kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Memantapkan pendidikan di sekolah

Saya selaku rakyat biasa di Malaysia yang indah dan permai ini ingin mencadangkan beberapa perkara difikirkan mampu meningkatkan tahap sistem pendidikan dan penyampaian pelajaran kepada semua kelompok pelajar.

Pertama, guru-guru sekolah diberikan ruang secara luas untuk melaksanakan tugas hakiki mereka di dalam bilik darjah/kelas/padang/makmal dan sebagainya. Guru-guru jangan sesekali dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga pada satu tahap menenggelamkan peranan asal mereka untuk mengajar.

Kedua, sistem pentadbiran sekolah direvolusikan dengan bawa masuk/lantik baru pegawai dari skim pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran di sekolah. Justeru, guru akan mampu fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar. Perubahan dalam sistem ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baru, sekali gus mengurangkan pengangguran.

Ketiga, bagi mengelakkan tugas-tugas mengulang dan membebankan, sepatutnya diwujudkan dua bentuk skim perkhidmatan guru. Pertama, skim guru akademik dan kedua skim guru kokurikulum. Guru akademik akan beri fokus sepenuhnya mengajar di dalam kelas, membuat kajian kendiri untuk meningkatkan teknik pengajaran dan meningkatkan keupayaan pelajar.

Keempat, bagi guru kokurikulum mereka berikan fokus kepada persatuan, kelab, acara sukan, seni dan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Guru kelompok ini bertanggungjawab tingkatkan penglibatan aktif pelajar, merangka pelan aktiviti lebih komprehensif dan mewujudkan keseimbangan dalam fokus hidup dan masa depan pelajar.

Perkara perubahan dalam skim perkhidmatan guru ini boleh dimulakan di maktab/institusi latihan guru/universiti di mana pengkhususan adalah dibahagi kepada dua, iaitu pilihan untuk jadi guru akademik atau guru kokurikulum.

Keenam, selepas bakal guru membuat pilihan, modul fokus kepada subjek/aktiviti kokurikulum akan diterapkan melalui pilihan yang ditentukan sendiri. Dengan perubahan ini, kita akan dapat meningkatkan bilangan guru pakar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Ketujuh, konsep pengasingan pelajar pandai dan kurang pandai hendaklah dihentikan. Sesuatu kelas harus ada keseimbangan, daya saing sihat dan keterbukaan dalam proses menerima dan memberi ilmu.

Kelapan, konsep kelas sains untuk pelajar bijak dan kelas sastera untuk pelajar kurang bijak juga perlu dihentikan. Sains dan Sastera adalah dua cabang ilmu berbeza, jadi mengaitkan kedua-dua cabang ilmu ini dengan tahap kepandaian seseorang pelajar adalah salah sama sekali. Pelajar boleh menjadi bijak dan menguasai aspek sesuatu cabang ilmu jika mereka mempunyai minat yang mendalam dan usaha berterusan terhadap sesuatu ilmu.

Di sini, bagi memastikan pelajar belajar aliran yang digemari, dicadangkan satu ujian kecenderungan secara bertulis dan temu duga dijalankan. Penilaian sebegini penting dan perlu dijalankan sebaik sahaja pelajar tamat belajar di darjah enam. Ujian kecenderungan ini juga perlu dinilai bersekali dengan tahap kelayakan akademik pelajar bagi memastikan mereka tidak secara sesuka hati membuat pilihan tanpa melihat kepada keupayaan diri.

Penilaian akademik berasaskan peperiksaan semata-mata adalah satu konsep penilaian yang rigid dan tidak mampu menilai secara keseluruhan aspek pencapaian pelajar. Oleh itu dicadangkan diwujudkan satu penilaian berterusan untuk semua subjek dengan aspek pemarkahan boleh dipecahkan kepada dua, sama ada 50:50, 60:40 atau 70:30 bergantung pada kesesuaian subjek dan keadaan semasa. Penilaian keseluruhan begini akan memberikan guru dan pelajar peluang untuk membuktikan keupayaan diri dalam tempoh lebih panjang.

Akhir sekali, dicadangkan sekolah berasrama penuh seperti sekolah-sekolah Sains dan MRSM diluaskan kepada bidang-bidang bukan Sains seperti ilmu kemanusiaan, sosiologi, sejarah, kajian budaya, etnik dan kenegaraan demi mewujudkan masyarakat masa hadapan yang lebih matang berfikir dan menambah kesesuaian dalam usaha meningkatkan keupayaan modal insan negara.


MUHAMMAD DANIYAL ABD KADIR 6 Mac 2012

Sumber:
Sinar Harian Pendapat 10 Mac 2012

Tags: education, teachers
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • Taking care of mental health

    Students at my place are now at home after finishing their final semester papers. With the on-going fasting month, many will of course be happy to…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments