kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

15 lagi sekolah kluster

PUTRAJAYA: Sebanyak 15 sekolah membabitkan tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa Enam, sekali gus menjadikan 182 buah sekolah jenis itu di seluruh negara.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Dungun, Terengganu; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di Kuantan, Pahang; SMK Tinggi Kluang, Johor; SMK (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor; SMK Seafield, Subang Jaya, Selangor dan SM Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.


Sekolah rendah pula membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus (1), Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Seliau Rantau, Negeri Sembilan; Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera, Kangar, Perlis; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; SJK Agama Sibu, Sarawak; SK Minden Height, Gelugor dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan diberi selepas mendapati sekolah terbabit menepati kriteria ditetapkan panel pemilih.


Menurutnya, pengiktirafan SKK adalah berdasarkan kecemerlangan kelompok dan setiap sekolah diberi peruntukan khas bagi membangunkan kecemerlangan kebitaraan dipilih.


“Sekolah jenis ini berpaksikan kecemerlangan holistik menepati kehendak kementerian untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama demi merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang, berintegriti, berakhlak mulia dan beriltizam tinggi.

“Menerusi konsep ini, sekolah mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik, sekali gus menikmati faedah pembangunan pendidikan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya pada sidang media mengumumkan SKK di sini, semalam.


Menurutnya, SKK Fasa 1 hingga 5 membabitkan 167 sekolah melahirkan modal insan yang memiliki kelestarian jati diri, iaitu bukan saja berketrampilan, berdaya fikir dan berdaya saing, malah berjaya mengatur strategi kecemerlangan sekolah dan murid secara holistik untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Justeru, diharapkan semua SKK meneruskan perjuangan untuk merealisasikan institusi cemerlang,” katanya.


Sumber: myMetro Setempat Selasa, 31 Januari 2012

Tags: education, sekolah kluster
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments