February 15th, 2020

Terimalah kritikan baik maupun buruk

Manusia memang suka dan seronok di puji dan di katakan betul dan akan berasa kesal dan marah apabila dikatakan salah.

Yang sebenarnya , kita semua perlu kritikan dan teguran.

Kita pada umumnya tertarik kepada mereka yang berfikiran sama atau ‘sekepala dengan kita’, namun kita perlu ingat bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kita turut membantu kita berkembang.

Mereka yang menegur dan mengkritik kita sebenarnya membantu menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita.

"Kritikan adalah sesuatu yang anda boleh dengan mudah mengelakkannya dengan tidak mengatakan apa-apa, melakukan apa-apa, dan menjadikanya tidak ada apa-apa." ~ Aristotle

Mereka yang sering mencabar kita berkemungkinan akan membantu membuat kita menjadi lebih baik.

Ada kalanya anda tidak perlu mendengar dan menerima kritikan terutama yang menjurus kepada kepalsuan atau diberikan dengan cara yang dimaksudkan untuk menghancurkan maruah dan harga diri anda.

Realitinya orang akan menegur apabila kita didapati ‘tidak betul’.

Kita memang digalakkan menyampaikan kritikan dengan cara yang membina dan membantu.

Apabila kita menerima kritikan, matlamat kita adalah untuk belajar dari maklum balas, dan jangan biarkan emosi menutup minda kita. Kuncinya adalah proaktif, bukan reaktif.

Ssesiapa yang tidak boleh menerima dan mengambil kritikan atau maklum balas sudah tentunya mereka yang sakit, tidak sihat atau mungkin mengalami penyakit mental.

Walaupun, mereka yang tidak berkemampuan menerima kritikan tidak dilayak di gelar sebagai seseorang sebagai ‘narsisis’ tetapi semua ‘narsisis’ biasanya tidak boleh menerima kritikan.

Masalah dengan orang yang tidak suka atau boleh dikritik mungkin ada kaitan dengan zaman kanak-kanak mereka atau jenis asuhan mereka.

Ini biasanya merupakan tanda seseorang yang sedang mencari pengesahan atau penerimaan kerana ketika mereka sedang membesar, mereka tidak dibenarkan membentuk pendapat mereka sendiri atau mereka sendiri tidak mahu mendengar dan mereka membesar dengan penuh kekurangan.

Seseorang itu tidak boleh menerima kritikan kerana dia tidak dibesarkan untuk menerima dan dia fikir dia adalah yang terbaik kerana mekanisme pertahanannya.

Ketahui mereka dengan beberapa ciri dibawah:

Berhasrat dan berangan dengan fantasi tentang kejayaan, kuasa, kecemerlangan, kecantikan atau pasangan yang sempurna

Mahu dikagumi, dipuji secara yang berterusan, berlebihan

Mengharapkan untuk diiktiraf sebagai yang unggul walaupun tanpa pencapaian yang menjaminnya

Meningkatkan pencapaian dan bakat

Mempercayai mereka lebih unggul dan hanya boleh bersama dengan taraf yang yang sama

Monopolisasi perbualan dan meremehkan atau merendahkan orang yang mereka anggap sebagai lebih rendah tahap

Mengambil kesempatan daripada orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu

Mempunyai ketidakupayaan atau keengganan untuk mengenali keperluan dan perasaan orang lain

Menunjukkan dan mempunyai kepentingan diri yang berlebihan

Untuk itu, apabila berhadapan dengan ‘narsisis’ kita hanya perlu menjadi pendengar dan memberi perhatian yang baik, menerima setiap kritikan yang diberikan kepada anda dan banyak bersabar, tetapi jika anda benar-benar peduli dengan harga diri anda maka elakkan orang tersebut.

Ingatlah ‘narsisis’ adalah perkataan bagi mereka yang menganggap mereka sentiasa betul yang mempunyai masalah gangguan keperibadiannya. Mereka mempunyai kekurangan empati untuk orang lain.

Untuk berhadapan dengan mereka, kita seharusnya:

Kita harus melihat tingkah laku mereka sebagai gambaran ketidakpastian mereka dan jangan ambil secara peribadi.

Kita diminta jangan berdebat dengan seorang ‘narsisis’.

Kita diminta jangan biarkan niat penghinaan dan penyalahan menjejaskan harga diri anda.

Kita di galakkan untuk meluangkan waktu dengan orang-orang yang memberi anda gambaran yang jujur tentang siapa diri anda.

Kita elokknya menjalin persahabatan baru, jika perlu, di luar orbit narsisis.

Kita di minta memberi tumpuan impian anda sendiri. Daripada kehilangan diri anda dalam khayalan narsisis, tumpukan pada perkara yang anda inginkan untuk diri sendiri

Sesungguhnya tiada sesiapa yang sempurna; kita juga tidak akan sentiasa bertindak balas dengan cara yang terbaik.

Tetapi jika kita mampu berusaha untuk mengawal diri dan emosi , setiap keadaan menjadi peluang untuk belajar dan berkembang.