January 21st, 2021

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

PdPR 2021: Ibu bapa pening laptop tak cukup menjadi tajuk satu  artikel Januari 20, 2021.

Sesi persekolahan tahun 2021 yang bermula pada hari ini dengan pembelajaran secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menimbulkan rungutan kepada ibu bapa.

Sudah dijangka akan berlakunya rungutan, apabila lebih daripada dua orang anak yang bersekolah di mana masing-masing menggunakan komputer, komputer riba atau ‘laptop’ untuk mengikuti kelas.md_azizi.jpg

Tetapi bagaimana dengan mereka yang  kurang dan tidak mampu atau yang tidak memiliki kemampuan kewangan untuk membeli alat, apa lagi peranti ini?

Tidaklah pelik, sungguh pun Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri mendapati bahawa sebanyak 40 peratus pelajar Malaysia kekurangan peralatan untuk belajar.

Untuk membuat keadaan menjadi lebih teruk, hanya 6 peratus yang mempunyai akses ke komputer peribadi.

"Penyelidikan ini melibatkan lebih daripada 670,000 ibu bapa dan hampir 900,000 pelajar dan mendapati bahawa pemilikan perkakasan dan alat elektronik untuk belajar dari rumah adalah terhad," kata Menteri Pendidikan Kanan Malaysia Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Jika sudah tahu, mengapa harus diteruskan?

Oleh itu, bagaimana anak-anak  ini belajar semasa PKP atau digesa untuk PdPR?

Dan apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan mereka terus menimba ilmu pada masa-masa yang tidak menentu ini?

Kekurangan sumber daya di tengah keadaan kesihatan awam yang berterusan yang disebabkan oleh COVID-19 adalah "cabaran terbesar" bagi kebanyakan ibu bapa, pelajar, dan guru ketika mereka bersiap untuk pembukaan tahun sekolah baru.

Kebanyakannya berjuang untuk menyediakan apa yang mereka perlukan untuk pembelajaran teradun (blended) atau jarak jauh tetapi sekarang terbukti sangat sukar.

Ramai yang berusaha dan berjimat cermat untuk mencuba membeli peralatan dan perkakasan anak-anak mereka yang di perlukan untuk pembelajaran dalam talian tetapi tidak dapat melakukannya .

Ramai juga yang mengaku tidak bersedia tapi terpaksa akur dan patuh  akan perintah arahan yang dikeluarkan.

Ramai yang menjadi serba salah dengan keadaan; di ikut tidak mampu, tak ikut rugi dan kasihan kepada anak-anak.

Pastinya ramai yang berasa tertekan dengan pengumuman pembukaan semula persekolahan dan ada juga yang tidak sabar untuk bersama rakan-rakan persekolahan.

Bagi yang tidak berupaya mengadakan ‘gajet’, kemungkinan besar akan terkesan kesihatan mental mereka.

Bagi yang sudah berada dan melaporkan diri untuk persekolahan tentunya terpinga-pinga dan melopong dengan kaedah pembelajaran yang akan digunakan jika mereka tidak mempunyai peralatan dan perkakasan yang dimaksudkan.

Kekurangan sumber untuk memenuhi tuntutan dan keperluan pembelajaran teradun dan  jarak jauh adalah "masalah terbesar dari banyak murid dan pelajar sekarang."

Cadangan agar pihak berkuasa mengizinkan kelas bersemuka terhad untuk peringkat pengajian adalah sesuatu yang boleh difikirkan.

Ramai pelajar kolej juga akan ketinggalan terutama jika pembelajaran dalam talian digunakan sebagai modaliti pembelajaran

Harapan agar pihak berkuasa dan badan-badan yang bersangkutan mendengarkan situasi sebenar pihak-pihak yang secara langsung dipengaruhi oleh kebijakan dasar mereka.

Pihak Kementerian Pendidikan harus menyedari bagaimana pelan meneruskan pembelajaran adalah berbentuk  “anti-miskin” dan “anti-mengajar” .

Ianya  tidak inklusif, tidak memudahkan dan ramai guru terpaksa menghabiskan sumber daya mereka hanya untuk memenuhi keperluannya.

Beberapa aplikasi yang perlu dipelajari cukup teknikal dan kompleks dan banyak di antara kita tidak mempunyai sumber daya yang cukup untuk mengadakan alat yang sesuai untuk keperluan ini.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 21 Januari 2021