January 1st, 2021

Kita perlukan pemimpin moden, bukan tua atau muda

Beri peluang Parti Muda warnai politik negara 24 Disember 2020 berbunyi lebih sedap dari tajuk Negara perlu pemimpin muda baharu artikel 22 Disember 2020

Banyak juga dari seruan generasi muda yang mahukan ‘pemimpin muda’ dijadikan ‘pemimpin kanan’ bahkan ada yang mahu pemimpin muda menjadi PM kerana keyakinan yang ada pada mereka.

Ramai juga dari golongan muda (melalui pembacaan tentunya) mahu mencontohi  Sanna Marin (Finland, 34 tahun ketika dipilih) , Jacina Ardern (New Zealand, 39 tahun) , Oleksiy Honcharuk (Ukraine, 35 tahun) atau Nayib Bukele (El Salavador, 38 tahun) sebagai ketua negara bagi negara masing-masing.

Untuk itu, berapakah umur atau usia seseorang yang paling mungkin mencapai prestasi puncaknya? Atau, berapakah usia utama kepemimpinan?

Tidak ada usia yang "sempurna" untuk menjadi pemimpin yang paling berkesan.

Pastinya kita tidak dapat menentukan usia di mana seseorang akan berprestasi terbaik dalam peranan tertentu , sama ada lebih baik seseorang yang lebih muda atau orang yang lebih tua menerajui kepimpinan tertentu.

Kajian terdahulu yang dijalankan tidak menemui hubungan langsung antara usia dengan kebijaksanaan, atau kebijaksanaan dengan kemampuan kepemimpinan.

Apa yang telah ditemui oleh para penyelidik ialah pemimpin dapat memupuk kemahiran untuk mengumpulkan kebijaksanaan seiring bertambahnya usia.

Kebijaksanaan adalah mengenai pengenalan corak.

Collapse )