Walaupun telah menjadi adat perlawanan, ada menang kalah, tetapi kekalahan yang dialami itu menunjukkan betapa kualiti permainan masih belum berupaya menyaingi pasukan lawan yang dilihat lebih baik kualitinya berbanding pasukan negara.
Walaupun sorakan semangat dan sokongan peminat yang memenuhi setiap ruang kosong di Stadium Bukit Jalil, ia tidak memadai untuk menyuntik semangat pemain supaya berjuang untuk mencipta kejayaan.
Dari awal lagi iaitu ketika kejohanan Piala Suzuki, diikuti dengan Liga M, perlawanan persahabatan dengan pasukan dari EPL, menampakkan beberapa kepincangan pasukan yang masih belum berupaya diperbaiki walaupun pemain-pemain didedahkan dengan pelbagai perlawanan dan pelbagai tahap dan kualiti pemain pasukan lawan.
Kemahiran individu, ketepatan hantaran, persefahaman dalam kalangan pemain, kesungguhan, daya kreativiti, susuk fizikal masih pada tahap yang sama walaupun kita menyedari bahawa aspek-aspek itu penting dan sebagai pakej untuk mencipta kejayaan.
PENILAI SUKAN BEBAS