kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Serap GSTT ke jawatan tetap

 RAMAI yang menyatakan orang mahu jadi guru sebab kerja dengan kerajaan.

Berikutan masalah kekurangan guru yang meruncing terutama guru bahasa Inggeris, sudah tentu menyebabkan lompang besar dalam pengurusan sumber manusia. Guru perlu cukup dengan nisbah pelajar yang semakin bertambah.

Pada masa sama, ada yang mempertikaikan keupayaan graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam melayari karier guru.

Kata-kata ini diperhebatkan lagi dengan nada sinis yang menyatakan golongan ini seolah-olah tiada haluan kerjaya lalu memilih guru sebagai galang ganti. Apa salahnya selepas ini hentikan pengambilan KPLI dan DPLI.

Sebagai alternatif, ambil Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberi kontrak dua tahun lalu dinilai keupayaannya kemudian serapkan mereka jika layak.

Tinjauan mendapati ramai di kalangan GSTT yang memang layak, namun masih bertaraf kontrak disebabkan mereka perlu bersaing dalam pemilihan KPLI yang menyebabkan nama mereka tercicir.

Ada di kalangan mereka berkhidmat sebagai GSTT melebihi tiga tahun yang dihantar ke sana ke mari bersesuaian dengan kekosongan guru di sekolah.

Tempoh dua tahun bagi GSTT yang bertugas sudah layak menunjukkan komitmen mereka yang bersungguh-sungguh meminati bidang perguruan.

Beri ruang kepada mereka jika terbukti mereka layak. Ini mengurangkan risiko Bahagian Pendidikan Guru mengambil calon yang hanya pandai berlakon selama beberapa minit ketika sesi temuduga, namun lain halnya bila sudah berkhidmat.

Jadi, selepas ini lebih mudah pihak Kementerian Pelajaran tutup mulut jika mahu mencari calon guru sesuai daripada mendengar tong kosong menghina saluran itu dan ini yang dikatakan tidak berkesan menghasilkan bakal guru cemerlang.

BEKAS GSTT
Shah Alam


Sumber: myMetro | Setempa t|2010/10/04
Tags: guru, pendidikan, perguruan, teachers
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments