kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Touch n Go Spot

         Kekadang bila memandu di Malayamoleh ni terasa tersangat menjiwakan,  walaupun tol di malaya tidak lah sebanyak negara-negara dan negeri lain seperti Jepun, Amerika, Perlis, Trengganu, Kelantan dan bayaran tol masih lagi terendah diantara negara-negara lain di dunia ini namun kadang-kadang dan kebiasaannya jika tidak mengunakan kad Touch n Go atau Smartag maka terpaksa lah me'nyot-nyet' memandu; tambahan pulak jika masa hujan atau selepas hujan.    
    
Kesan jiwaan ini biasanya sangat terasa jika asyik dok kono bayag saja dan hinggakan pengguna kenderaan yang biasa kena tempiasnya. Sama dengan perkhidmatan lain, contohnya kad talipon pre-paid, bila hampir tamat tempoh saja, maka kelam-kabut lah pengguna mencari kedai-kedai untuk 'tambah nilai' atau 'top-up'. Begitu juga dengan pengunaan kad Touch n Go, yang menjadi kelam-kabut adalah sewaktu perjalanan jauh, tengah sedap memandu tiba-tiba nampak tol di depan, kalau mengikut keadaan biasa pengguna hanya guna dan jarang-jarang semak atau memastikan baki yang terdapat dalam kad tersebut kecuali apabila nak membayar, waktu tu baru kelam-kabut, kos tol RM28.50 tapi bila nak membayar tengok-tengok baki ada RM5.05. 

Tambahan pulak apabila ketika kita memandu di waktu malam ke subuh ... pejabat 'top-up' tak buka, nak cari tak tau di mana, maka dengan konsep malayaboleh maka perkhidmatan diperbaiki dan di tingkatkan, jika kita mengagau mencari setesen minyak untuk buat top-up kita dikenakan 'charge' RM0.50 pulak  .. maka dengan adanya pusat Touch n Go Spot ni , charge tambahan tidak akan di kenakan, dan disertakan pusat 'spot' yang di maksudkan ... jeng, jeng, jeng ..


  Anda suka dengan artikel ini ....?  
Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments