March 29th, 2020

Covid-19: Pembelajaran di atas talian perlu pemerkasaan

Artikel Pandemik Covid-19 mendedahkan kekurangan dalam pendidikan universiti (26 Mac 2020) adalah dirujuk

Hikmah bagi para pendidik dan pelajar IPG ketika wabak Covid-19 melanda adalah mereka bersama ‘dicutikan’.

Sebelum ini warga IPG akan bersama rakan pengajar dan murid bersekolah sempena cuti persekolahan namun oleh kerana pengstrukturan IPG yang memperkasakan institusi maka ‘cuti sekolah’ menjadi ‘cuti tahunan’.
Namun kelegaan tersebut hanyalah sementara, pendidik dan pelajar di minta dan dipantau pengajaran dan pembelajaran dan setiap pendidik di minta untuk membina platform e-pembelajaran Google Suite (Coggle Classroom) sungguh pun Portal E-Pembelajaran IPG yang mengunakan perisian Moodle telah sedia ada.

Bagi yang memang sudah sedia ada dan tahu akan penggunaannya , tidaklah menjadi masaalah tapi yang tidak ada maupun tidak tahu dan mahir menggunakan ICT dalam pembelajaran , wallahualam, apakah tersemat dalam hati, fikiran dan minda mereka.

Oleh kerana kesan COVID-19, kebanyakkan pendidik dan pelajar terpaksa dan memaksakan diri menggunakan teknologi untuk pengajaran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc); namun kita mungkin perlu menambah kaedah iaitu ‘pemantuan’ untuk menjadi PdPcP.

Ini mungkin satu hikmah serta inovasi dalam sistem pendidikan kini?  Dan dalam tidak sampai seminggu pendidikan lesu menjadi hebat, alhamdulillah.

Kita juga dihidangkan dengan liputan cemerlang oleh pihak kerajaan mengenai pandemik di tempat lain dan "pengiktirafan” bahawa kita kini bersama melakukan secara urusan profesional setiap hari tanpa hentii.

Itu semua mungkin benar, tetapi realiti baru adalah bahawa COVID-19 semakin mendominasi bukan hanya di ruang kolektif pemikiran kita (dalam cara yang berguna dan tidak) tetapi juga apa yang harus kita lakukan setiap hari sempena ‘perintah kawalan pergerakan’.

Ini adalah merupakan tanggungjawab  bagi anda  untuk terus menerus membantu memberikan pengajaran dan pembelajaran di institusi anda.

Jadi sehingga minggu depan (kelihatan sangat jauh pada masa ini) tumpuan harus diberi kepada isu pengajaran dan pembelajaran:

Adakah berkesan percubaan berbentuk teknologi kepada pembelajaran diatas talian dalam pendidikan?

Sungguh pun, ahli dan pakar berkongsi pemikiran mereka tentang bagaimana letupan pembelajaran jarak jauh (yang kebanyakannya mungkin primitif dan kualiti yang meragukan) ia tetap boleh menjejaskan sikap dan tanggapan tentang cara pembelajaran yang sudah diperjuangkan untuk mendapatkan sokongan fakulti dan pelajar yang meluas.

Sungguh pun pengunaan teknologi maklumat telah lama digunakan dan diperkenalkan di institusi pengajan tinggi namun prospek bagi ribuan pendidik dan pelajar menceburi ruang siber akademik untuk pertama kalinya telah mendorong beberapa pengulas untuk dibawa ke media sosial untuk meramalkan bahawa tempoh ini dapat mengubah jangka panjang lanskap untuk pendidikan dalam talian.

Setiap pendidik akan menyampaikan pendidikan dalam talian, setiap pelajar akan menerima pendidikan dalam talian dan rintangan terhadap pendidikan dalam talian akan hilang sebagai perkara praktikal.

Mungkin peristiwa ‘virus korona’ ini mengambarkan ‘Teori Angsa Hitam ‘(peristiwa terjadi diluar dugaan dan menimbulkan kegemparan) namun kita harus lebih positif dan menganggapnya sebagai pemangkin untuk pendidikan dalam talian dan alat berteknologi tinggi lain hasil daripada  penganjuran dan nasihat korporat yang bersungguh-sungguh sekian lamanya.

Ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa ini bukan sahaja mengganggu tetapi juga merupakan perubahan paradigma.

Kemungkinan ianya berjaya adalah baik,  tetapi hasil yang sangat berbeza , pastinya akan berlaku.

Sudah tentu ramai  pendidik yang ‘bergelar pensyarah’ akan meneroka pendidikan maya untuk kali pertama (kerana wabak COVID-19)  dalam talian dengan harapan mampu memberi pembelajaran mendalam lagi berkualiti tinggi dan menggunakan perisian  pembelajaran dalam talian terbaik.

Tetapi benarkah anggapan ini, kerana ada yang tidak ingat ID pengenalan dan kata laluan e-mel sendiri?

Tetapi sesungguhnya, kebanyakan pengajaran jarak jauh oleh para pendidik yang bereksperimen di luar kelas fizikal untuk pertama kalinya akan menawarkan kepada pelajar mereka tidak lebih daripada kuliah ‘video-conferencing’ ditambah dengan pentaksiran berasaskan e-mel.

Ini menimbulkan beberapa persoalan dan masalah dari,  bagaimana pengajar dan institusi  memberi skoran kepada gred pelajar  dan bagaimana institusi memberi  penilaian pelajar kepada pendidik.

Persoalan juga timbul, siapa yang menilai dan mentaksir ‘pemantau’ yang memantau mereka yang dipantau?

Serentak dengan peristiwa babak ini juga , beratus-ratus institusi telah mengumumkan pada minggu lalu bahawa kerana kebimbangan kesihatan yang berkaitan dengan COVID-19, mereka mengakhiri kelas bersemuka dan mengalihkan semua pembelajaran ke tetapan maya.

Namun ada juga institusi pengajian yang mengarahkan tiada pembelajaran diatas talian diadakan dan dihentikan.
Masing-masing menggunakan ‘bahasa’ yang berbeza, sesetengahnya secara khusus bercakap tentang peralihan ke pendidikan diatas talian, sementara yang lain bercakap tentang kelas jarak jauh dan sebagainya.

Ramai yang cuba memberi alasan dan mengambil kesempatan daripada (dan dalam beberapa kes melanjutkan) sesi cuti sekolah atau memaklumkan tiada latihan persediaan diadakan untuk mempersiapkan peralihan ini, dan ia akan mengambil  masa yang lama sebelum kita dapat benar-benar memberitahu bentuk pembelajaran institusi akan mengamalkan dalam tempoh ini.

Beberapa pengulas telah membuat hipotesis bahawa penggunaan dan eksperimen kecemasan ini akan mempercepatkan penggunaan dan pemerkasaan atas talian dan lain-lain bentuk pembelajaran berasaskan  teknologi.

Satu lagi ialah cara institusi pendidikan tinggi dan universiti mengubah semua pengajaran mereka dalam rangka masa yang termampat ini akan menjadi seperti ‘lakonan atau kepura-puraan’ dari apa yang terbaik dalam pembelajaran atas  talian.

Apabila yang didedahkan tidak menunjukkan keadaan sebenar,  seluruh fakulti dan badan pelajar terhasil kepada kecacatan dan kelemahan produk hasilan.

Ini akan mempamerkan keadaan sebenar mengenai kualiti pembelajaran berasaskan teknologi dan sikap pengajar, pelajar dan institusi sendiri.

Apa yang harus kita bersama fikirkan dan bertindak adalah samada:

Tindakan kejutan yang diarahkan  dalam menggunakan kaedah pembelajaran diatas talian atau jarak jauh oleh kebanyakan institusi akan  meningkatan keyakinan institusi dan pelajar dalam pembelajaran yang berasaskan teknologi.

Kita terpaksa menunggu dengan penuh sabar untuk mempercayai atau tidak hasil  keputusan akhir ( harus mengiktiraf kemungkinan dalam tempoh waktu sebelum kita boleh menilai) akan menjadikan para pendidik mempercayai kualiti pembelajaran diatas talian  menjadi gabungan yang terbaik dari apa yang dapat dilakukan ke dalam pengajaran mereka. Perbezaan ketara menjadi perbincangan hangat diantara PdPC  bersemuka dengan pembelajaran diatas talian dan penutupan jurang kualiti yang dirasakan.

Selama ini para pendidik memang berbelah bagi dan penuh keraguan tentang keberkesanan pembelajaran berasaskan teknologi, sama ada kerana pengalaman dan kebolehan pengajar dan pelajar sama akan menjadi kurang baik, atau kerana institusi tidak cukup menyediakan pengajar mereka untuk mengajar dengan cara-cara baru ini.

Atau anda mungkin membayangkan hasil yang lain? Dan tentunya kita mengharapkan institusi dan pengajar/pendidik membuahkan dan memastikan hasil yang lebih baik dan bukannya lebih buruk.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Rencana 29 Mac 2020