December 31st, 2020

Pendapat: Menghadapi 2021 dengan tenang selepas hiruk pikuk 2020

Sebilangan besar isu yang menjadikan 2020 terasa seperti kisah seram akan muncul bersama kita ke tahun baru.

Bagi mereka yang optimis tentunya mereka mendorong harapan dalam keadaan yang paling teruk.

Namun, apabila kita membaca, mendengar rakan-rakan bercakap tentang bagaimana tahun baru dan kerajaan pakatan-perikatan-permaufakatan akan menjawab doa kolektif kita dan membersihkan langit-langit kolektif kita dari serangan dan penderitaan tanpa henti tahun 2020, kita tentunya tidak dapat menahan rasa ragu-ragu.

"Apa yang membuat kita berfikir 2021 akan menjadi lebih baik?" ketika kita berbincang dan saling berdebat ringan.

Seperti kebanyakan orang lain, kita suka akan katarsis (kelegaan emosi) segera, pelepasan dari tragedi yang berterusan ini.

Kita mahukan agar semua dapat berinteraksi tanpa memakai topeng muka, memeluk orang yang kita sayangi dan tidur dengan tenang mengetahui para pemimpin tidak marah-marah, sindir menyindir ketika menonton berita utama.

Tetapi di sebalik semua perbincangan mengenai betapa buruknya tahun ini, kehidupan tidak akan kembali normal pada waktu tengah malam pada Malam Tahun Baru.

Kekacauan dan krisis tidak mengikut kalendar. Sebilangan besar masalah dan cabaran yang mendasari yang membuat tahun 2020 terasa seperti kisah seram akan bersama kita ke tahun baru.

Collapse )

Apa yang buat kita fikir 2021 akan jadi lebih baik?

Sebilangan besar isu yang menjadikan 2020 terasa seperti kisah seram akan mengikuti kita ke tahun baru.


Apabila kita membaca dan mendengar perbincangan tentang bagaimana tahun baru dan kerajaan akan menjawab doa kolektif kita dan membersihkan langit-langit dari serangan dan penderitaan tanpa henti 2020, kita tentunya tidak dapat menahan rasa ragu-ragu.


"Apa yang membuat kita berfikir 2021 akan menjadi lebih baik?" antara soalan timbul ketika berbincang dan saling berdebat ringan.


Seperti kebanyakan orang lain, kita suka akan katarsis (kelegaan emosi) segera, pelepasan dari tragedi yang berterusan ini.


Kita mahukan semua dapat berinteraksi tanpa memakai topeng muka, memeluk orang yang kita sayangi dan tidur dengan tenang - mengetahui pemimpin tidak marah-marah, sindir-menyindir ketika menonton berita utama.


Tetapi di sebalik semua perbincangan mengenai betapa buruknya tahun ini, kehidupan tidak akan kembali normal pada waktu tengah malam pada malam tahun baru.


Kekacauan dan krisis tidak mengikut kalendar.


Sebilangan besar masalah dan cabaran yang mendasari akan bersama kita ke tahun baru.


Memang benar bahawa tahun 2020 memang agak buruk.


Ia bermula dengan letusan Gunung Berapi Taal di Filipina, wabak belalang gurun terburuk dalam 70 tahun di Kenya dan mengakhiri Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan global.


Collapse )