April 4th, 2021

Antara mereka yang ber’nama’ dan tidak ber’nama’

Perintah tahanan tidak guna nama gazet Muhyiddin memalukan dan Muhyiddin vs Mahiaddin, Awang terlepas bunyi artikel 03/04/2021.

Kerana isu teknikal yang benar sesungguhnya benar maka seorang tertuduh yang ditahan  dilepaskan perintah tahanan.

Lebih kurang ‘orang yang dituduh bersalah’ dan akan dibicarakan kini didapati tidak bersalah dan bebas.

0202066a-ConvertImage.jpg
Azizi Ahmad.


Ketika merujuk kepada Laman nama indah dalam Islam , nama Mahiaddin dicatat dengan ‘Maksud nama tiada dalam rekod’ berbanding Muhyiddin (yang menghidupkan agama).


Hairan juga jika Mahkamah Tinggi kini berkata Muhyiddin (yang dimaksudkan) tidak sah dalam dokumen rasmi maka mungkin juga terbatal lah lain-lain urusan rasmi dulu, kini dan selamanya.


Keadaan ini memang berlaku , terutama dengan mereka yang mempunyai nama Ab , Abd, Abdul, Md, Mohd, Muhd dan sebagainya.


Begitu juga dalam laman media sosial dimana sering kita meminta rakan-rakan yang ingin menjadi ‘friend’ diminta untuk memberikan nama sebenar sungguh pun dan biasanya ‘friend’ akan memberi respon ‘ini aku lah, tak kan kisah sangat kut … ceehhh’.


Contoh lain yang boleh saya kongsikan adalah rakan sekolah yang bernama Sabri, Sobri, Subri yang akan menamakan diri mereka sebagai ‘Bri , Bree’ dan kecuali memang kita kenal dari dulu mungkin tidaklah menjadi masalah.



Adakah masalah ini besar? 


Ya dan mungkin. Memberi perhatian kepada butiran kecil seperti nama dapat mengubah tingkah laku dengan cara yang sangat nyata.


Jika dalam urusan perniagaan, pelanggan tidak akan berurusan atau berniaga dengan anda atau perekrut tidak akan menerima panggilan anda. Bahkan boleh mengubah cara orang mengitar semula, seperti yang ditemui oleh beberapa penyelidik.


Terdapat satu kajian mengenai kesan orang membuang cawan kertas kerana salah ejaan nama oleh Trudel, Argo dan Meng


Pengkaji menjemput sekumpulan sukarelawan untuk menilai kualiti air minuman, para penyelidik kemudiannya sama ada mengeja nama peserta dengan betul (seperti 'Sarah', 'Paul' dan 'Ashley') atau tidak betul (seperti 'Saruh', 'Pawl' dan ' Ashlee ') dan kemudian memerhatikan untuk melihat bagaimana setiap orang membuang cawan mereka.


Menariknya, 48% dari mereka yang namanya dieja dengan betul mengitar semula cawan mereka, sedangkan hanya 24% orang yang nama mereka tidak dieja dengan betul melakukannya. Dan mereka yang menerima cawan tanpa nama adalah sama buruknya, dengan hanya 26% mengitar semula cawan mereka.


Apakah semua ini?


Bias identiti. Menurut para penyelidik, "kehadiran, kekuatan, dan pengukuhuan identiti yang menyebabkan pengguna memperlakukan produk harian yang serupa secara berbeza semasa pembuangan.


Lebih lagi, kita mendapati bahawa pengguna lebih cenderung mengitar semula produk yang berkaitan dengan diri sendiri kerana membuang produk sedemikian menimbulkan ancaman identiti. "



Atau dengan kata lain, nama kita adalah intipati dari identiti kita, dan dengan begitu menyucikannya bermaksud anda menghubungkan orang-orang yang menjadi intipati mereka.


Kita harus bertindak jujur, apabila pelanggan yang kita berurusan  salah mengeja nama kita, tentun saja  keinginan kita untuk berurusan dengan mereka akan terjejas.


Ini menunjukkan bahawa mereka tidak peduli untuk menjalin hubungan hormat dengan kita.


Pelajaran yang harus diambil dari penyelidikan ini adalah bahawa kesopanan seperti mendapatkan nama seseorang dengan betul dapat membuat perbezaan besar.



Sekiranya anda salah mengeja nama seseorang, dan kebetulan menyedari kesalahan anda, minta maaf secepat mungkin.


Dengan mengatakan "Saya minta maaf, saya baru sedar bahawa saya salah mengeja nama anda" akan membuat keajaiban untuk meredakan kebencian yang meriah.


Namun jika ianya melibatkan urusan rasmi dalam perkhidmatan kerajaan maka ‘anda tahu apa tindakan yang seharusnya anda lakukan’ tidak kiralah anda berstatus Atok, Abah, Bang Long, Bang Ngah atau siapa sahaja , tak payah lah nak ‘ber bang atau mengazan’ lagi.


Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 04 April 2021