kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Semangat II

Walaupun mengalami kekalahan yang mengecewakan, England mencipta sejarah pada 12 Julai 2021, dan untuk itu, mereka harusnya berasa bangga.

Tetapi Euro 2020 ini tidak terlepas tanpa kontroversi, dengan pena laser, sorakan ejejkan (booing) , dan penyalahgunaan hak kebebasan yang menjadi tajuk utama hampir sama dengan permainan itu sendiri.

Dan, semasa menerima pingat naib juara (perak) mereka, kebanyakan pemain England dilihat tidak mengalungkan pingat dan melucutkannya dari kalungan leher dengan segera.

Dalam dua minit pertama perlawanan, gol mengejutkan oleh Luke Shaw (pemain bek kiri dari Manchester United) telah memberikan England semangat pendahuluan dan bersedia untuk memeriahkan kejohanan bagi mengakhiri kedukaan selama lebih 55 tahun.

Gol Leonardo Bonucci (pemain berusia 34, bek Juventus) di babak kedua menyamakan kedudukan papan skor, dan untuk baki perlawanan, kedua-dua Itali dan England berjuang untuk mendapatkan kemenangan.

Setelah tiga puluh minit masa tambahan, penentuan sepakan penalti menjadi hasil ukuran untuk pasukan yang akan menjuarai pertandingan.

Walaupun Harry Kane dan Harry Maguire berjaya dalam sepakan penalti mereka, Pickford (penjaga gol England) tidak dapat mempertahankan gol dari dibolosi oleh dari Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi.

Bukayo Saka kemudiannya menambah kegelisahan pasukan Three Lions Euro 2020 dan gagal menyempurnakan sepakan terakhir.

Semasa penyampaian trofidan pingat, ketika England diberi pingat naib juara, kebanyakan pemain pasukan didapati tidak mengalungkan pingat di leher dan juga mengelak dari rakaman kamera.

Hanya Gareth Southgate (pengurus pasukan England) dilihat terus membiarkan kalungan pingat di leher, diikuti oleh Jordan Henderson, Kalvin Phillips, Jordan Pickford, Raheem Sterling, Sam Johnstone, Tyrone Mings dan Aaron Ramsdale .

Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh sebahagian pemain pasukan England telah dikecam oleh sebahagian peminat England dari negara-negara yang lain, sambil menyatakan : 'Dengan tidak mengekal pengalungan pingat ; tidak hairanlah mengapa hampir seluruh EU (negara Eropah) tidak menyokong pasukan Inggeris.'
Tags: semangat kesukanan, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “semangat kesukanan” Tag

  • Semangat Kesukanan: Iktibar Dari Finalis Euro 2020

    Sebilangan besar pemain England dilihat tidak gembira meraih pingat naib juara dan tidak mahu mengalungkannya setelah menerimanya dari wakil EUFA…

  • Semangat I

    Fakta Buruk Semangat kesukanan Sukan dan budaya hidup manusia, kedua-duanya secara praktikal tidak dapat dipisahkan. Anak-anak yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments