February 19th, 2020

Masih seronokkah menjadi guru?

SALAH satu elemen hasrat mantan Menteri Pendidikan adalah ‘kebahagiaan atau keseronokan’ dalam pengajaran dan pembelajaran maupun dalam pekerjaan.

Tetapi apakah yang membuat anda bahagia dan seronok dalam kehidupan bekerja dan seharian?

Anda mungkin mempunyai seorang ketua jabatan yang hebat, yang memberi kebebasan kepada anda dan rakan sekerja untuk menjadi ‘kreatif’, memberi penghargaan dan pengiktirafan kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab serta membantu anda mencapai matlamat kerjaya anda.

Setelah bekerja hampir penghujung kerjaya, anda mungkin tidak pernah menerima kebebasan, penghargaan atau pengiktirafan.

Mungkin anda juga sedang berfikir untuk mencuba menulis ‘ringkasan diri (resume)’ permohonan untuk melangkah ke tempat kerja yang baru.

Pengurus dan pentadbir cenderung menyalahkan keadaan semasa dan mengabaikan masalah utama: orang tidak meninggalkan pekerjaan; mereka meninggalkan pengurus atau pentadbir.

Pengurusan yang buruk bukanlah penyebab atau punca diskriminasi yang berdasarkan gaji atau jawatan.

Satu kajian oleh Persatuan Psikologi Amerika mendapati bahawa orang yang kerja memenuhi kedua-dua kriteria ini lebih cenderung mengalami keletihan, tidak cukup rihat dan tidur, kegelisahan, dan kemurungan.

Perkara yang menyedihkan ialah penderitaan ini dapat dielakkan dengan mudah.

Apa yang diperlukan adalah perspektif baru dan beberapa usaha tambahan di bahagian pengurusan untuk memberikan autonomi pekerja dan membuat kerja mereka dalam keadaan yang tidak tertekan.

Untuk itu, pengurus dan pentadbir harus memahami dan tidak membunuh moral dan semangat para pekerja.

Amalan yang diperlihatkan sekarang hendaklah dimansuhkan jika anda inginkan pekerja yang baik kekal didalam sistem pekerjaan sedia ada.

Tiada satu perkara positif dapat dilihat jika anda membebankan pekerja yang baik dengan menambah tugasan dan kerja yang berlebihan.

Pentadbir sering terlupa dan memasang perangkap sendiri dengan mengarahkan pekerja membuat kerja tambahan.

Memberikan kerja tambahan akan membingungkan mereka yang berprestasi tinggi kerana ia membuat mereka merasa seolah-olah mereka dihukum kerana prestasi mereka yang hebat.

Pekerja yang ditimbunkan dengan lebihan tugasan akan menjadi tidak produktif.

Kajian baharu dari Stanford menunjukkan bahawa produktiviti/sejam menurun dengan mendadak apabila pekerja terpaksa bekerja melebihi 50 jam seminggu, dan produktiviti turun begitu banyak selepas 55 jam sehingga anda tidak mendapat apa-apa daripada bekerja lebih.

Pekerja berbakat akan menerima dan mengambil beban kerja yang lebih besar, tetapi mereka tidak akan kekal bersama jika pekerjaan yang dilakukan ‘mendera’ mereka dalam proses.

Kenaikan gaji, pangkat dan perubahan jawatan adalah cara yang boleh diterima untuk meningkatkan beban kerja.

Sekiranya pengurus dan pentadbir hanya menambahkan beban kerja kerana mereka berbakat, tanpa mengubah perkara yang lain, pekerja akan mencari kerja lain yang memberi mereka apa yang patut.

Sebagai pekerja, anda pastinya membawa nilai terhadap pekerjaan anda, dan anda melakukannya dengan set kemahiran dan pengalaman unik.

Jadi bagaimana anda dapat melakukan tugas anda dengan baik sehingga anda menjadi sukar diganti?

Ini berlaku apabila ketua jabatan dengan sengaja mempergunakan anda untuk kepentingan mereka sambil menggagalkan peluang anda untuk mendapat kenaikan.

Sekiranya anda sedang mencari peluang peningkatan dalam kerjaya, dan ketua jabatan anda tidak mahu memberikan anda berpeluang untuk meningkat, semangat anda akan berkurangan.

Menghalang peluang untuk kemajuan seseorang adalah pembunuh moral yang serius.

Pengurusan mungkin mempunyai kuasa memulakan sesuatu, tetapi ia pastinya tidak ada pengakhiran.

Azizi Ahmad Bebas News Columnist 19 Februari 2020