November 4th, 2021

Ujian PSSE: Menipu Sekali, Gagal Selamanya?

PEPERIKSAAN Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) merupakan ujian aptitud yang dilakukan secara dalam talian sebagai saringan awal pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan menyelesai masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.


Photo by F1Digitals on Pixabay

Photo by F1Digitals on Pixabay

Tidak dinafikan berlaku perdebatan berterusan tentang sama ada ujian pra-pekerjaan adalah lebih sesuai daripada ujian bersemuka terhadap calon yang terlibat.

Bolehkah temuduga melalui telefon, ujian terkawal dalam talian atau pun temuduga bersemuka memberikan gambaran yang tepat tentang sikap, kapasiti dan personaliti calon?

Benarkah institusi majikan mengambil berat tentang sejauh mana proaktif atau emosi anda stabil?

Ujian pra-pekerjaan kebanyakannya menggambarkan kesesuaian anda dalam budaya organisasi, potensi anda untuk berkembang dan cara bakat anda boleh diterjemahkan ke arah menjana keuntungan.

Ujian pra-pekerjaan menjadi lebih popular manakala kerumitannya terus meningkat.

Akibatnya, ramai calon sering terfikir untuk menipu, terutamanya apabila ujian pra-pekerjaan ini dijalankan secara dalam talian.

Pekerja-Majikan adalah pasangan yang dicipta di syurga

Ujian personaliti, integriti dan pekerjaan lain dianggap sia-sia oleh kebanyakan orang kerana ia gagal memenuhi tujuan sebenar.

Ujian ini menilai sejauh mana anda sesuai dengan budaya syarikat dan sama ada aspirasi dan kebolehan anda boleh disesuaikan dengan aspirasi syarikat.

Collapse )

Bagaimana Jika Kita Nyahkan Parti Politik?

Kemungkinan besar dua pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi.

Di celah persediaan untuk menghadapi pilihan raya terdapat banyak kerenah ahli politik dan parti politik yang akan turut bertanding termasuklah ‘cantas mencantas sesama sendiri’ termasuklah ‘bakal katak-katak’ yang sedang menunggu peluang.




Detik-detik ‘ulangan bersejarah’ ini sering kita lihat dan ketika ini kebanyakan pemimpin akan menyeru kepada perpaduan dan ketenangan.

Tidak kurang ketua dan pemimpin parti masing-masing akan sibuk menyemarakkan isu berpuak.

Mereka melakukan semua ini kerana ia adalah sifat mereka dan mempercayai bahawa ini adalah cara politik yang berkesan.

Tiada apa-apa yang menggerakkan hati rakyat pengundi lebih daripada menyeru akan kejahatan dan kekurangan pihak lain.

Malah, prasangka politik telah menjadi bentuk ketaksuban kita yang paling diterima.

Pada sekitar tahun 1950-an hingga 70-an, peratusan pengundi yang mempunyai perasaan negatif terhadap parti lawan adalah rendah berbanding sekarang.

Apa yang dilihat oleh pengundi hari ini bukanlah calon, atau satu set cadangan dasar, tetapi gabungan parti, label politik (konservatif lawan liberal), warna simbolik (merah lawan biru) dan sebagainya.

Tetapi bayangkan dunia tanpa label sedemikian.

Tanpa penglabelan dan stereotaip yang mudah untuk dipercayai, pengundi akan terpaksa menilai undi mereka tanpa berat sebelah.

Betapa tidak masuk akal kerana kita menggunakan kata kerja bayangkan.


Collapse )