kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pemimpin belum ‘merdeka’ jika malu menggunakan bahasa ibunda?

Piawaian bahasa Inggeris yang merosot di Malaysia sekali lagi menarik perhatian orang ramai, kali ini setelah satu siaran video yang membabitkan seorang ‘penggubal undang-undang kanan’ (pendidikan dan perundangan ‘luar negara’?) yang cuba sebaik mungkin untuk ‘berucap’ dalam Bahasa Inggeris yang disiarkan di media.

Bagi yang mengikuti sedutan durasi video 3:46 minit, tentu tersenyum sendirian menyaksikan penyampaian yang tidak ‘Malglish (Malaysian English)’.


Photo by libellule789 on Pixabay



Penjawat awam dan pegawai tinggi kerajaan tentunya ‘ketawa sinis’ kerana kini terbukti jika mereka yang meneraju sebuah kementerian sendiri ‘gagal ber’inggeris’ maka haruskah ‘anak buah’ mengikuti ujian kecekapan berbahasa Inggeris.

Semasa pihak kerajaan memastikan dan mengumumkan dan mengatakan pegawai kanan kerajaan mesti mempunyai bahasa Inggeris yang baik untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan berunding secara berkesan dengan pihak asing terutamanya, jelas ini tidak berlaku.

Momen seperti ini, telah mencetuskan perdebatan di platform media sosial mengenai apakah perlu bagi rakyat Malaysia untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka atau tidak.

Masalahnya telah berulang kali muncul. Di sektor pendidikan, misalnya, terdapat banyak polemik setelah bahasa pengantar dalam pengajaran Matematik dan Sains diubah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris pada tahun 2003

Seseorang itu haruslah menerima kritikan jika orang itu layak dikritik dan seseorang itu harus dipersoalkan terutama , mereka yang berkuasa.

Bukan hanya hak kita tetapi juga tugas kita sebagai warga negara demokratik untuk menyatakan ketidakpuasan hati sungguhpun yang dimaksudkan itu merupakan ‘pihak yang berkuasa’.

Sekali lagi, tidak boleh ‘double-standard’ di atas kelebihan atau kekurangan.

Sungguhpun kita harus ‘menegur’, namun kita harus memastikan bahawa kesopanan tidak terganggu.

Dalam konteks ini, penyampaian dan pertuturan yang disaksikan melalui video tersebut telah menghasilkan banyak perbincangan, dan salah satu topik perbincangan adalah bahasa Inggerisnya.

Ramai yang menyatakan haruskah beliau malu jika berucap dalam bahasa lingua franca kita iaitu Bahasa Melayu, tidak ada salahnya jika berucap dalam bahasa ibunda kerana ‘gaya bahasa pertuturan’ menyebabkan orang ramai akan cuba menunjukkan kesalahan dalam tatabahasa, yang sepatutnya tidak perlu dikecam dan tidak bermaksud kejam.

Sekiranya ada sesuatu yang harus di’korek’ adalah catatan masa lalu sebagai ahli politik, bukan jawatannya yang kini diketawakan.

Keupayaan bertutur dalam Bahasa Inggeris yang baik tidak menjadikan seseorang sebagai pemimpin yang baik, dan kekurangan dalam berbahasa penjajah , tidak membuat atau menjadikan seseorang itu buruk dalam pekerjaan mereka. Kecuali pekerjaan mereka berkaitan langsung dengan bahasa.

Azizi Ahmad Bebas News Minda Bebas Columnist 4 September 2021

Tags: bahasa, bahasa inggeris, merdeka, pemimpin, writings
Subscribe

Posts from This Journal “bahasa inggeris” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments