May 22nd, 2020

Kurang membaca punca pelajar tandus idea

Ada yang menulis dan mengatakan bahawa tidak ada hikmah dalam pembelajaran sama sekali oleh mereka yang bertanggungjawab untuk pendidikan di peringkat profesional, intelektual dan keagamaan.

Sungguh pun banyak aktiviti, makalah, persidangan dan forum akademik dijalankan, namun sangat sedikit kebijaksanaan yang dihasilkan. Adakah ini benar?

Dalam perlumbaan untuk mengajar, menulis makalah dan memberi kuliah, kita lupa bahawa pengetahuan ada untuk kemajuan seluruh umat manusia.




Azizi Ahmad Berita Harian Minda Pembaca 22 Mei 2020