?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kebanyakan dari kita pendidik amat prihatin mengenai keputusan tugasan, ujian dan peperiksaan akhir dan tentunya tahu keputusan sebenar yang di perolehi pelajar-pelajar terutama pelatih guru di IPG KBA. Sebagai contoh bagi memperolehi markah atau skoran lulus, pelajar hendaklah lulus 'tugasan' dan juga lulus dalam peperiksaan akhir pada skoran 50 %.

Namun dengan arahan yang dikeluarkan mereka yang gagal dalam tugasan tetap diluluskan dengan alasan memberi peluang mereka mengambil peperiksaan dan pihak jabatan akan mengambil tindakan seterusnya untuk membolehkan mereka lulus. Ini bermakna skoran pelajar yang gagal di naikkan sebanyak 2 kali dan saya berpendapat bahawa perkara ini tidak seharusnya di lakukan semata-mata untuk mengembirakan pihak 3P dan termasuklah calon pelajar pelatih.

Kita di tipu bulat-bulat dengan dan untuk mempercayai bahawa hasil kerja dan tugas serta tanggungjawab membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan walhal keadaan sebenarnya tidak sedemikian.

Ada sekolah-sekolah, kolej-kolej pendidikan dan universiti terlibat dalam memberi tambahan markah/skor agar gred yang dipaparkan memuaskan pihak atasan. Ada pendidik melakukan kerja tidak beretika ini agar calon pelajar lulus samada diatas arahan pihak atasan atau pun diatas kehendak tekanan; dan di sini dimanakah kredibiliti dan akauntibiliti sebagai seorang pendidik yang dihormati, disegani dan berwibawa.

Saya rasa kesal kerana keadaan ini berlaku di Jabatan Ilmu Pendidikan sendiri dan saranan untuk 'menambah pemarkahan' bagi pelajar yang gagal adalah sesuatu yang tidak beretika. Ini adalah seolah-olah kita melakukan satu kesalahan jenayah kolar-putih.

Hanya kerana untuk membuat orang lain gembira, etika dan kredibiliti di tolak dan walaupun telah dimaklumkan dan disuarakan tetapi ianya terus berjalan berterusan.

Saya rasa kesal kerana dianggap tidak tahu memeriksa kertas tugasan, kertas ujian dan kertas pepeperiksaan dan mangsa keadaan juga tentunya para calon pelajar sendiri. Biarkan pembelajaran berjalan seperti mana yang dikehendaki dan dihasratkan dan pengukuran, pengujian dan penilaian turut dijalankan dengan telusnya.

Saya juga hairan mengapa proses pemarkahan dan pemeriksaan dari pemeriksa pertama, pemeriksa kedua dan seterusnya sehingga pemeriksaan ke empat dijalankan. Ini bermakna proses pemarkahan dijalankan sebanyak 4 kali; dan adakah Pensyarah Cemerlang (pemeriksaan ke-4) tersebut tahu segala-galanya dan mampu menanda kertas dalam tempuh yang singkat dan dengan bilangan yang banyak.

Terdengar juga bahawa dari 3 orang pemeriksa pertama, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dimana:

i) bagi pemeriksa pertama, dari puluhan yang gagal, didapati hanya 3-5 orang saja yang tidak melepasi had;
ii) bagi pemeriksa kedua, dari puluhan yang gagal, didapati 7 orang tidak melepasi had; dan
iii) bagi pemeriksan ketiga, dari 32 yang didapati gagal, didapati kesemua 32 orang calon beliau lulus

Saya tidak percaya dengan 'merubahkan skoran dan pemarkahan' bagi sesuatu pentaksiran caIon-calon akan memperolehi kebaikan dalam menimba ilmu. Sesuatu peperiksaan adalah satu pentaksiran sebenarnya.

Ada yang tentunya berkata membantu calon pelajar untuk lulus adalah tujuan utama tetapi haruslah di ingat bahawa kredibiliti sesuatu peperiksaan hendaklah di ambil kira. Tiada gunanya melahirkan calon guru yang tentunya tidak sampai ketahap yang di inginkan, malahan di institusi pengajian tinggi lain pun masih ada calon yang gagal.

Dengan itu, izinkan saya menyatakan:

1. bersikap teluslah dan kembalikan kredibiliti sesuatu peperiksaan atau pentaksiran dengan menetapkan gred yang telah ditetapkan dan bukannya membuat 'adjustment'.
2. pendidik tidak harus merubah atau meminda atau cuba menaikkan markah calon pelajar, hendaklah jujur dan telus dan terimalah realiti seadanya.

Posts from This Journal by “marking” Tag

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow