kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

CUEPACS Cadang Sambutan Hari Pensyarah

MACHANG May 15, 2011  – Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sambutan Hari Pensyarah pada masa akan datang selain meraikan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.

Ini kerana, kata Presidennya, Datuk Omar Osman, profesion pensyarah dan guru berada dalam landasan yang sama iaitu mendidik anak bangsa.

Menurut beliau, dalam sesetengah perkara pensyarah sewajarnya mendapat perhatian jauh lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, kelebihan sering berpihak kepada guru manakala golongan pensyarah seolah-olah diketepikan.

“Kerajaan perlu mengadakan anjakan perubahan atau tranformasi kepada golongan pensyarah agar mendapat perhatian seperti yang dinikmati oleh guru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Dialog dan Pembangunan Kakitangan Pentadbiran bersama Rektor dan pengurusan kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, hari ini.

Justeru, katanya, CUEPACS meminta agar kerajaan mengadakan sambutan Hari Pensyarah atau dikenali sebagai Hari Akademik di institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai tahun depan.

“Kebiasaannya para guru menerima khabar gembira setiap kali sambutan dibuat dan kita minta kerajaan juga akan mengumumkan khabar yang sama kepada pensyarah dalam pelbagai kategori dan mungkin pilih hari yang sesuai untuk meraikan mereka,” katanya. – mynewshub.my

Sumber : Cuepacs Mei 16, 2011
Tags: pendidikan, perguruan
Subscribe

  • Pelajar Guru Dewasa

    Sama seperti belajar, mengajar adalah merupakan salah satu kerja dan usaha keras bahkan mungkin lebih sukar. Walaupun mengajar anak kecil…

  • Pelajar Dewasa

    Mengajar pelajar dewasa boleh menjadi sangat bermanfaat, tetapi juga sangat mencabar. Kita tidak boleh lupa bahawa kita berurusan dengan…

  • Jiwa Berani

    Saudara Pengarang Dalam perjuangan kehidupan, maruah adalah lebih bermakna "Terdapat dua jalan menyimpang dalam hutan dan saya mengambil…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments