kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Isu gelaran Tun, Syed, Meor pada pangkal nama selesai

PERTEMUAN tiga persatuan, Persatuan Keluarga Jamalullail Perak, Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia dan wakil Waris Kerabat Diraja Perak dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd. Said pada pagi 5 Januari 2012 telah dapat meleraikan beberapa permasalahan yang sebelum ini menjadi tanda tanya kerana kekeliruan pengunaan nama gelar pada pangkal nama.

Nama seperti Tun di pangkal nama gelaran Tun yang telah digunakan kepada keluarga pembesar Istana semenjak zaman Melaka lagi kini menimbulkan kekeliruan dengan gelaran Tun yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada mereka yang berjasa kepada negara.

Begitu juga terdapat kekeliruan kepada keturunan Syed. Keturunan di sebelah perempuan yang berpangkal namanya Sharifah apabila berkahwin bukan dari kalangan Syed sepatutnya gugur dengan sendirinya nama Syed kepada anak-anak yang baru dilahirkan dan menjadi gelaran Meor mengikut adat istiadat negeri Perak sejak turun temurun dari tahun 1528 lagi.

Dalam masa yang sama meminta jasa baik pihak JPN supaya pangkal pada nama bermula dengan gelaran Syed itu dapat dipeliharakan supaya tidak disalah gunakan nama Syed sewenang-wenangnya kerana nama tersebut adalah turun temurun dan mempunyai salasilahnya tersendiri mengikut gelaran kabilah masing-masing umpamanya seperti Al-Saggoff, Al-Attas, Al-Idrus, Jamalullail hingga kepada Saidatina Fatimah Al-Zaharah dan Saidina Ali dan terus kepada Rasulullah SAW.

Kalau dahulu umpamanya seorang bayi lelaki India Muslim yang dilahirkan di malam Jumaat boleh meletakkan nama Syed di pangkal nama mereka tetapi kini pihak JPN memberikan jaminan bahawa mereka tidak boleh lagi menamakan nama Syed di pangkal nama kepada anak-anak lelaki mereka.

Berikut adalah kriteria penggunaan nama gelar yang ada berkaitannya dengan kerabat mengikut ada istiadat Melayu Perak:

a) Megat dan Puteri - apabila bapa bernama/gelar Megat atau ibu bernama/gelar Raja.

b) Tun - apabila bapa bernama/gelar Tun atau ibu bernama/gelar Puteri.

c) Meor - apabila bapa bernama/ gelar Meor atau ibu bernama/gelar Sharifah tetapi berkahwin dengan bukan keturunan Syed.


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
YDP, Persatuan Keluarga Jamalullail Perak.

Sumber: Utusan Malaysia Forum 13/02/2012

Tags: pendidikan
Subscribe

  • Education is a learning curve

    TERTIARY level students, especially those in their final year, are a step away from graduation and have one foot in the working world. I must admit…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • Do academic understand ‘unwrapping standards’?

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are able to…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments