kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Usah gentar akui silap

 PUTRAJAYA: Agensi kerajaan tidak perlu gentar mengakui kesalahan dan melakukan perubahan terhadap kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan setiap perancangan untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebelum ini, keputusan dibuat mungkin dirasakan tepat, tetapi apabila ditetapkan syarat ia menyukarkan pelaksanaan sesuatu perkara atau projek itu.


Menurutnya, punca harus dikaji dan diperbetulkan jika sesuatu perancangan itu tidak menjadi dan ia mungkin berkait rapat dengan syarat ditetapkan tidak anjal, terlalu berat atau mustahil dapat dilaksanakan.

“Oleh itu, agensi kerajaan harus mempunyai keberanian mengubahnya dan kita perlu mengakui jika sesuatu yang dibuat itu perlu dikaji, disemak semula kerana apa juga keputusan kerajaan sudah diketahui umum kerana dizahirkan secara terbuka.


“Kita sebagai agensi pusat yang menguruskan kewangan negara perlu menentukan keputusan kerajaan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada perhimpunan khas bersama warga Kementerian Kewangan di sini, semalam.


Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Najib berkata, ia mungkin ada kaitan dengan kelemahan aspek kementerian yang mengendalikan, selain ada masalah tanah atau kegagalan kontraktor, tetapi mungkin juga disebabkan syarakat ditetapkan terlalu berat dan ketat.


Oleh itu, katanya, beliau berharap agensi berkaitan perlu ada keberanian bagi mengubah keputusan yang sudah ditentukan lebih awal itu. “Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), Bajet 2011 dan sebagainya, apa yang kita cadangkan itu harus dapat dilaksanakan, jika kita dapat tahu sesuatu itu tidak berlaku, kita mesti tahu kenapa,” katanya.

Najib berkata, kerajaan sudah menggariskan agenda utama seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Inisiatif Penyelidikan Strategik (SRI), yang perlu diterjemahkan oleh agensi kerajaan berkaitan supaya matlamat berkenaan boleh dicapai.


Dalam keadaan itu, katanya, perlu ada percambahan fikiran di kalangan kakitangan awam secara keseluruhan dan tidak hanya terhad kepada Kementerian Kewangan bagi mencetuskan idea kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran itu.


“Idea yang baik dan bernas hanya titik permulaan serta diikuti dengan perancangan teliti, tindakan tepat selain pelaksanaan yang mantap berdasarkan garis panduan atau peraturan sedia ada serta disusuli pula dengan proses pemantauan dan memperoleh maklum balas.

“Bagaimanapun, jika garis panduan dan peraturan itu tidak memenuhi prinsip keadilan atau undang-undang...ia perlu dikaji semula bagi mengelak ketidakadilan berpunca daripada apa-apa yang kita tentukan,” katanya.


Sumber: myMetro Setempat Disember 17, 2010
Tags: berani, berubah, gentar
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments