik memerlukan ‘kepemimpinan’ yang bertentangan dari hanya menjadi seorang ‘ahli politik’

Ini bermakna seorang ahli politik yang baik dan bagus adalah mereka yang mempunyai integriti dan kesediaan untuk menegak apa yang betul, walaupun itu bermakna meletakkan jawatan dalam kerajaan secara ‘paksa rela’ atau kalah dalam satu pilihan raya.

Ironisnya, pemimpin politik yang baik seringkali adalah mereka yang paling tidak menginginkan kedudukannya atau jawatan.

Mereka adalah merupakan individu yang tidak inginkan atau mengejar ‘kuasa atau nama’  tetapi diberi peluang memegang kuasa yang diberikan oleh mereka yang telah membuat  penilaian dalam memilih mereka kesesuatu jawatan.

Jadi bagaimanakah kita mentafsirkan seseorang pemimpin politik yang baik?

Pemimpin politik yang baik adalah:

seseorang yang bertindak dan menunjukkan contoh integriti dan kesetiaan kepada orang yang mereka wakili, baik kepada orang awam dan pemimpin politik yang lain.

• seseorang yang mempunyai komunikasi yang baik dan berkemahiran interpersonal, yang boleh bekerja dengan pelbagai orang lain, tanpa mengira parti politik atau pendapat, untuk mencapai kebaikan yang paling besar untuk penduduk umum.

• seseorang yang boleh menentang pelbagai godaan dan sepak terajang arena politik

• seseorang yang mempunyai watak yang kuat, dengan kedua-dua nurani dan karisma

• seseorang yang bersedia mendengar keperluan orang awam dan mewakili mereka dengan setia

• seseorang dengan keberanian untuk bersuara dan mengatakan apa yang perlu dikatakan; bukan hanya memberitahu orang ramai apa yang ingin didengarnya

• seseorang yang bersedia membuat keputusan yang sukar (dan mungkin tidak popular) untuk kebaikan yang lebih baik.

Pemimpin politik yang berkesan akan mempunyai gaya kepimpinan yang memberi tumpuan kepada gabungan dan pembinaan, sementara situasi kepimpinan yang tidak berkesan menghasilkan seorang pemimpin yang “haru biru” dengan maksud  yang menggunakan manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan, bukannya inspirasi dan motivasi.

Walaupun rundingan dan paksaan kadang-kadang perlu, pemimpin politik yang baik akan sentiasa cuba menggunakan pujukan dan kaedah yang lembut.

Azizi Ahmad Bebas News Columnists 05 Januari 2020