SEGAMAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua. ... Lagi ... "Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. ...
Kementerian Pelajaran Diminta Kaji Semula Sukatan Subjek Bahasa Tamil
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta mengkaji semula sukatan mata pelajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah rendah bagi mengekalkan kepentingan bahasa ibunda kaum India itu. .. Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan berkata, sukatan sedia ada tidak membantu murid menguasai bahasa itu khususnya selepas subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Kedua-dua tajuk ini muncul dalam mSTAR Online bertarikh Sabtu Ogos 6, 2011 - BERNAMA
Mengapa ianya berlaku .. mungkin:
i) Kurikulum sedia ada perlu di kaji dan di bina semula ...
ii) Panel yang membina kurikulum baru hendaklah yang benar-benar menjiwai, tahu, berkelayakan, berpengalaman dalam membantu membina kurikulum baru ..
iii) Pelaksanaan kurikulum baru hendaklah berasaskan pentaksiran yang telus, benar dan di jalankan 'without fear or favour' ...
iv) Kurikulum di Institut Pendidikan Guru Malaya yang menawarkan Bahasa sebagai matapelajaran perlu di kaji, di rombak dan di bina oleh mereka yang berkelayakan, bertauliah, berpengalaman, terbukti hasil kerja .. bukan yang semata-mata bangga dan megah dengan title PhD, mengheret bag pilot kesana-kesini ...
v) pandangan lain .. sila sambung