kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Menilai kualiti kepimpinan diri sendiri

Kebanyakan dari kita dilihat tidak pandai menilai kualiti kepemimpinan sejati dan lebih tertarik dan mempercayai mereka yang kelihatan berjaya menarik kita  dengan ‘tutur kata dan tindakan keyakinan’ .

Malangnya, ini sering merupakan tanda kelemahan dan kejatuhan yang memang sukar.

Sebilangan besar masalah dunia disebabkan oleh kepimpinan yang buruk.md_azizi_31052021.jpg

Contohnya, bencana buatan manusia seperti perang, pembunuhan beramai-ramai, buruh paksa, dan penyalahgunaan kuasa terhadap  pekerja, menyumbang kepada kematian yang jauh lebih tinggi daripada bencana alam.

Seperti yang ditunjukkan oleh pandemik sekarang ini, bencana alam pun diperburukkan oleh pemimpin yang tidak cekap.

Negara yang gagal (disebut sebagai kegagalan pemimpin), institusi yang korup, dan sistem sosial yang tidak berfungsi yang menghentikan pencungkilan dan perkembangan bakat  dan menjalani kehidupan yang bahagia dan sihat akhirnya merupakan hasil kepemimpinan yang lemah.

Meihat kepada statistik ini:

• 65% pekerja di Amerika mengatakan mereka lebih sanggup menukar bos mereka daripada mengambil kisah tentang kenaikan gaji atau tidak.

• 75% berhenti kerja disebabkan oleh pegawai atasan langsung mereka, kepimpinan yang buruk menjadi penyebab utama pemberhentian kerja secara sukarela di dunia.

• Kajian meta-analitik menunjukkan bahawa "pekerja berhenti kerana bos, bukan pekerjaan." Penyelia toksik memberi kesan yang lebih besar terhadap perolehan daripada gaji.

• Kurang daripada 20% ahli majlis dewan yakin bahawa organisasi mereka mempunyai masalah terhadap kepimpinan mereka.

• Walaupun di negara demokratik, penilaian perakuan untuk pemimpin jarang melebihi 50%. Sebagai contoh, penilaian perakuan untuk ketua negara di EU melambung sekitar 40%.

Dalam salah satu buku terbaru yang diterbitkan, organisasi berhadapan dengan jurang yang meluas antara mereka yang bertanggung jawab terhadap orang lain dan mereka yang memiliki kemampuan untuk menolong orang lain untuk berjaya dalam peranan mereka.

Walaupun terdapat banyak sebab untuk jurang ini, yang sering kelihatan adalah ketidakmampuan untuk memilih pemimpin yang benar-benar kompeten dan bukannya hanya sekadar meyakinkan.

Azizi Ahmad Malaysia Dateline Kolumnis 25 Julai 2021

Bezanya menilai pemimpin yang tidak meyakinkan 286
Tags: nilai, pemimpin, tak yakin, writings
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments