July 8th, 2020

Fenomena swafoto dikaitkan gangguan mental

Fenomena swafoto berlaku di seluruh dunia pada semua golongan umur dan pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu 'gangguan mental (mental disorder) terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Fenomena swafoto sering dikaitkan dengan mereka yang sering berkongsi ‘gambar atau foto’ mereka didalam media sosial. Ada perkongsian memang menarik dan ada juga perkongsian yang tidak masuk akal.


Apabila perkongsian lebih berupa menunjuk-nujuk sehingga terkesan kepada pembaca dan perkongsian yang di ‘kait kan (tag)’ ianya dikira sebagai mereka yang boleh dikatakan ‘gangguan mental’.

Kajian terbaru baru yang diterbitkan dalam Psychology of Popular Media menimbulkan keraguan mengenai hubungan antara berswafoto (selfie) dan narsisisme.

Kajian itu mendapati bahawa pelajar kolej yang mendapat markah rendah pada tahap narsisisme cenderung menyiarkan gambar swafoto sama seperti mereka yang mendapat markah tinggi.

Erin A Koterba, seorang profesor bersekutu di University of Tampa, telah menjalankan kajian swafoto kerana minat beliau mempelajari selfie dan kaitannya dengan fungsi psikologi kerana ianya telah menjadi ciri utama dalam masyarakat dan penyelidikan ketinggalan dalam usaha memahami mengapa orang melakukannya dan apakah yang sebenarnya yang dimahukan oleh mereka yang mental terganggu.



Fenomena swafoto sering dikaitkan dengan mereka yang sering berkongsi ‘gambar atau foto’ mereka melalui media sosial. - Foto hiasan

Kajian terhadap 276 pelajar kolej mendapati bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan yang dilaporkan di antara berapa banyak perkongsian swafoto oleh mereka yang tinggi tahap narsisisme dan mereka yang bertahap rendah narsisisme .

Narsisme nampaknya mempengaruhi jenis swatofoto yang diambil.

Pelajar yang tinggi narsisisme cenderung mengambil gambar selfie yang hanya menampilkan diri mereka sendiri.

Sungguhpun, ramai responden pelajar menawarkan alasan narsisis untuk berkongsi swafoto, para penyelidik juga mendapati bahawa keinginan untuk berkongsi dan berhubung dengan orang lain adalah motivasi yang kerap.

Ramai pelajar juga mengatakan bahawa berkogsi gambar selfie adalah sebahagian daripada tugas mereka (misalnya, atlet yang ditaja) atau digunakan untuk meningkatkan harga diri mereka.

Ramai yang cenderung mengambil gambar swafoto dengan kerap, dan pelbagai jenis orang turut mengambilnya.

Ada yang menyatakan bahawa mereka yang mengambil gambar swafoto mungkin lebih narsisis, tetapi kajian yang di jalankan oleh Koterba menunjukkan bahawa itu tidak semestinya keseluruhan cerita.

Mereka yang tidak mendapat markah tinggi dalam ujian narsisisme, juga didapati mengambil gambar swafoto.

Menariknya, walaupun mereka itu cenderung menyenaraikan motif narsisis untuk mengambil gambar diri ketika ditanya (contohnya, 'Saya mengambil gambar swafoto kerana saya ingin menunjukkan bagaimana penampilan saya' terdengar cukup narsis).

Tafsiran terkini adalah bahawa berswafoto hanyalah fenomena budaya baru, dan itu mungkin merupakan mekanisme untuk memudahkan penerokaan diri. Itu tidak semestinya bermaksud cara yang buruk atau tidak sesuai untuk fokus pada diri sendiri.

Kurteba dan rakan penyelidik beliau juga menemui perbezaan penting antara bagaimana wanita dan lelaki mengambil swafoto, kerana wanita lebih cenderung mengambil gambar selfie dalam kumpulan berbanding bersendirian (dan lelaki lebih cenderung mengambilnya secara sendirian). Mereka percaya kemungkinan besar mencerminkan peranan gender yang mendalam.

Kajian ini, seperti lain-lain penyelidikan, turut mempunyai batasan.

Sebahagian daripada projek ini adalah bersifat eksplorasi, termasuk penyelidikan motif individu untuk mengambil gambar diri sendiri.

Oleh itu, aspek ini memerlukan perhatian susulan. Cubaan untuk membongkar perbezaan jantina yang disebutkan di atas juga akan menjadi kajian penting untuk diteruskan.

Azizi Ahmad Berita Harian Minda Pembaca 8 Jul 2020