kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Guru cemerlang perlu dedikasi laksana tugas

 Guru cemerlang perlu dedikasi laksana tugas 2010/10/11


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat oleh ‘Guru Cemerlang Percuma, Kedah’, dalam ruangan ini bertarikh 28 September lalu bertajuk ‘Guru Cemerlang Sedia Dipantau’.

Kementerian Pelajaran melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), diberi mandat mentadbir urus segala hal berkaitan penilaian calon guru cemerlang bermula pada 1995.

Tugas itu selaras dengan fungsi kewujudan JNJK, sebagai pihak bertanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan di institusi pendidikan di negara ini.

Bermula pada 2008, JNJK bertanggungjawab menilai guru cemerlang gred DG52 ke atas, manakala satu pasukan petugas dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bertanggungjawab memilih guru cemerlang Gred DG48 ke bawah.

Calon guru cemerlang Gred DG48 dan ke bawah dinilai Pengetua atau Guru Besar masing-masing menggunakan instrumen disediakan BPSH.

Matlamat utama jawatan guru cemerlang diwujudkan mengiktiraf khidmat guru yang berkualiti dan cemerlang di bilik darjah, tetapi tidak berminat menjawat jawatan pentadbiran secara hakiki.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, guru yang dilantik sebagai guru cemerlang menjadi contoh, sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pengajaran (P&P).

Sewajarnya guru cemerlang dilantik melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi terutama dalam hal berkaitan dengan P&P.

Pihak kementerian amat prihatin mengenai isu yang ditimbulkan berkaitan guru cemerlang. Pengarah Pelajaran Negeri ada mengesan guru cemerlang yang merosot prestasi kecemerlangan.

Senarai nama guru ini sudah dikemukakan kepada JNJK untuk tindakan selanjutnya.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.


Sumber : Berita Harian | Surat – Guru cemerlang perlu dedikasi laksana tugas 2010/10/11
Tags: guru, pendidikan, perguruan, teachers
Subscribe

  • Mat Kelubi pahlawan yang dilupakan

    MENGKAJI sejarah perjuangan gerakan menentang campur tangan Inggeris dalam pemerintahan negeri Pahang pada hujung abad ke-19, ia tidak lengkap jika…

  • Mengenang tokoh pendidikan berjasa

    BUKU ditulis oleh bekas Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Khailani A. Jalil, adalah mengenai latar belakang 15 Ketua Pengarah…

  • Zaaba pencetus kebangkitan Melayu

    ZAABA atau nama asalnya Zainal Abidin Ahmad, seorang tokoh ilmuwan yang sangat dikenali rakyat dan mendapat sanjungan sebagai seorang pendeta.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments