April 10th, 2020

Cabaran menanda tugasan

Cabaran menanda tugasan dan esei diatas talian

Adalah saya merujuk kepada ‘Ibu bapa, guru bergelut cabaran kelas online sepanjang PKP’ and ‘Banyak masalah timbul bila guru beralih ke pembelajaran online ’ bertarikh 7 April 2020.


Walaupun kini bekerja dari rumah tetapi demi tugasan, tanggungjawab dan amanah bangsa, agama dan negara , tak kira masa siang atau malam, para pendidik bertungkus lumus melaksanakan amanah.

Apa yang berlaku juga merupakan hikmah dari pandemik Covid-19.

Untuk tempoh PKP ini, dikebanyakan institusi pengajian telah pun memulakan PdPc di atas talian.

Dan kini masa untuk calon pelajar menghantar tugasan kerja kursus sudah bermula.

Selain dari proses pengajaran dan pembelajaran tentunya ada proses pentaksiran.

Dalam ‘Standard of Procedures’ para pengajar akan berkumpul untuk memulakan proses penyelarasan menanda kerja kursus, tapi oleh sebab arahan kerja dari rumah maka pengajar yang juga penanda tugasan kertas kerja terpaksalah melakukannya secara ‘jarak jauh’ dan ‘di atas talian’.

Penyelarasan penandaan ada yang melibatkan ratusan dan ribuan tugasan pelajar setiap tahun.

Tugasan diterima di pusat, disusun dan dihantar kepada penyelaras yang kemudiannya bersama kumpulan untuk memulakan penandaan .

Sebaik sahaja di persetujui oleh kumpulan, proses menanda pun bermula.

Dalam keadaan sekarang, calon pelajar akan menghantar tugasan yang telah siap ditetapkan melalui tapak Google Classroom atau tapak platform yang dipersetujui oleh pengajar.

Dalam keadaan biasa, kerja penandaan melibatkan pengunaan beribu-beribu helaian kertas setiap sesi pengajian , kos percetakan dan e-mel yang signifikan, dan masa kakitangan yang banyak.

Penandaan diatas talian diperkenalkan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unggul kepada pelajar dari segi tempoh giliran masa dan maklum balas yang lebih baik dan peluang bagi pusat untuk mengurangkan kos.

Pelaksanaan sistem menanda di atas talian mungkin inovasi atau pembaharuan bagi menggantikan sistem berasaskan kertas sebelum ini dalam beberapa kursus pengajian.

Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang baik jika para pengajar dijemput menyertai dan diberikan latihan.

Perlu dingat bukan semua yang celik TMK (IT).

Kalau hanya arahan dan panduan di keluarkan dan pengguna terpaksa menghadamkan semuanya maka kemungkinan suatu kejayaan akan ternampak kekurangannya.

Sekurang-kurangnya peralatan dan perkakasan dengan keupayaan untuk menandakan tugasan secara digital hendaklah diberikan dan dipinjamkan kepada kumpulan penanda.

Para pelajar menyerahkan tugasan secara langsung ke kursus menggunakan dropbox elektronik dalam sistem pengurusan pembelajaran, dan pengajar menggunakan komputer untuk menandakan dan mengembalikan tugasan pelajar secara elektronik.

Bayangkan bagaimana pendidik akan menandakan tugasan esei di atas talian. Satu tugasan boleh terdiri daripada 10-15 muka surat setiap pelajar.

Di institusi pengajian negara maju, perisian peralatan disediakan seperti Stylus ,Track Track atau Track Markup dalam Microsoft Word, GradeMark dari Turnitin digunakan, yang juga membolehkan mereka menyemak plagiarisme dan menyediakan gred akhir.

Pengajar boleh mengakses alat-alat ini pada komputer atau menggunakan mana-mana komputer untuk melakukan penandaan diatas talian.

Bagi yang biasa dengan penggunaan Word, anda perlu tahu membina makro; pintasan yang membolehkan penyisipan teks pra-tetapkan untuk komen yang biasa digunakan ketika menandakan tugasan.

Pembangunan set makro perlu dibangunkan untuk komen yang lebih spesifik untuk disiplin atau pengajar individu.

Strategi pelengkap untuk menambah penggunaan penandaan diatas talian adalah untuk merancang tugasan secara berbeza supaya mereka boleh diselesaikan dalam talian, seperti kuiz, atau untuk memanfaatkan penandaan yang ditawarkan dalam sistem pengurusan pembelajaran.

Para pengajar juga harus didedahkan dan disesuaikan dengan pilihan penandaan diatas talian yang paling sesuai untuk kursus dan pelajar mereka dan memenuhi objektif pembelajaran yang dikenalpasti.

Penandaan diatas talian menyediakan pelajar dengan penjimatan masa, maklum balas yang lebih baik dan peluang untuk mengurangkan kos.

Impak positif terhadap alam sekitar dinyatakan melalui slogan 'menyelamatkan planet, satu tugasan pada satu masa'.
Calon pelajar juga akan mendapat maklumbalas dengan cepat dan tepat pada masa.

Pengajar boleh membuat pembetulan dengan lebih jelas dan lebih profesional, mengurangkan keperihatinan tentang kehilangan kertas, mudah dan selesa dan dengan berkesan mengurangkan penggunaan kertas.

Matlamat untuk inovasi mungkin telah dipenuhi.

Peralihan ini juga dijangka memberi kesan ke atas bagaimana program kursus dirancang oleh pendidik dan pereka pengajaran dan pembelajaran dimana mereka bekerjasama untuk memasukkan strategi penandaan baru ke dalam pembangunan atau semakan kursus di dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran. (LMS).

Didalam apa usaha melakukan perubahan, cabaran utama adalah penentangan dari pengajar atau kebimbangan terhadap keberkesanan.

Kebanyakan pengajar lebih selesa dengan tugasan menanda kertas secara biasa dan ada yang cuba tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi.

Perbengkelan dan sokongan serta komitmen dari pihak majikan adalah sangat ditagihi.

Dalam program kursus, seperti matematik, fizik, dan kimia, sifat tugasan itu sendiri menyebabkan penandaan diatas talian menjadi lebih sukar.

Tugasan tulisan tangan mungkin lebih mudah, terutamanya untuk pelajar tahun pertama, daripada mempelajari program kompleks yang diperlukan untuk memasukkan formula secara elektronik.

Penjanaan asas kewangan untuk teknologi adalah penting dimana faktor  penyelenggaraan, penggantian, dan latihan terus menjadi faktor kos yang utama.

Challenge of marking

The challenge of marking assignments on-line

Dear Editor

I refer to ‘Parent, teachers grapple with online classes’ and ‘Problems aplenty as teachers shift to online learning’ dated 7 April 2020.

As the saying goes, educators are for real they not only work during school holidays but even in crisis.

Besides ‘teaching and learning’ of course prior assessment should be done too.

The Covid-19 pandemic is a blessing in disguise.

Within the Movement Control Order period, most educational institutions have already started ‘teaching and learning’ online.

And now it's time for prospective students to submit their course work assignments.

In the 'Standard of Procedures' teachers will gather to begin the coordination process of marking the coursework, but due to MRO, educators are to do it 'remotely' and 'online'.

Once agreed and approved by the group, the marking process begins.

In the current situation, prospective students will submit assignments that have been completed through the Google Classroom site or a teacher-approved platform site.

Under normal circumstances, marking work involves the use of thousands of sheets of paper per study session, significant printing and email costs, and considerable staff time.

The implementation of the online marking system may be an innovation or innovation to replace previous paper-based systems in some courses.

Indeed, this is a good thing if teachers are invited to participate and be trained.

Keep in mind that not all are ICT (IT) competent or literate.

If only the instructions and guidelines were issued and the user had to suppress everything, then the chances of success would be apparent.

At least equipment and hardware with the ability to digitally assign tasks should be provided and lent to a group of markers.

Students submit assignments directly to courses using electronic drop-boxes in their learning management systems, and teachers use computers to mark (manually) and return student assignments electronically.

Can you imagine educators marking on-line? An assignment may constitute 10-15 pages per student.

In developed countries, software tools such as the Stylus, Track Track or Track Markup in Microsoft Word or Turnitin's Grade Mark which also enables them to review plagiarism and provide final grades.

Teachers can access these tools on a computer or use any computer to make online markings.

For those who are familiar with Word usage, you need to know how to build macros; shortcuts that allow pre-defined text insertion for commonly used comments when marking assignments.

The development of macro sets needs to be developed for more specific comments for individual disciplines or educators.

Teachers should also be exposed and adapted to the online marking options most appropriate for their courses and students and to meet the learning objectives identified.

Online marking provides students with time savings, better feedback, and opportunities to reduce costs.

The positive impact on the environment is expressed through the slogan 'save the planet, one task at a time'.

Students will also get feedback quickly and timely.

Teachers can make corrections more clearly and more professionally, reduce concern about paper loss, ease and comfort and effectively reduce paper use.

The goal for innovation may have been met.

In any attempt to change, the main challenge is the resistance of the teacher or the concern about effectiveness.

Most teachers are more comfortable with regular paper-marking assignments and some try but can't adapt to the technology.

In course programs, such as math, physics, and chemistry, the nature of the assignment itself makes online marking more difficult.

Handwriting assignments may be easier, especially for first-year students, than learning the complex programs required to enter formulas electronically.

Fundamentals of financial foundation for technology are important where maintenance, replacement, and training factors continue to be a major cost factor.

Familiarity and technological readiness of the technology needs to be improved.

Apa selepas kelas

Apa selepas kelas diatas talian?

Institusi persekolahan dan pendidikan telah menghabiskan banyak usaha dan masa sejak beberapa minggu yang lalu untuk mengetahui dan mencari kaedah bagaimana untuk meneruskan sesi PdPc dan menetapkan kaedah di atas talian sebagai platform untuk menyediakan pelajar agar tidak ketinggalan dalam pelajaran sambil memastikan mereka selamat di tengah arus pandemik COVID-19.

Dari sudut umum, komuniti pendidikan telah melakukan pekerjaan yang sangat baik untuk mengekalkan kesinambungan berterusan untuk murid dan pelajar. Lalu,  langkah seterusnya dalam proses ini sama pentingnya dengan yang pertama.

Eloknya janganlah ada sesiapa pun mempertikai usaha yang sedang dijalankan, cuma sekarang institusi pendidikan  perlu melangkah lagi usaha dan bertanggungjawab untuk memastikan pembelajaran yang berkesan adalah berjalan dan berlaku untuk kumpulan murid dan pelajar.

Kumpulan ahli profesional pembelajaran diatas talian yang berpengalaman akan menjadi yang pertama memberitahu anda bahawa penyampaian kursus diatas talian yang berkesan jauh melampaui mentadbir kuliah dan memberi tugasan melalui paparan skrin talian.

Musuh sebenar pembelajaran diatas talian adalah kurangnya penglibatan dari dan antara pelajar.

Pembekal pembelajaran hendaklah memastikan untuk mempertimbangkan aspek kesediaan pelanggan dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh dan bekerja keras untuk terus mengoptimumkan penyampaian berterusan.

Pastinya  hendaklah merujuk dan menghubungi pakar pembelajaran diatas talian untuk mengetahui bagaimana  boleh kita meningkatkan hasil pembelajaran untuk para pelajar .

Kajian telah menunjukkan bahawa pastinya akan terdapat sebilangan tertentu pelajar cenderung menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kursus diatas talian daripada yang lain.

Apa yang cenderung berlaku adalah apabila pelajar terpaksa beralih ke format diatas talian, mereka yang telah melakukannya dengan baik akan terus melakukan dengan lebih baik dan mereka yang melakukan dengan buruk akan menjadi lebih buruk.

Sebab itulah, sangat penting untuk memberi tumpuan kepada membantu pelajar yang mengalami kesukaran membuat penyelarasan.

Kumpulan tenaga pengajar harus digalakkan untuk bekerjasama dengan penasihat akademik dan jurulatih untuk mengenal pasti pelajar yang mungkin sedang berjuang dan membangunkan pelan tindakan yang sesuai.

Ramai pelajar mungkin mendapati diri mereka bergelut untuk mengikuti pembelajaran kursus  dalam format baru ini. Mungkin juga dengan tenaga pengajar sendiri.

Pelajar juga mungkin melihat ini sebagai peluang untuk kurang melakukan kerja daripada ketika mereka menghadiri kelas bersemuka.

Walau apa pun alasannya, kita hendaklah cuba berusaha untuk memahami mengapa pelajar ‘tidak berkata benar’ supaya kita bersedia menghadapi kemungkinan yang ianya akan terus berlaku.

Walaupun kiasan klasiknya adalah "pelajar hanya menipu diri sendiri" menjadikannya mudah untuk mengabaikan ketidakjujuran akademik sebagai satu kelemahan yang hanya membahayakan pelaku, sebenarnya, ia menjejaskan integriti perkhidmatan yang anda berikan kepada pelajar.

Perlu diingat bahawa pelajar lebih tidak bersedia untuk pelarasan ini berbanding kepimpinan kampus.

Dalam keadaan di mana pelajar telah terputus hubungan sosial dari anda dan kampus seperti yang biasanya mereka lakukan, mencari jalan untuk memacu penglibatan pelajar boleh menjadi sangat berkesan.

Berinteraksi dengan rakan pelajar boleh membantu mengurangkan saiz psikologi institusi semasa pelajar terikat untuk merasa bersendirian.

Sama ada ini melibatkan menyediakan sumber kelab dan organisasi untuk terus bertemu secara maya pada masa ini atau bergaul dengan kumpulan perwakilan pelajar untuk merancang acara maya untuk pelajar bersama menghadiri, ia pasti bernilai membuat usaha untuk menghubungkan pelajar dengan sebaik mungkin. Oleh itu hubungan dan penglibatan pelajar hendaklah jangan diabaikan.

Anda mungkin berasa seolah-olah anda perlu menjadi ahli rujuk dalam memenuhi keperluan pelajar anda.

Pada hakikatnya, orang yang paling mengetahui tentang keperluan pelajar anda adalah pelajar anda.
Manfaatkan peluang ini untuk mengumpul maklum balas pelajar tentang perubahan yang anda buat untuk memastikan anda mencapai matlamat yang anda inginkan.

Dengan menggunakan gabungan tinjauan, kumpulan fokus, dan wawancara individu, anda sepatutnya dapat melihat betapa gembiranya pelajar anda dengan cara institusi anda mengendalikan keadaan.

Lebih-lebih lagi, jika pelajar merasa seolah-olah suara mereka didengar,  lebih berkemungkinan usaha ini akan berterusan.

Adalah tidak mengejutkan jika pelajar memerlukan lebih banyak sokongan berbanding sebelum ini kerana kita semua sedang mengharungi perubahan yang tidak dijangka ini.

Pada permulaan mana-mana sekali pun , pelajar menghadapi tugas membiasakan diri dengan cara baru dan pengajar mereka.

Apabila program kursus terpaksa berjalan dengan cara yang berbeza, mereka mesti melalui proses ini sekali lagi sambil berhadapan dengan tekanan tambahan mengenai pandemik global yang boleh menjejaskan kehidupan mereka dalam pelbagai cara.

Mencari cara dan kaedah untuk meningkatkan sokongan akademik membantu memastikan pelajar-pelajar ini tidak terpaksa berurusan sepenuhnya dengan sendiri.

Luangkan masa untuk mempertimbangkan peluang secara berisiko rendah untuk menambah dan meningkatkan program sokongan rakan sebaya sedia ada untuk memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal.

Walaupun mereka yang terlibat dengan kursus peralihan diatas talian menerima notis kejutan singkat, namun kita harus berbangga dengan kerja yang mereka lakukan setakat ini, halangan awal telah memberi jalan untuk beberapa tantangan baru.

Untuk menjadikan peralihan ini benar-benar berjaya, kolej dan universiti perlu terus meningkatkan penyampaian kursus diatas talian, meminimumkan kesan ketidaksamaan, memahami dan menghapuskan sebab-sebab mengapa pelajar boleh membuat keputusan untuk tidak berkata benaru, menggalakkan dan membolehkan pelajar terlibat dengan satu sama lain, menggabungkan  maklum balas pelajar dalam membuat keputusan, dan mengembangkan sokongan akademik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 796

Bersediakah kita menerima

Jangkaan dan harapan persekolahan akan dibuka semula dan diteruskan minggu depan kembali ke normal adalah ‘tidak pasti atau tidak mungkin’. .

Harapan bahawa sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi dibangkitkan kerana ada yang mencadangkan penutupan sekolah hanya boleh memberi impak yang kecil pada menghentikan penyebaran virus korona.

Malahan Kementerian Pendidikan sendiri “tidak akan menyambung sesi persekolahan pada 15 April ini meskipun jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 14 April tidak dilanjutkan.” (Datuk Dr Mah Hoon Soon).

KPM tidak bersedia dan tidak mahu untuk mengambil risiko dan akan memutuskan perkara ini selepas pengumuman hasil mesyuarat dengan Perdana Menteri , Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KPM juga menerima cadangan daripada ibu bapa dan komuniti untuk  sekolah dibuka semula  pada Jun.

Ramai guru difahamkan bimbang tentang risiko bekerja dalam persekitaran yang menempatkan ratusan dan ribuan murid dalam jarak dekat.

Jika pembukaan semula secara penuh dijalankan maka kehendak ‘penjarakkan sosial’ tidak mungkin dapat dilaksanakan terutama untuk peraturan penjarakkan satu hingga dua meter di dalam kelas, apalagi di taman permainan .

Begitu juga dalam urusan ke sekolah, pastinya ibu bapa tidak mahu anak-anak berisiko dengan bahaya tambahan dan cuba mengelakkan bersentuhan diantara satu sama lain semasa menghantar dan mengambil anak-anak.

Kita perlu menerima hakikat bahawa persekolahan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Pandemik belum dan sedang mencapai kemuncaknya di Amerika Syarikat, U.K. , Sepanyol dan Itali. Dan jika keadaan dapat dibendung sekali pun,  ia akan mengambil masa yang lama sebelum keadaan menjadi selamat untuk melonggarkan sekatan.

Sekiranya PKP berkesan untuk memperlahankan penyebaran virus itu, namun tiada siapa sanggup mengambil risiko.

Ini mungkin memerlukan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat dan sukar untuk dilaksanakan kali kedua.

Ini diperkuatkan dengan kenyataan kajian oleh Lancet, “kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan di serata dunia bagi mengekang wabak Covid-19 hanya boleh berakhir apabila vaksin ditemui.

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) turut menggesa kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di sesetengah negara,  peperiksaan awam juga telah dibatalkan berdasarkan jangkaan penutupan sekolah yang berpanjangan.

Langkah seterusnya yang jelas adalah untuk mengumumkan bahawa sekolah tidak akan dibuka sebelum Jun pada awal, dan mungkin tidak akan dibuka sebelum tahun akademik berikutnya pada bulan September.

Ini akan membantu menghilangkan beberapa ketidakpastian apabila sekolah akan disambung semula, serta membebaskan beberapa kebimbangan yang dirasakan oleh guru dan kakitangan sekolah.

Dan sifat simbolik penutupan sekolah juga akan menghantar isyarat kuat bahawa sekatan pergerakan tidak akan berakhir pada masa yang terdekat.

Tidak syak lagi bahawa penutupan sekolah menyebabkan gangguan dan kegelisahan yang tiada berkesudahan.

Bebanan dan kos ekonomi ibu bapa yang perlu tinggal dan berada di rumah untuk menjaga anak-anak mereka adalah sangat besar, sedangkan kesan terhadap pendidikan adalah seperti, jika tidak lebih, sangat buruk, terutama bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang mungkin akan jauh ketinggalan di belakang rakan sebaya mereka.

Besar kemungkinan adalah  penutupan sekolah akan berlangsung beberapa bulan lagi berbanding beberapa minggu, dan lebih cepat kita menerima hakikatnya maka akan lebih mudah untuk kita bersedia menerimanya.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior