kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Penyakit Mental

NAMPAKNYA perhatian perlu ditumpukan juga kepada usaha mengatasi pelbagai jenis sakit mental. Apa tidaknya, secara purata, seorang daripada enam rakyat Malaysia telah dikenal pasti menghidap pelbagai penyakit mental; yang bermakna 12 peratus daripada penduduk negara terbabit.

Ia pula membabitkan mereka yang berusia 18 tahun hinggalah 60 tahun. Antara jenis sakit yang dikenal pasti ialah kemurungan dan keresahan, sakit risau dan psikosis.

Bagi Persatuan Psikiatri Malaysia, statistik tersebut, satu angka yang tinggi. Ini bermakna masyarakat perlu memandang serius perkara tersebut.

Persatuan itu juga mendedahkan bahawa Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan menunjukkan golongan wanita dua kali ganda lebih ramai berbanding dengan lelaki mengalami sakit mental.

Punca penting yang menyumbang kepada penyakit tersebut antaranya soal hubungan dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak.

Awang yakin semakin kompleks kehidupan harian kita, akan semakin banyaklah masalah yang boleh memberi kesan kepada sakit mental ini. Oleh itu pengukuhan institusi keluarga pastinya akan dapat menyumbang banyak dalam mengurangkan risiko sakit mental.

Kerukunan hidup adalah penting apabila mendapati banyak lelaki terbabit sakit mental antaranya kerana penyalahgunaan dadah. Ia sebenarnya boleh dielak daripada awal lagi.

Apa pun, mendapatkan rawatan doktor seawal mungkin apabila berdepan dengan gejala kemurungan dan sebagainya yang berkaitan amat penting. Hubungan komunikasi yang baik dalam keluarga dan masyarakat juga pasti dapat mengurangkan penyakit ini.

AWANG – Fikir positif.

Sumber: Utusan Malaysia Online Rencana Bisik-Bisik Awang Selamat 04 Februarii 2012

Tags: mental
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments