kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Thailand keluarkan ketum dari senarai dadah berbahaya

Ketum kini boleh digunakan secara terbuka di Thailand susulan keputusan negara itu mengeluarkan ubat herba daripada senarai dadah berbahaya.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, perubahan tersebut menyaksikan orang awam boleh menggunakan atau menjual ketum secara sah di sisi undang-undang.

Dalam masa sama, Anucha memberitahu, lebih 1,000 tahanan penjara yang didakwa atas kesalahan berkaitan ketum akan dibebaskan, lapor AFP.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Pembangunan Penyelidikan Thailand menganggarkan peraturan baharu itu dapat menjimatkan kos pendakwaan oleh pihak berkuasa sehingga 1.69 bilion baht (RM2.11 bilion).

Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa merupakan sebahagian daripada spesies pokok kopi yang sering digunakan di Asia Tenggara dan Papua New Guinea sebagai ubat alternatif merawat penyakit.

Ketum juga dilaporkan terkenal di Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ketagihan dan penyalahgunaan.

Daun pokok ketum boleh merangsang reseptor otak sama seperti dadah jenis morfin, cuma kesannya lebih ringan.

Penggunaan ketum tidak dikenakan sekatan antarabangsa walaupun pada bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sedang memeriksa sama ada ia perlu dikawal.

Pemerhati Hak Asasi Manusia, Phil Robertson, pula berkata tindakan ‘menghalalkan’ ketum dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea disambut baik dan sudah lama ditunggu.

Kelulusan untuk penggunaan ketum di Thailand, katanya lagi, menamatkan legasi penyalahgunaan hak terhadap ubat itu, yang sekian lama digunakan secara tradisional oleh masyarakat luar bandar.

Tags: ketum
Subscribe

Posts from This Journal “ketum” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments