June 17th, 2021

Darurat sehingga Ogoskah?

Malaysia mengisytiharkan keadaan darurat berkuatkuasa 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021 untuk berusaha menangani jangkitan koronavirus dan menggantung parlimen dengan langkah yang membantu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghindari cabaran segera terhadap kepemimpinannya.

Proklamasi Darurat 2021 itu juga memberi kerajaan dan kabinet sedia ada kuasa luar biasa, seperti memperkenalkan undang-undang tanpa persetujuan parlimen.md_azizi_31052021.jpg

Ini adalah pertama kalinya dalam lebih dari 50 tahun keadaan darurat nasional diisytiharkan, dan hanya kali kedua parlimen digantung sejak kemerdekaan dari Britain pada tahun 1957.

Ramai yang mengatakan (terutama parti pembangkang) PM menggunakan deklarasi itu untuk terus berkuasa ketika dia menghadapi seruan untuk berundur dan mengadakan pilihan raya umum.

Pengumuman darurat itu turut  mengisytiharkan larangan perjalanan dan penutupan di seluruh negara di ibu negara dan lima negeri dan boleh berlangsung sehingga 1 Ogos (dan tercatat juga Fasa 1, 2 dan 3), atau lebih awal, bergantung pada apakah jangkitan telah dikendalikan.

Kes koronavirus tertinggi pernah di catat ialah 9,020 kes pada 29 Mei 2021.

Dengan parlimen ditangguhkan atau digantung, perdana menteri dan kabinetnya dikatakan mendapat kuasa untuk melaksanakan undang-undang dan meluluskan peruntukkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menjamin keselamatan awam tanpa suara parlimen.

Pemerintah dapat memperkenalkan undang-undang sementara yang disebut Ordinan (yang berlaku selama keadaan darurat).

Yang Di Pertuan Agong, yang berperanan besar akan mengistiharkan  ordinan berdasarkan nasihat perdana menteri dan kabinet.

"Perlembagaan (lebih kurang) digantung sementara, kerana sebahagian besarnya menggunakan undang-undang darurat," (Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, seorang pakar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).surat_pembaca_getaran_07062021a.jpg

Dalam perutusan khas yang disiarkan di televisyen setelah pengisytiharan itu, PM mengatakan YDPA boleh mengistiharkan beberapa peraturan darurat untuk mengekang penyebaran wabak itu, memperluas kekuatan tentera untuk membantu melindungi kesihatan awam dan juga memperkuat polisi.

Pemerintah juga dapat meningkatkan hukuman bagi siapa saja yang melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan wabak itu.

Peruntukan Perlembagaan mengenai penggubalan undang-undang semasa darurat adalah luas dan memberikan banyak ruang kepada pemerintah untuk mengatasi apa sahaja dari politik hingga kebebasan peribadi dan media, kata penganalisis.

Pembangkang, terutama Pakatan Harapan berkata, keadaan darurat itu melemahkan perimbangan dan keseimbangan dan menghalang demokrasi.

Kuasa darurat bermaksud memberikan kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk melakukan apa sahaja, sesuka hati .

Dengan apa yang berlaku, PM sedia ada akan berkhidmat sebagai perdana menteri tanpa gangguan sekurang-kurangnya sehingga 1 Ogos. Namun, pilihan raya kemudiannya tidak dapat dielakkan.

Muhyiddin menjadi perdana menteri pada bulan Mac, sejak ia bergulat dengan majoriti parlimen yang tipis yang sangat bergantung pada sokongan dari bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berkuasa.

Dengan berita, dua ahli parlimen UMNO menarik sokongan mereka dalam beberapa hari terakhir, yang bermaksud Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti di parlimen. Adakah ini benar?

Beberapa pemimpin UMNO dalam beberapa bulan terakhir juga berkali-kali meminta pemilihan awal, kerana tidak senang memainkan peranan persaingan kedua dalam gabungan pemerintah dengan parti Bersatu yang lebih kecil dari Muhyiddin.

Pilihan raya hanya dijadualkan pada tahun 2023 tetapi Muhyiddin mengatakan bahawa dia komited untuk mengadakan pemilihan sebaik sahaja ia selamat.

Lihat juga Darurat Sampai Ogoskah? Azizi Ahmad Getaran Kolum Surat Pembaca  17 Jun 2021

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 17 Jun 2021

Bukan semudah ‘Mencari Ramli’

Secara umumnya ( mungkin dalam bahasa #duksekkungdumah ) senario pentadbiran dan pengurusan negara kita (mungkin juga negara diktator lain) adalah tidak memberangsangkan dan meyakinkan.

Ramai pakar dan ahli penganalisis mencadangkan keperluan pembaharuan, pertukaran , pelarasan agar pemimpin tidak akan menjunamkan dan merugikan negara terutamanya segmen masyarakat yang rentan.


Sejak dari 2018 (selepas PRU14) , rakyat beranggapan mereka yang dipilih adalah dari ‘kaum radikal’ tetapi jelas mereka ini juga adalah acuan ‘narsisis yang dipelajari dari Machiavelli’.

Faktor keghairahan dan "merasa terbaik" setelah keputusan Pilihan Raya Umum 2018, berubah menjadi kekecewaan dan kebencian, berikutan peristiwa 2020.

"Harapan" yang sebelum ini dikecapi seketika berubah kepada ‘kekecewaan’ bagi hampir semua penduduk negara ini,

Sebenarnya,  pilihan apakah atau pilihan yang seperti manakah yang belum pernah ditawarkan sebelumnya yang kita mahu?

Kalau bahasa mudah penunggang agama , kita seharusnya mencari dan memilih ‘Al-Amin’ . Titik ! Tidak perlu diterangkan siapa itu Al-Amin..

Kumpulan ‘Al-Amin’ harus dengan jelas mewujudkan dan menonjolkan visi dan misi , menentukan objektif dan pelan tindakan untuk 5 tahun ke depan, dan menyampaikannya kepada warga Malaysia agar terus bergerak maju.

Pelan perancangan agak mudah di nyatakan, pelaksanaan tindakan yang biasanya menjadi tidak seperti yang diharapkan.


Bukan seperti program ‘Mencari Ramli’ atau ‘Melotop’, namun, untuk memastikan kumpulan Al-Amin yang kepemimpinannya  terbukti, harus memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang sangat dicari oleh semua orang bukanlah semudah program ‘Roda Impian’.

Dalam memilih  pemimpin nombor 1 Malaysia atau  Perdana Menteri (PM) pastinya seseorang itu haruslah individu yang sangat dihormati, yang memperolehi penghormatan dan sokongan dari hampir  semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.

Seseorang orang yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia, untuk memimpin yang diplih melalui proses pilihan raya dan menjadi Anggota Parlimen


Pemimpin terpilih , harus juga menamakan ‘kelompok bukan kroni’ sebagai  sebagai calon Menteri yang diamanahkan untuk memimpin berbagai Kementerian.

Personaliti pembantu juga harus bukanlah dari  ‘kelompok bukan kroni’; mungkin  ahli korporat terbukti unggul dan hebat dalam bidang masing-masing, yang ‘tiada dosa yang dibuktikan’  atau pinjam slogan lama ( apa kah namaa ) … yang Bersih, Cekap dan Amanah.


Personaliti yang dicadangkan (termasuk yang lain untuk dilantik ke kelompok), akan dilantik sebagai Senator dan seterusnya ke pelbagai jawatan Menteri, berbanding dengan yang dipilih sebagai anggota Parlimen.

Individu dalam ‘kelompok bukan kroni’ TIDAK akan menjadi wakil rakyat atau Ahli Parlimen melalui pilihanraya.

Pemimpin  bersama-sama dengan ahli kelompok, kemudian akan diumumkan sebagai pasukan teras BARU untuk memimpin negara ini, mengubah Malaysia menjadi negara yang progresif dan menjadi panutan di Wilayah ini, memastikan semua rakyat mendapat akses yang sama terhadap kekayaan negara. - melahirkan "Bangsa Malaysia" yang sebenar

Pemimpin bersama-sama dengan kelompoknya, kemudian akan membentuk landasan untuk menarik calon berprinsip ke kumpulan (parti) yang diperbesar.

Calon boleh berkhidmat dan melaksanakan amanah tanggungjawab ditaksir secara bebas, menjadi pilihan.

Calon dikehendaki mengangkat sumpah, menandatangani Akuan Berkanun dan memenuhi syarat-syarat lain sebelum pelantikan mereka.

Calon yang dilantik kemudian mesti diberi alat untuk menjangkau dan melibatkan diri dengan pengundi mereka.

Alat-alat ini merangkumi akses kepada pendanaan, platform untuk penglibatan dan dihubungkan dengan konstituen (untuk melakukan perbahasan yang meriah mengenai perkara-perkara berkaitan yang mempengaruhi konstituen, dan juga mempunyai ahli kelompok yang kadang-kadang mengambil bahagian dengan calon yang terlibat dalam talian dengan konstituen), latihan dan pendidikan.

Pemimpin  bersama-sama dengan kelompok dan calon yang dilantik, kemudian mesti disediakan platform media, bagi memastikan  negara bebas daripada rasuah.

Keadaan negara, ekonomi dan politik ketika ini berada pada keadaan di mana ia tidak dapat ditangani dengan langkah-langkah tersentap yang sederhana tetapi memerlukan baik-pulih yang komprehensif.

Stigma terhadap ahli politik dan parti politik semasa, akan menjauhkan calon berprinsip dari ingin menawarkan diri, kerana mereka secara tidak sengaja akan kehilangan kredibiliti yang mereka miliki jika mereka bergabung dengan parti yang ada, dan pada masa yang sama, memiliki peluang kejayaan yang jauh, dengan berdiri sebagai seorang yang bebas.

Akibatnya, ini juga akan menjauhkan pemilih yang berprinsip dari tampil untuk memilih dengan alasan yang jelas. Ini secara tidak sengaja akan menempatkan negara pada jalan yang sama, dari terus merudum ke bawah sehingga merugikan warganya

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 17 Jun 2021

Impian

Dengan perintah pelaksanaan darurat dan #dudukdirumah , kita semestinya bersyukur kerana dalam masa yang sama peminat sukan bolasepak berpeluang menyaksikan kejohanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia/ Euro 2020 dan juga Kejohanan Bolasepak Amerika Selatan.

Sungguh pun begitu, mereka yang berkemampuan melanggan Astro atau kemudahan akses internet berkelajuan tinggi dan gajet yang membolehkan siaran tidak terganggu sahaja yang akan berasa puas dan tidak lupa bil elektrik yang tiba-tiba melambung dengan pertukaran meter yang baru.

Penyokong setia sukan no 1 negara, masih tetap menaruh harapan bahawa pasukan Harimau Malaya akan layak secara merit dalam dua kejohanan yang disertai dan hampir melupakan sukan dan permainan yang lain.

Yang pasti, impian untuk kelayakan Piala Dunia sudah tiada lagi (dan eloklah begitu kerana dengan ranking 153 dunia memang terlalu jauh untuk bertanding dengan sekurang-kurangnya ranking 32 keatas dunia).


Sementara di peringkat Asia, Harimau Malaya berkedudukan 32 dari 47 pasukan tersenarai (Sumber: AFC and FIFA Rankings (bertarikh  27 Mei 2021)


Dari beberapa petikan media, mana-mana jurulatih pasukan mengimpikan dan berangankan kejayaan sehingga ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.


Harimau Malaysia gagal dalam usaha mereka berikutan kekalahan kepada Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam dalam Kumpulan G di Dubai.


Kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada hari Selasa adalah saguhati kecil, namun, membolehkan pasukan untuk kelayakan Piala Asia tahun depan.


Dengan mengumpul 12 mata dari lapan perlawanan untuk kedudukan ketiga, kita masih dikatakan dapat melakukannya dengan lebih baik.


Tekanan dan harapan tinggi memang tersedia sepanjang masa, tapi apakah yang dapat disimpulkan jika sebelum kejohanan sasaran ditetapkan pada 15 hingga 16 mata sahaja. Nampak sudah, keyakinan awal tidak tersirat.

Sekali lagi, kedengaran alasan pandemik Covid-19 mempengaruhi momentum  setelah kejayaan 2019 , dan jenakanya adalah pandemik hanya menyerang pasukan yang memberi pelbagai alasan.


Malaysia kini akan bertarung dengan 23 pasukan lain untuk salah satu daripada 11 tempat Piala Asia yang ada.


Peminat juga tertanya,  tahap apakah yang dimaksudkan dengan bekerja lebih keras dan akan lebih bersedia dalam mencapai sasaran Piala Asia .


Tidak cukupkah keperluan perancangan lebih awal dari kejohanan kelayakan sebelum ke Dubai dan tentunya FAM dan pegawai pasukan telah pun bersedia. Apa sebenarnya perancangan yang dimaksudkan?


Dari awal lagi, ramai yang tahu bahawa pasukan dari Asia Timur dan Barat sukar ditewaskan.


Pasukan kebangsaan dikatakan memerlukan program pemulihan dan memerlukan persediaan semula yang bukan berbentuk ujikaji lagi.


Permainan berpasukan adalah sentiasa berkaitan dengan kerja sepasukan.

Proses  pembaikan , bekerjasama dan beraksi dengan lebih mantap sepatutnya sudah tersedia memandangkan para pemain adalah kumpulan profesional.

Proses pentaksiran sukan haruslah berbentuk saintifik.


Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia membuat penampilan di pentas Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007 namun sudah lebih 40 tahun pasukan negara gagal melangkah secara merit sejak edisi Piala Asia 1980 di Kuwait setelah sering terkandas di pusingan kelayakan.


Percaya atau tidak, andainya ini tidak berlaku, maka Piala AFF dan Sukan SEA pula akan dijadikan impian.


Yang sentiasa kelihatan , adalah kita dengan impian kebelakang kita, yang tetap menjadi impian