November 16th, 2020

Bagaimana kita cuba memahami pandemik AOP ?

Mahathir menghidap sakit kronik 'Anwar-0-Phobia' bertarikh 14 November 2020 mungkin memerlukan ramai berfikir akan kebenarannya.


Pegawai perubatan yang menulis artikel tersebut hanyalah seorang ‘aktivis pelukis’ namun lakaran beliau telah mengambarkan apa yang dimaksudkan dengan ‘Anwar-O-Phobia’ .


Diantara ciri penyakit ‘AOP’ yang digariskan adalah

i) hidup dalam ketakutan terhadap manusia bernama AI.
ii) tak mahu ada orang yang lebih baik dari beliau,
iii) menggunakan kuasa kuku besi selepas berkuasa,
iv) menutup mulut pengkritik-pengkritik pemerintahan beliau.

Sumber: * Zunar, pelukis kartun politik. – 14 November, 2020.


Intipati kepada demokrasi adalah berusaha melindungi sekumpulan manusia dari minoriti patologi ini. (Ian Hughes dalam buku beliau Disordered Minds).


Prinsip dan institusi demokratik dibentuk untuk membatasi kekuatan individu patologi.


Hughes juga mendapati bahawa pemimpin patologi membenci demokrasi.


Pemimpin patologi juga (setelah mendapat kuasa) akan sedaya upaya untuk membongkar atau mendiskreditkan institusi demokrasi, termasuk kebebasan dan kesahihan akhbar.


Pemimpin patologi sama sekali tidak mahu memahami prinsip demokrasi, kerana mereka menganggap diri mereka lebih unggul, dan melihat kehidupan sebagai perjuangan yang kompetitif di mana yang paling kejam berhak menguasai orang lain.


Patokrasi bukan hanya mengenai individu.


Collapse )