kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Siapa pengganti Capello ?

Capello telah meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan England selepas menyuarat bersama pengerusi FA, David Bernstein dan setiausaha agung FA, Alex Horne di Stadium Wembley, berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Mesyuarat selama satu jam tersebut berbincang tentang perlucutan tugas John Terry selaku ketua pasukan England dan kenyataan Capello di stesen televisyen Itali yang mencabar keputusan FA itu.

Bernstein bagaimanapun menegaskan Capello bersikap profesional dalam mesyuarat itu dan selama beliau menjadi pengurus pasukan England.

"Kami terima perletakan jawatan beliau dan setuju ini adalah keputusan terbaik. Pihak kami ingin berterima kasih atas segala jasa beliau bersama pasukan England," katanya.

Capello sebelum ini bertegas bahawa hukuman dikenakan kepada Terry tidak adil kerana dia belum dibicarakan tentang kes berbaur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand.

Perbicaraan kes itu akan bermula pada 9 Julai depan, iaitu sebaik sahaja kejohanan EURO 2012 berakhir.

Menurut sumber dari ESPNsoccernet, pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp telah disenaraikan sebagai pengganti Capello oleh pihak FA.

Bekas pengurus pasukan England, Sven-Goran Eriksson percaya bahawa Redknapp adalah pengganti yang sesuai.

"Dia orang England, dia sudah tahu cara permainan mereka. Dia juga cemerlang bersama Spurs dan pasukan sebelum ini," katanya kepada BBC.

Namun apa yang mengejutkan adalah desas-desus yang mengatakan seorang pengurus bolasepak Inggeris tidak semestinya seorang Inggeris. "Apa yang diperlukan adalah orang yang terbaik untuk menjadi pengurus, dan tidak semestinya dia seorang Inggeris" , Bernstien, Ketua FA England.

Perkhabaran yang agak mengejut dan mengembirakan ialah bakal pengurus pasukan England ialah seorang Asia dari 1malaya. Berdasar daripada lapuran yang kukuh dan boleh di percayai seorang 'cikgu' telah di kenalpasti untuk memegang dan menjawat jawatan panas tersebut dalam masa terdekat. Agak mengembirakan juga bagi peminat bolasepak amnya, calon yang dipilih dikatakan amat sesuai dan serasi dengan suasana dan senario di English land. Adakah beliau sesuai ..? Hanya masa akan menentukan.

Ini kah  calonnya ?

Tags: fun, humor
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments