kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pasangan muda hantar jemputan kahwin melalui Facebook

SINGAPURA: Pasangan cekap Internet di Singapura mengelak daripada menghantar kad kahwin rasmi melalui pos, sebaliknya menjemput tetamu melalui Facebook, lapor akhbar The Sunday Times.

Mereka tidak menggunakan kad, sebaliknya tetamu menerima pemberitahuan secara “online” untuk majlis itu.


Mereka boleh melihat butir mengenai majlis itu di laman web dan menjawab dengan menekan butang “Join” (hadir), “Maybe” (mungkin) atau “Decline” (menolak).


Menurut laporan akhbar itu, cara demikian menjadi semakin popular untuk generasi muda tetapi tidak digemari oleh generasi tua, perancang perkahwinan dan pakar etika.


Ada orang merasakan, menggunakan laman media sosial untuk menghantar jemputan perkahwinan, tidak ikhlas atau memberi tanggapan bahawa pasangan itu mempunyai bajet kecil atau tidak cukup waktu.


Tetapi menurut 20 perancang perkahwinan yang ditemui, pelanggan mereka masih menghantar kad kahwin dan juga menggunakan halaman majlis di Facebook.

Namun begitu, ramai rakyat Singapura menggunakan rangkaian sosial talian itu untuk mengingatkan tetamu mereka “menyimpan tarikh itu” untuk hadir di hari perkahwinan mereka dan mengenal pasti tetamu yang dapat hadir.


Seorang pramugari, Tiffany Yeo, 28, dan tunangnya seorang juruterbang berusia 35 tahun, bercadang untuk menghantar kad jemputan kepada saudara-mara dan ibu mereka bapa sahabat mereka dan menjemput rakan-rakan dengan menggunakan Facebook, emel dan pesanan ringkas. - Straits Times


Sumber: myMetro Global Isnin, 06 Februari 2012

Tags: facebook, jemputan, kad, kahwin
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments