kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Minda: Strategi format baru peperiksaan

 SECARA umum, ujian dan peperiksaan adalah suatu perkara berat yang memerlukan seseorang belajar mengingati dan menghafal serta mengeluarkan kembali apa yang dipelajarinya dalam peperiksaan. Kebanyakan ujian di sekolah sama ada di sekolah rendah dan menengah lebih kepada peperiksaan serius iaitu memerlukan pelajar memerah otak.

Tumpuan pelajar adalah untuk mendapat lebih banyak A+ dalam peperiksaan yang menjadi harapan ibu bapa yang mahukan anak-anaknya cemerlang. Apa pun, belum tentu pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah rendah dan menengah dapat mengekalkan kecemerlangannya di peringkat pengajian tinggi khususnya di universiti.

Jika selama ini ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah dan menengah ternanti-nanti keputusan kerajaan sama ada untuk meneruskan atau menggantikan peperiksaan pada tahun enam dan juga di tingkatan tiga, kini mereka telah mengetahuinya. Perubahan bentuk, format dan gaya pengujian juga mungkin mengalami perubahan.


Tinjauan mendapati ramai ibu bapa lega dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan keputusan kerajaan tidak meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan diubah format baru berasaskan sekolah mulai 2016.


Sementara itu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula diteruskan dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek. Perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan berkuat kuasa 2016 termasuk menggunakan nama baru PMR. Langkah ini dapat memperkasa bidang pendidikan.


Tempoh ini bagi membolehkan pihak tertentu melakukan kajian dan tinjauan serta memberi peluang pelajar di sekolah tidak menghadapi kejutan dengan format baru ujian atau peperiksaan yang berasaskan sekolah. Perubahan dan pembaikan ini sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan. Perubahan ini juga mendapat sokongan banyak pihak terutama ibu bapa yang menanti keputusan kerajaan selama ini.


Kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun. Pada ketika itu UPSR format baru dan mungkin PMR dalam bentuk baru. Rasionalnya kepada pelajar jika dimansuhkan, mereka tidak dibebankan dengan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Peperiksaan yang dilakukan selama ini sebenarnya tidak banyak membantu dalam kehidupan masa depan pelajar, terutama bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Tetapi jika tiada peperiksaan, pelajar tidak akan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Jika dimansuhkan terus, soalnya bagaimana kita hendak mengetahui kebolehan dan pencapaian pelajar dalam setiap subjek yang dipelajari mereka? Ini melegakan semua pihak terutama ibu bapa yang masih mengharapkan ada peperiksaan di peringkat tahun enam dan tingkatan tiga. Perubahan ini sejajar dengan perubahan masyarakat yang mahu bentuk ujian yang baru. Ibu bapa juga tidak dibebankan dengan yuran tuisyen yang membebankan dan menghadapi tekanan apabila anak-anak tidak berjaya dengan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan itu.


Semoga kedua-dua peperiksaan format baru ini akan memberi manfaat keseluruhan kepada pelajar demi masa depan mereka dalam mencapai kecemerlangan melalui pendidikan. Selain itu, guru pula tidak terlalu menumpukan kepada P&P di dalam kelas untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata.


Bagi guru, mereka juga akan dapat meningkatkan profesionalisme perguruan iaitu mempunyai kecekapan dan kemahiran tinggi dan dapat memanfaatkan P&P sepenuhnya tanpa terikat dengan peperiksaan. Guru juga dapat mendidik dan mengajar pelajar meliputi perkembangan akal, potensi diri pelajar, memperbaiki akhlak dan budi pekerti dengan lebih berkesan tanpa menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan.


Guru yang berkualiti mempunyai pengaruh besar kepada pencapaian dan pembangunan diri pelajar dan kemajuan pendidikan di negara kita. Tugas utama guru adalah mengajar di bilik darjah bagi melahirkan pelajar berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.


Tetapi jika ujian dan peperiksaan format baru yang berasaskan sekolah, dikhuatiri guru akan dibebankan untuk menyiapkan modul atau soalan berformat yang disediakan pihak sekolah. Selain itu, mampukah penilaian di peringkat sekolah dipertahankan kewibawaannya? Menurut tokoh Barat, Charles G Colton, ujian atau peperiksaan adalah hal berat, sekalipun bagi mereka yang sudah bersedia kerana orang yang paling pandai pun dapat menanyakan hal yang lebih sulit daripada yang dapat dijawab oleh orang paling bijaksana.


Oleh itu, perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu sewajarnya dibuat kajian terperinci terutama melibatkan kandungan ujian atau bentuk peperiksaan yang baru. Ramai ibu bapa berpendapat nama ujian dan peperiksaan tersebut juga perlu diubah demi mengikut perubahan semasa.


Beberapa elemen penting seperti perkara berkaitan dengan akal budi, pembentukan sahsiah dan pemurnian akhlak dan budi pekerti pelajar wajar dimasukkan dalam kurikulum atau kandungan ujian dan peperiksaan yang baru nanti. Pelaksanaan ujian dan peperiksaan tersebut tidak terlalu menjurus kepada peperiksaan seperti dilakukan selama ini.


Memperkasakan bidang pendidikan sangat penting bagi melahirkan modal insan berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berakhlak terpuji. Membentuk manusia melalui bidang pendidikan memerlukan kajian dan masa panjang agar mereka seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Asas pembinaan negara bangsa bermula di sekolah bagi menyediakan rakyat Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama. Ia perkara sangat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan masih mengamalkan ideologi dan kebudayaan masing-masing.

Matlamat pendidikan harus diutamakan selain daripada peperiksaan, iaitu untuk melahirkan individu taat setia kepada negara, berilmu dan beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera. Seterusnya dapat menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan pembangunan negara serta menyediakan peluang pekerjaan bagi semua warga negara Malaysia.


Penulis mantan pendidik berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Sumber : Strategi format baru peperiksaan
Tags: assessment, guru, kurikulum, pendidikan, teachers
Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments