July 11th, 2020

Ya tuan, baik tuan

Dilema bagi kebanyakan ketua dan pemimpin adalah bahawa mereka pada awalnya naik kejawatan dan kedudukan mereka kerana kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mendorong penyelesaian.

Mereka terbiasa memiliki jawapan yang tepat dan yang memenuhi harapan mereka.

Walaupun itu adalah kedudukan yang bagus untuk keberadaan, sesungguhnya ada perspektif lain yang perlu di ambil kira.

Apabila anda belajar mempercayai diri sendiri dan anda biasanya betul, anda mengharapkan orang lain mengikuti anda dan budaya ‘ya tuan, baik tuan’.

Budaya ‘ya tuan, baik tuan’ mendapat namanya kerana pengikut menjadi terbiasa melakukan sesuatu dengan cara yang dimahukan oleh ketua atau pemimpin.

Kakitangan dan pekerja menganggap bahawa ketua maupun pemimpin akan selalu bertindak betul dengan jawapan yang tepat dan menegur serta menunjukkan bahawa ada perkara yang tidak betul.

Ini akan menyebabkan para kakitangan mereka mungkin takut untuk bercakap atau memberi maklumbalas. Atau apa yang sering berlaku adalah, jika benar sekali pun maklumbalas mereka, pemimpin akan menggunakan kuasa mutlak.

Sebenarnya, ada mesyuarat dan perjumpaan yang dirancang hanya untuk tingkah laku seperti ini.

Di sinilah pemimpin akan bercakap seorang diri atau tiada kesudahan sementara pasukannya terpaksa mengangguk setuju.

Pemimpin akan membuat semua pengikut mengangguk dan menurut, sungguh pun tugasan projek itu gagal atau ditangguhkan dan terbengkalai.

Pemimpin atau pentadbir yang baik perlu memberi harapan yang munasabah terhadap dirinya dan pekerjanya.

Beliau perlu merasakan dan memahami bahawa apabila kelihatan hampir semua orang bersetuju dengannya, dia sebenarnya dalam masalah.

Para pengikut harus dapat merasa selesa dan berpeluang untuk mengatakan "tidak" mengenai permasalahan yang dibangkitkan.

Sekiranya mereka tidak dapat melakukannya, pekerja mungkin tidak akan bersuara ketika tugasan projek terlambat disiapkan, yang boleh menjadikan pemimpin tidak selesa dengan pelanggannya

Walaupun ini mungkin kelihatan seperti masalah biasa tanpa penyelesaian yang nyata, ada pengstrukturan organisasi untuk mengurangkan risiko seperti ini.

Ia memerlukan komitmen kepemimpinan yang nyata. Kata kunci adalah perundingan.

Apabila seseorang ketua meminta sesuatu untuk dilakukan selewat-lewatnya pada hari Isnin jam 3:00 petang, pekerja perlu mempunyai tiga pilihan: untuk mengatakan ya, untuk mengatakan tidak atau membuat tawaran balas, seperti melakukannya pada hari Selasa jam 11:00 pagi.

Perspektif pekerja boleh menjadi penting untuk inisiatif kejayaan.

Seorang pekerja boleh meminta untuk melanjutkan tarikh penghantaran akhir.

Dalam kes ini, ketua tersebut boleh bertanya kaedah cara manakah yang mungkin perlu digunakan oleh pekerja untuk menyelesaikan tugas lebih awal atau dengan sopan menerima hari Selasa sebagai tarikh akhir.

Pada masa yang sama, seorang pekerja mungkin perlu mengatakan "tidak" kerana mereka lebih memahami keperluan pelanggan dan mengetahui bahawa projek itu akan menjadi idea yang tidak baik dalam benak pemikiran pelanggan.

Dengan semua yang dinyatakan, perkara yang paling teruk adalah menghukum pekerja kerana memerlukan lebih banyak masa atau mengatakan tidak.

Sekiranya anda melakukannya, budaya yang tidak diucapkan menjadi "anda tidak boleh mengatakan tidak" dan anda terjebak dengan budaya ‘ya, tuan atau baik tuan’.

Dikatakan bahawa jika seseorang tidak dapat mengatakan tidak, mereka juga tidak boleh mengatakan ya.

Mereka hanya akan memberi jawapan ya sebagai ‘wayang’ sungguhpun anda adalah lelaki paling pintar di dalam bilik.

Dan dengan menggunakan slogan era '80an, biarkan mereka dengan "mengatakan tidak".

Azizi Ahmad Malaysia Kini Surat 11 Jul 2020

Kita jaga kita? Jagalah diri sendiri

ADAKAH tahun 2020 membuat anda berasa seperti hilang akal atau serba tidak kena?

Setiap hari, sebaik sahaja kita bangun dari tidur, kehidupan kita dihidangkan dengan berita maklumat, dahulu, kini dan akan datang.

Setiap hari, juga kita seolah bermain dengan permainan rolet Rusia, dan kita selalu terdedah kepadanya, sepanjang masa.

Selebriti kegemaran anda baru saja meninggal, tetapi kita juga harus memikirkan tentang semua pekerja migran atau pekerja asing tanpa izin (Pati) yang hidup dalam keadaan tidak berperikemanusiaan, dan bagaimana dengan pentingnya kehidupan orang kulit hitam dan pribumi.

Dan jangan lupa bahawa beribu-ribu orang mati setiap hari kerana wabak kejam ini, tetapi bagaimana dengan peningkatan keganasan rumah tangga semasa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, tetapi juga bagaimana kita dapat mengabaikan semua tindakan xenofobia yang dilakukan di seluruh dunia.

Adakah senarai itu pernah berakhir?

Semuanya sangat mengecewakan dan itu membuat anda merasa tidak berdaya.

Tetapi, ini juga membuat anda merasa seperti anda hanya perlu bersedia menghadapi sebarang keadaan tentang segalanya dan setiap masa.

Kita seharusnya berpandangan dan melihat akan semua permasalahan ini kerana, setiap satu daripadanya adalah penting.

Namun kita tidak sepatutnya mengambil peduli dan tahu akan semua perkara sepanjang masa.

Oleh itu, izinkan saya memperkenalkan kepada anda istilah ini yang baru saya pelajari: kelesuan belas-kasihan (compassion fatigue).

Kelesuan belas-kasihan adalah keadaan yang dicirikan oleh keletihan emosi dan fizikal yang akhirnya menyebabkan kemampuan berkurang untuk berempati atau merasa belas kasihan kepada orang lain.

Ini pada asasnya adalah penyatuan tekanan traumatik sekunder (secondary traumatic stress) dan kecelaruan kumulatif (cumalative burnout), yang disebabkan oleh ketidakupayaan anda untuk mengatasi persekitaran harian anda.

Berempati dengan segala-galanya, sepanjang masa boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan mental anda sendiri.

Jadi inilah yang saya ingin nyatakan: berehat atau bersantailah sekejap.

Hanya untuk mengekalkan kewarasan anda, pilih beberapa perkara yang tidak perlu anda pedulikan.

Saya tidak meminta anda semua untuk membuang semuanya, tetapi cuba memberi tumpuan yang lebih pada beberapa perkara.

Hadkan jumlah berita media perkhabaran harian yang anda tonton atau baca.

Cuba terima kenyataan bahawa kesakitan dan penderitaan adalah realiti kehidupan di mana kita tidak mempunyai banyak kawalan.

Bersyukurlah dengan apa yang baik dalam hidup dan dunia anda.

Cuba cari makna dalam penderitaan yang anda lihat.

Tunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada diri anda dari semasa ke semasa.

Saya faham bahawa anda mempunyai petunjuk moral semula jadi yang membuat anda mengambil berat tentang segala hal, tetapi saya juga faham jika anda perlu berehat.

Terutama jika ia membantu anda memberi tumpuan kepada masalah yang sangat penting bagi anda.

Kami tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sekarang, ada banyak masalah hari ini, dan akan ada banyak masalah pada masa akan datang.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan adalah, tidak mengapa jika anda tidak dapat menjaga dan membantu semua orang selagi anda mampu menjaga seseorang, dan orang itu adalah anda. – 11 Julai, 2020.

Azizi Ahmad The Malaysian Insight Pandangan Anda 11 Jul 2020