June 24th, 2021

Perlukah hebahkan diri anda sudah divaksin?

Trend yang sangat menggoda terkini adalah untuk memberitahu dan berkongsi ‘swafoto atau ‘selpiag’’  sebaik sahaja anda menerima vaksinasi Kovid yang diinginkan.

Tak kira yang remaja, yang sederhana usia dan tidak terlepas golongan ‘veteran’ atau ‘lebai’. Tentu ada sebab untuk berkongsi ‘saya sudah divaksin’. Mungkin pihak PPV patut menyediakan ‘plakad’ tambahan ‘Anda bila lagi?’.

Sebagai permulaan, berkongsi foto kad vaksinasi anda di media sosial menjadikan anda potensi pencurian identiti, menurut Better Business Bureau.

Bukan sahaja maklumat peribadi pada kad, termasuk nama penuh dan Tarikh lahir anda, membuat anda terdedah kepada penipu (scammer), ia juga memberikan hampir semua maklumat yang mereka perlukan untuk membuat dan menjual kad palsu dalam talian. (Kad ini sering diberikan setelah penerima vaksin mendapat dos pertama.)

Sekiranya anda ingin juga berkongsi kejayaan membanggakan mengenai perihal proses vaksin anda, ada cara yang lebih selamat untuk melakukannya, seperti hanya kongsi gambar sticker pelekat vaksin anda, atau ubah tetapan privasi anda sehingga hanya rakan dan keluarga yang melihat siaran anda.

Tidak dinafikan perkongsian paparan visual seperti itu adalah kunci untuk menyebarkan mesej kesihatan awam yang positif mengenai vaksin Covid-19, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Dan, ia  dapat meningkatkan kepercayaan diri dan mendorong orang lain untuk mendapat vaksin.

Tetapi dengan kekurangan bekalan (dan juga jenis vaksin berbeza)  dan janji temu yang sukar dicapai, pemberitahuan mengenai pemberian vaksin, mungkin lebih awal daripada calon berisiko tinggi, juga menimbulkan dilema moral yang keruh (terutama sebagai contoh pengagihan vaksin yang tidak adil).

Dengan bekalan yang agak begitu terhad, "ada beberapa konflik yang wujud," dan kita harus bergelut dengan bagaimana vaksin ini dilancarkan.

Lebih daripada 5 juta dos vaksin telah diedarkan (dan meningkat perlahan). setakat ini, menurut data dari berita media dan peratusan mereka yang menerima dos pertama, tidak jelas diketahui terutama warga emas.

Tentu dan akan sentiasa ada orang yang lebih memerlukan vaksin di belakang anda,

Kita hanya ingin mendorong semua orang untuk mendapat vaksin dan gembira (bukan bangga) mendapat vaksin, tetapi sehingga kita mempunyai cukup dos untuk semua orang, kita harus bersedia memastikan bahawa dos tersebut diberikan kepada mereka yang paling berisiko.

Sekiranya anda tidak berada dalam kumpulan yang berisiko atau diutamakan, anda mungkin harus menunggu untuk mendaftar atau memilih janji temu agak lambat tetapi penjadualan pemberian vaksin hanya ditetapkan oleh KKM.

Daripada menyiarkan tentang kebanggaan berkongsi mendapat vaksin, mungkin kita boleh kita berkongsi  "Saya tidak sabar untuk mendapatkan vaksin."

Berkongsilah paparan dengan cara yang mendorong orang lain untuk mendapatkan vaksin sambil  mengutamakan golongan berisiko tinggi dan kemudian "memfokuskan kembali usaha bersama untuk membangun sistem yang lebih baik sehingga bekalan vaksin meningkat.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 24 Jun 2021