July 10th, 2020

Menjauhkan diri dari kumpulan ‘Ya Tuan’

Sebagai pemimpin, bolehkah anda ingat kali terakhir seseorang yang bukan atasan anda mencabar anda di tempat kerja?

Sekiranya tidak, reputasi dan institusi anda mungkin berada didalam keadaan yang sukar.

Kenapa? Kerana sengaja atau tidak sengaja, anda mungkin dikelilingi oleh kumpulan "ya tuan" iaitu mereka yang enggan atau takut untuk mengeluarkan pandangan , walaupun mereka dapat menyumbang kepada keputusan yang lebih baik.

Atau, dalam beberapa kes, mampu membantu mengelakkan malapetaka.

Gallup telah mengkaji isu kepemimpinan selama lima dekad, dan mendapati bahawa salah satu sifat utama pemimpin hebat daripada 20 elemen yang berbeza adalah mereka membuat keputusan yang hebat.

Sekiranya anda dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong pendapat dan cadangan anda tanpa kritikan, anda tertakluk kepada situasi berat sebelah dan tidak dapat membuat keputusan yang lebih sukar dan tepat.

Kemungkinan besar, anda tidak sengaja meletakkan diri anda dalam situasi ini. Kumpulan ‘ya tuan’ terpaksa menjadi ‘pengikut’ kerana menyesuaikan diri dengan budaya institusi dan itulah apa yang diharapkan daripada mereka jika mahu kekal berada disitu.

Penyelesaiannya terletak pada keputusan untuk mewujudkan persekitaran di mana orang dapat bercakap dengan  benar dengan pihak yang berkuasa.

Perubahan budaya bukannya mudah, dan jika anda berhasrat menuju ke arah ketelusan dan keikhlasan, anda mungkin perlu meminta semua orang untuk melepaskan kebiasaan selama ini.

Sebaiknya tunjukkan bahawa kita semua berada dalam pasukan yang sama.

Lakukan yang terbaik agar semua yang melaporkan kepada anda, secara langsung atau tidak langsung, merasa didengari.

Tanyakan secara khusus, "Apakah yang dapat saya lakukan dengan lebih baik dalam situasi itu?" atau, "Apa yang anda perlukan dari saya?"

Bergantung pada peranan anda, jadualkan sesi maklum balas dengan masa yang diperuntukkan untuk membuka kepada sesi soal jawab.

Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai semua jawapan.

Anda mungkin menganggap mereka yang anda pimpin hanya mahukan jawapan daripada anda, tetapi mereka menginginkan rakan sejati yang terbuka untuk pertumbuhan dan peningkatan.

Sekiranya anda berkongsi kisah-kisah kegagalan anda bersama dengan pembelajaran yang diambil dari mereka yang membawa kepada kejayaan, anda bukan sahaja lebih menjadi rapat, anda akan membantu mewujudkan budaya kepercayaan.

Kenalilah mereka yang tidak setuju secara produktif dan terhormat, dan adakan perbincangan yang membawa kepada penyelesaian yang lebih baik.

Hasilnya, daripada semua orang yang bersatu untuk membuat anda bahagia, anda dan pasukan akan bersatu untuk melakukan yang terbaik untuk organisasi dan pelanggan.

Semua organisasi atau institusi mempunyai masalah yang harus mereka selesaikan.

Sama ada orang bekerja secara bergeseran atau menuding jari untuk menyelesaikan masalah banyak bergantung pada apa yang mereka fikirkan tentang kepemimpinan mereka.

Pastikan anda dapat berhadapan dan menangani kebenaran.

Bersedialah bahawa apabila anda meminta maklum balas, ada yang mungkin memberikannya secara terus kepada anda.

Mendengar keadaan sebenarnya boleh menjadi sangat menggembirakan, terutamanya jika budaya di institusi anda adalah pemimpin boleh menjadi ‘rakan’ untuk inisiatif atau perubahan.

Anda perlu mengetahui bagaimana perubahan tersebut mempengaruhi orang ramai.

Luangkan masa untuk duduk dan bertanya soalan untuk lebih memahami tanggungjawab kerja dan masalah penderitaan pasukan anda supaya anda dapat memimpin dengan lebih baik.

Bertindaklah berdasarkan maklum balas. Buat panggilan sukar yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Biarkan mereka melakukan tugasan pekerjaan yang ditugaskan kepada mereka.

Elemen ketiga dalam 12 elemen Gallup yang diperlukan untuk kejayaan pasukan adalah: "Di tempat kerja, saya berpeluang melakukan apa yang saya lakukan dengan terbaik setiap hari." Ia berada di bahagian atas senarai kerana ini adalah salah satu yang paling asas.

Orang akan melakukan apa yang anda minta mereka lakukan. Mereka juga ingin mengetahui bahawa anda bergantung pada kepakaran mereka, bahawa peranan mereka penting, dan anda mempercayai mereka.

Sukar untuk melepaskannya. Anda dilaburkan dalam kejayaan organisasi, dan anda sering melihat bidang di mana anda akan melakukan perkara yang berbeza.

Tetapi strategi yang lebih baik adalah melabur dalam kekuatan kepemimpinan anda sendiri, dan biarkan orang lain bersinar dengan kepemimpinan mereka.

Pengurus atau pentadbir samada melalui kekuatan, penglibatan mereka sendiri dan bagaimana mereka bekerja dengan pasukan mereka setiap hari  menyumbang 70% dari perbezaan dalam penglibatan pasukan.

Dan pemimpin organisasi juga adalah pengurus. Mereka menguruskan pengurus.

Organisasi terbaik mempunyai pemimpin yang mendorong pasukan menyelesaikan masalah di peringkat bawahan daripada menggunakan arahan dari atas ke bawah.

Mereka memfokuskan program latihan pengembangan mereka untuk membina kemampuan pengurus dan pasukan tempatan untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Apabila anda mendengar suara pasukan anda, mengetahui kebenaran tentang pengalaman harian orang lain, dan memberi kekuatan kepada orang untuk melakukan apa yang mereka lakukan dengan sebaiknya, kumpulan ‘ya tuan’ akan mula berkurang.

Mereka akan diganti dengan orang yang cukup berani untuk bersikap jujur dengan anda. Kepimpinan dan organisasi anda  akan menjadi lebih baik.


Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 10 Jul 2020

Jaga diri agar anda kekal siuman

Adakah tahun 2020 membuat anda berasa seperti hilang akal atau serba tidak kena?

Setiap hari, sebaik sahaja kita bangun dari tidur, kehidupan kita dihidangkan dengan berita maklumat, dahulu, kini dan akan datang.

Setiap hari, juga kita seolah bermain dengan permainan rolet Rusia, dan kita selalu terdedah kepadanya, sepanjang masa.

Selebriti kegemaran anda baru saja meninggal, tetapi kita juga harus  memikirkan tentang semua pekerja migran atau PATI yang hidup dalam keadaan tidak berperikemanusiaan, dan bagaimana dengan pentingnya kehidupan orang kulit hitam dan pribumi.

Dan jangan lupa bahawa beribu-ribu orang mati setiap hari kerana wabak kejam ini, tetapi bagaimana dengan peningkatan keganasan rumah tangga semasa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, tetapi juga bagaimana kita dapat mengabaikan semua tindakan xenofobia yang dilakukan di seluruh dunia.

Adakah senarai itu pernah berakhir?

Semuanya sangat mengecewakan dan itu membuat anda merasa tidak berdaya.

Tetapi, ini juga membuat anda merasa seperti anda hanya perlu bersedia menghadapi sebarang keadaan tentang segalanya dan setiap masa.

Kita seharusnya berpandangan dan melihat akan semua permasalahan ini kerana, setiap satu daripadanya adalah penting.

Namun kita tidak sepatutnya mengambil peduli dan tahu akan semua perkara sepanjang masa.

Oleh itu, izinkan saya memperkenalkan kepada anda istilah ini yang baru saya pelajari:

Kelesuan Belas-Kasihan (Compassion fatigue)

Kelesuan belas-kasihan adalah keadaan yang dicirikan oleh keletihan emosi dan fizikal yang akhirnya menyebabkan kemampuan berkurang untuk berempati atau merasa belas kasihan kepada orang lain.

Ini pada asasnya adalah penyatuan tekanan traumatik sekunder (Secondary Traumatic Stress) dan kecelaruan (burnout) kumulatif (Burnout Cumulative) , yang disebabkan oleh ketidakupayaan anda untuk mengatasi persekitaran harian anda.

Berempati dengan segala-galanya, sepanjang masa boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan mental anda sendiri.

Jadi inilah yang saya ingin nyatakan: berehat atau bersantailah sekejap.

Hanya untuk mengekalkan kewarasan anda, pilih beberapa perkara yang tidak perlu anda pedulikan.

Saya tidak meminta anda semua untuk membuang semuanya, tetapi cuba memberi tumpuan yang lebih pada beberapa perkara.

Hadkan jumlah berita media perkhabaran harian yang anda tonton atau baca.

Cuba terima kenyataan bahawa kesakitan dan penderitaan adalah realiti kehidupan di mana kita tidak mempunyai banyak kawalan.

Bersyukurlah dengan apa yang baik dalam hidup dan dunia anda.

Cuba cari makna dalam penderitaan yang anda lihat.

Tunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada diri anda dari semasa ke semasa.

Saya faham bahawa anda mempunyai petunjuk moral semula jadi yang membuat anda mengambil berat tentang segala hal, tetapi saya juga faham jika anda perlu berehat.


Terutama jika ia membantu anda memberi tumpuan kepada masalah yang sangat penting bagi anda.

Kami tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sekarang, ada banyak masalah hari ini, dan akan ada banyak masalah pada masa akan datang.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan adalah, tidak mengapa jika anda tidak dapat menjaga dan membantu semua orang selagi anda mampu menjaga seseorang, dan orang itu adalah anda.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnists 10 Jul 2020