kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Semangat Kesukanan: Iktibar Dari Finalis Euro 2020

Sebilangan besar pemain England dilihat tidak gembira meraih pingat naib juara dan tidak mahu mengalungkannya setelah menerimanya dari wakil EUFA berikutan kekalahan kepada Itali pada final Euro 2020.

Para pemain muda kendalian  Gareth Southgate dihadiahkan pingat oleh pegawai UEFA setelah tewas dalam penentuan sepakan penalti yang memilukan di Stadium Wembley pada malam Ahad, 12 Julai 2021.



Luke Shaw telah memberi England permulaan yang sempurna di final kejohanan bola sepak 2021 sebelum Leonardo Bonucci menyamakan kedudukan pada minit ke-66 dalam pertemuan penuh tegang dan taktikal.

Tidak ada yang dapat memisahkan kedua-dua pasukan dalam waktu permainan biasa atau tambahan, dan ini telah memaksa final Euro ke penentuan sepakan penalti di mana Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka semua nya gagal dalam sepakan mereka dalam kekalahan penentuan 3-2.

Sebilangan besar pemain England kemudian menerima pingat naib juara sejurus dikalungkan kepada mereka  tetapi tidak terus mengekal ‘kalungan’.

Mengapa mereka bertindak sedemkian, dan apa yang dikatakan Harry Kane mengenai perkara itu?


Harapan pasukan England mengakhiri penantian lama (55 tahun) untuk memenangi piala utama kedua mereka tidak kesampaian kerana kalah dalam penentuan penalti kepada Itali pada final Euro 2020.

Seperti kebiasaan di final, pasukan yang kalah naik terlebih dahulu untuk menerima pingat naib juara sebelum pemenang menerima pingat mereka dan piala diserahkan.


Pemain England, termasuk kapten Harry Kane, penjaring gol Luke Shaw, Mason Mount, Phil Foden, Jack Grealish, Aaron Ramsdale, dan Jude Bellingham semuanya tidak mengekalkan kalungan pingat mereka.

Kane, yang menjaringkan sepakan pertama England dalam penentuan, kemudian ditanya apakah pingat naib juara dianggap sebagai pencapaian atau peluang yang terlepas.

Dia berkata: "Saya rasa, sudah pasti, peluang yang terlepas sekarang.

"Tidak setiap hari anda mara ke final, terutama untuk pasukan kebangsaan anda. Sudah 55 tahun sejak yang terakhir bagi kami.

"Peluang ada untuk kami, kami tidak mengambilnya. Itu adalah sesuautu yang menyakitkan untuk jangka masa yang lama.

"Itulah bola sepak. Anda harus meneruskannya dan terus maju."

Tindakan pemain England untuk tidak mengekalkan kalungan  pingat naib juara, telah mendapat rekasi pelbagai pendapat di media sosial beberapa jam selepas persembahan akhir Euro 2020.

Seorang pengguna Twitter berkata: "Apa sebenarnya yang cuba ditunjukkan pemain @England dengan tidak mengekalkan kalungan pingat? Betapa tidak hormatnya!

Tunjukkanlah teladan kepada anak-anak muda dan tunjukkan kerendahan hati!"

Dalam respon itu, seseorang berkata: "Saya telah melihat begitu banyak pasukan melakukannya. Ronaldo melakukannya. Mereka begitu trauma. Mereka baru saja melalui tendangan penalti."

Yang lain menambah: "Mereka melakukannya kerana kecewa dan tahu bahawa mereka boleh melakukannya dengan lebih baik."

Komen lain termasuk : "Contoh buruk untuk ditunjukkan kepada anak-anak, heh. Hanya kemenangan sahaja penting."

Yang lain berkongsi: "Saya benar-benar tidak mengerti mengapa pemain England tidak mengekalkan pengalungan pingat. Suasana yang buruk untuk sukan. Mereka bermain dengan baik sepanjang kejohanan.

Yang lain berkata: "Hairan mengapa tidak ada pemain Inggeris yang menghargai pingat naib juara mereka setelah diberikan. Sepatutnya simpan dahulu perasaan kekecewaan. Jadikan semangat untuk seterusnya. Ada Piala Dunia dalam 18 bulan akan datang."

Dan yang lain menulis: "Sebilangan besar pemain England, ketika dikalungkan dengan pingat naib juara, terus menanggalkannya. Bermain hanya untuk menang tetapi tewas  Bakat muda begitu ramai, ini baru permulaan."

Finalis Euro 2020 England bukan satu-satunya ahli atau pasukan sukan yang meraih pingat naib juara.

Ia telah menjadi satu trend dalam beberapa tahun kebelakangan ini di antara pasukan yang berbeza yang merasakan bahawa menduduki tempat kedua bukanlah sesuatu yang perlu diraikan atau mereka ingin diingatkan pada masa akan datang.

Tindakan itu memberi pandangan berbeza di kalangan peminat sukan yang berbeza yang mungkin percaya bahawa ini menunjukkan semangat kesukanan yang buruk, dan bahawa atlet boleh melihat dan memperolehi pingat secara berbeza pada tahun-tahun akan datang.

Pasukan ragbi lelaki England turut tidak mengalungkan pingat naib juara setelah tewas kepada Afrika Selatan pada final Piala Dunia 2019, sementara trend ini jarang berlaku dalam sukan individu atau di Olimpik.

Azizi Ahmad Solidaritas Sukan 18 Julai 2021
Tags: euro2020, semangat kesukanan, sukan, writings
Subscribe

Posts from This Journal “semangat kesukanan” Tag

  • Semangat II

    Walaupun mengalami kekalahan yang mengecewakan, England mencipta sejarah pada 12 Julai 2021, dan untuk itu, mereka harusnya berasa bangga. Tetapi…

  • Semangat I

    Fakta Buruk Semangat kesukanan Sukan dan budaya hidup manusia, kedua-duanya secara praktikal tidak dapat dipisahkan. Anak-anak yang…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments