kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Melayu Bela 50 Anjing

Betui ka tidak disebut dalam Qur'an/Hadis anjing tu najis Tn Sheikh? Mintak pendapat/pandangan sikit..

 Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!
 

 Tidak disebut membela anjing itu haram. “Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.
 

 “Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

 MKI beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”. Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. Enam tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting, Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.

via Lebai Nikman


Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments