January 28th, 2020

Menang percuma demokrasi sakit

Prinsip perjuangan demi agama, bangsa dan negara perlu menjadi pegangan buat mereka yang ingin bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan dan bukan menjadikannya platform untuk mengejar jawatan dan peluang bergelar calon pilihan raya.

Peringatan seperti tiada tempat bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan parti semata-mata bagi mengejar sesuatu untuk kepentingan diri sering kita baca dan dengari.

Tidak kurang laungan, prinsip kekeluargaan, keharmonian itu penting, bukan saling berpecah-belah, menjatuhkan satu sama lain kerana jawatan dan pangkat.

Beberapa parti yang membentuk kerajaan kini dalam proses menentukan samada mengekal atau menolak mereka menjadi pemimpin kesinambungan seterusnya dan juga “pemimpin no 1 parti” sendiri yang mendapat undian yang rendah namun kekal sebagai pemimpin teratas, dan ini dipanggil “demokrasi”.

Sungguh pun Pilihan Raya Umum adalah agak lama lagi, namun bukan semua bakal calon atau calon yang mahu dan bersedia untuk menjadi calon dan mungkin juga ada beberapa kerusi yang tentunya tidak akan ada pesaing.

Mudah sahaja, siapa yang bersedia dan sanggup bertanding dengan “orang lama”, orang yang pernah bertanding dan memegang jawatan tertinggi negara dan/atau negeri; siapa sanggup berhadapan dengan mereka yang memegang portfolio kanan negara.

Memang ada, tetapi bak kata orang “utara” jenuh mampuih la, atau pun “mapuh keghah” la nak menang dengan golongan kumpulan atau individu tersebut.

Ada yang mengatakan, itu bukan perkara biasa.

Namun, yang terkini, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Besar Kedah sudah pun menang tanpa bertanding.

Ia tidak semestinya bolehkah anda menang, ia tertumpu kepada bolehkah anda mencari calon yang “sesuai dan diperlukan”.

Sungguh pun ada cubaan untuk menggunakan “calon cubaan” namun untuk menghabiskan masa, tenaga, kos dari rumah dan keluarga mereka, meninggalkan pekerjaan mereka adalah masalah yang sukar.

Politik kini dan sejak dahulu mungkin adalah bagi mereka yang kemampuan melebihi kuasa.

Jika melihat dari laporan pendapatan mereka yang kecimpung dalam politik (tambahan kepada mereka yang menjadi atau berjawatan Menteri, Timbalan Menteri) tentunya kita tahu mengapa “mereka” sangat gemar berpolitik dan bersedia merebut jawatan dalam politik.

Mereka yang kalah dalam pilihanraya umum tetapi yang mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan pucuk pimpinan parti pemerintah turut mendapat peluang untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah GLC/NGO dan itu mungkin kenapa mereka yang “agak berkemampuan” sangat gemar mencalonkan diri dan bersedia berebut Jawatan.

Menurut penyelidikan perundangan, setiap ahli politik atau “pembuat dasar”, limpahan pendapatan mereka termasuk mendapat tambahan untuk perbatuan dan perumahan adalah sangat menakjubkan.

Dengan pendapatan sangat berbaloi, pastinya tidak semua orang mampu untuk menjalankan, atau mempunyai pekerjaan yang membolehkannya.

Berbanding dengan pesara, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil, mereka yang bekerja sendiri, pemilik bisnes, petani, maka mereka yang purata pekerjaan adalah biasa tentunya bukanlah “golongan” yang sesuai untuk mencuba nasib sebagai calon.

Pelantikan calon atau ahli majlis tanpa sebarang persaingan adalah “tidak sihat” bagi demokrasi, kerana tahun demi tahun pemilih diwakili oleh tanpa pilihan siapa yang akan mewakili mereka.

Kita tentunya suka kepada kemenangan penuh adil dan mempunyai lebih ramai calon penting untuk demokrasi.

Mungkin juga tahap pemikiran dan pengetahuan politik yang diajar di universiti kita tidak cukup atau tidak memadai untuk membentuk ahli politik masa depan negara.

Tanpa pertandingan ia seolah suatu bencana (untuk kesahihan dan kepercayaan) dalam politik.

Sistem yang lebih berkadar akan mengakhiri krisis “satu negara parti” tempatan dan keterbukaan politik kita.

Azizi Ahmad Malaymail Online Pendapat 28 Januari 2020