kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Gilap jadi cemerlang

SETIAP anak bukan dilahirkan sebagai insan yang pintar kerana mereka perlu melalui pelbagai proses, meniarap, mengesot dan merangkak sebelum dapat berjalan.

Begitu juga dengan pelajar, jangan cemas jika pelajaran anak di sekolah merosot dan sering mendapat gred C atau D dalam mata pelajarannya. 

Mungkin anak anda tidak belajar mengikut kaedah yang betul kerana hakikatnya, bukan sesuatu yang mustahil seorang pelajar lemah boleh mendapat keputusan cemerlang. 

Presiden Pertubuhan Bijak Belajar Malaysia, Dr Alagan Govindan, berkata pembabitannya lebih 20 tahun dalam pendidikan mendapati pelajar lemah boleh menjadi pelajar cemerlang.


“Sejak 2001 saya membantu ramai pelajar lemah menjadi cemerlang.

“Kecemerlangan bukan kerana kepandaian pelajar semata- mata, tetapi ada kait mengait dengan persekitaran. 

“Tiada siapa dilahirkan bijak, tetapi ia adalah proses berterusan yang memerlukan bimbingan khusus untuk berjaya,” katanya. 

Kajian yang dilakukan mendapati ada enam teknik belajar berkesan yang mampu menggilap pelajar lemah menjadi cemerlang. 

Beliau turut menggunakan kaedah pemantauan dengan melantik tenaga terlatih bagi memastikan pelajar lemah mengikuti segala panduan. 

“Sepanjang tempoh program, tenaga terlatih ini akan datang ke rumah pelajar untuk melihat dan memantau sama ada mereka mengikuti apa diajar atau tidak. 

“Melaluinya, pelajar akan jadi lebih berdisiplin manakala ibu bapa tahu peranan yang harus dilakukan. 

“Melalui kaedah itu, terbukti pelajar yang dulunya mendapat E dalam subjek Sains dan Matematik, kini memperoleh gred A dan B,” katanya. 


Beliau turut menggunakan teknik tingkah laku untuk meningkatkan prestasi pelajar, antaranya: 

  • Setiap pagi, bangunkan anak dengan perasaan gembira supaya dia juga merasai perasaan sama. 
  • Gunakan kaedah Gim Minda (Brain Gym) untuk mengaktifkan perjalanan darah ke seluruh badan terutama kepala. 
  • Riadah. 
  • Pilih makanan berkhasiat seperti meminum segelas susu sebelum tidur di waktu malam. 
  • Gunakan sistem memberi pujian atau penghargaan dalam pergaulan ibu bapa dengan anak-anak. 
  • Menyediakan meja belajar yang selesa. 
  • Menyediakan jadual waktu. 


    Bagi teknik karier, beliau menggalakkan ibu bapa memanggil nama anak berdasarkan cita-cita. 

    “Jika anak ingin menjadi doktor, tambahkan di pangkal namanya gelaran Dr. Teknik ini berkesan untuk memotivasikan anak. 

    “Anak yang kerap dipanggil begitu, dia akan jadi lebih bersemangat belajar kerana mahu mencapai cita-cita itu,” katanya.
Tags: bestari
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments