January 5th, 2021

Petunjuk diri untuk pemimpin autentik

Adalah perkara biasa bagi para pemimpin untuk menghantar mesej tidak berasas atau yang bercampuran kepada pasukan mereka.  

Mereka mengatakan satu perkara, namun ahli pasukan tidak melihat mereka bercakap serupa bikin.

Pemimpin jenis ini tidak dianggap oleh bahawahan mereka  sebagai sahih. Mereka kehilangan kepercayaan orang-orang di sekeliling mereka.

Jadi, inilah mesej utama: pemimpin bermesej campuran bukan pemimpin yang sahih. Dan, dari perspektif pekerja dan hasil, kesannya negatif.

Kunci permulaan perjalanan anda untuk menjadi pemimpin yang lebih autentik adalah untuk menjadi lebih sedar tentang diri anda sebagai seorang.

Kesedaran diri adalah sifat nombor satu untuk membina jenama peribadi anda sebagai pemimpin yang sahih.

Jadi, bagaimana kita menjadi lebih sedar diri?

Titik permulaan untuk membangun kesedaran diri anda adalah mengetahui "petunjuk diri" anda. 

Anda harus tahu apa nilai peribadi anda, dan apa yang anda harapkan - atau apa yang harus anda perjuangkan.

Petunjuk diri anda haruslah mengenai pencapaian, integriti, menepati janji, menjaga orang dan tepat pada waktunya.  

Dalam semua aspek kehidupan , anda harus berhasrat untuk setia kepada ‘petunjuk diri’ sendiri.  

Membuat keputusan dan tingkah laku anda harus dibuat dalam konteks ‘petunjuk diri’ anda sendiri.  

Sebagai contoh, bagi yang mengenali anda , tentunya mereka akan mengenali dan akan memberitahu, bahawa anda seorang yang tepat masa dan sering mengambil berat terhadap orang lain, dan itu adalah penting. 

Collapse )

Hanya yang bermaruah sedia digugurkan

“Kalau nak pecat, silakan. (Kalau akar umbi) nak pertahankan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, (pun) silakan,” demikian tegas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa. (4/1/2021)

Dan saranan beliau menjadi kenyataan pada 5/1/2021. Kemungkinan juga kita akan turut mendapat Menteri Wilayah Persekutuan yang baru?

Hampir semua media turut membawa tajuk “Annuar Musa di pecat … di gugur … di lucutkan, cuma satu portal kemudiannya melembutkan kenyataan dengan memberi kenyataan ‘di gantikan’.

Jawatan Setiausaha Agung PN/MN/BN kini dikatakan akan beralih kepada pengganti beliau iaitu Datuk Ahmad Maslan berkuatkuasa serta merta.

Yang patah tumbuh hilang berganti; habis manis sepah dibuang, itulah sepak terajang dalam dunia politik Malaysia.

Anda boleh naik dengan cepat, jatuh merudum pun sebagaimana anda dinaikkan.

Samada masuk melalui pintu biasa, main belakang atau tebuk atap kah, bersedialah dengan apa yang akan berlaku.

Langit tidak selalu cerah; namun ada cahaya dihujung jalan . Aduh, dah berapa pepatah, sudah berapa petikan boleh dicatatkan setakat ini.

Sungguh indah , senario politik dan perjalanan hidup seorang ahli politik yang bernama YB.

Yang terkini, seorang lagi Menteri dikatakan bersedia melepaskan jawatan beliau.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatan sebelum 1 Februari 2021 jika keputusan itu dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Collapse )